Asalamualaikum wbt. Terima kasih sekiranya artikel ini dapat disiarkan. Semoga para pembaca berada dalam rumah masing-masing dah sihat ye.
Serba sedikit pasal aku yang tak penting untuk korang tau perempuan, 29 tahun, bekerja dalam bidang profesional dan masih bujang tapi tak available. Musim RMO ni banyak masa aku. Membaca sudah, menulis la pulak.
Semalam aku ada terbaca artikel ‘Allah Uji Apa Yang Kita Sayang’ by Esya (https://iiumc.com/allah-uji-apa-yang-kita-sayang/).
Kisah dia ni sama macam dengan kawan aku yang aku namakan sebagai B. Kawan baik aku. Kawan aku yang masih di fasa melayan kecewa yang aku harap akan berakhir dengan cepat walaupun aku tahu mustahil.
B pernah bertunang dengan lelaki bekerja di tengah lautan. Lelaki ni pulak kawan futsal abang aku. Setianya B sepanjang bercinta sampai bertunang tak pernah ada ruang untuk lelaki lain.
Serba sedikit mengenai B ni dia sebaya Esya. Orangnya cantik, kulitnya cerah, manis bertudung, berfesyen muslimah, bekerja dalam bidang profesional, sangat berdikari. Tetapi malang bagi dia tunang yang dia setia sebenarnya menyimpan rahsia terbesar dalam hidup.
Tunangnya pernah berkahwin tetapi dirahsiakan dari pengetahuan B ni. Nekad, B tinggalkan tunang dia. Masa B nak ambil keputusan ni, dia datang jumpa mak aku sebab mak aku dulu kaunselor. Dia nak nasihat, dia nak semangat.
Mak aku nasihatkan dia macam2 dan lepas tu memang dia nekad putus tunang. Tunang dia setuju walaupun sakit (Hari kawin dah dekat).
B terus hidup macam biasa. Pernah gak aku tanya tak nak cari ganti ke? Dia senyum je jawab ‘hati aku ni dah tak reti nak sayang orang. Nanti la kalau ada doakan aku’. Yang aku perasan ni je jawapan dia bila orang tanya dia ‘bila lagi?’ baik kat FB, baik kat IG, baik kat kenduri.
B ni kalau nak ikutkan pakej lengkap dah jadi calon isteri mithali. Tapi nasib belum menyebelahi dia dalam perhubungan.
Entah bila dia berkenalan pulak dengan sorang lagi lelaki yang aku namakan dia Apis. Same jugak la kerja tengah laut. Sama ada kebetulan ke apa aku tak tau. Tapi rasanya dia pun ok sebab abang dengan adik dia pun kerja tengah laut.
Dah beberapa bulan diorang in relationship baru aku tau. Nampak B ni lebih ceria dan semangat bila kenal Apis ni. Rupanya dah serius ke arah perkahwinan dah pun. Aku happy tengok dia macam tu.
Yang stress PP (ex tunang B). PP ingat B akan cari dia balik tapi dia silap. B move on dan tak pandang belakang dah. PP suruh aku pujuk B. Macam aku cakap B ni wanita independent, dan biasanya keputusan dia muktamad.
Pada aku, kalau aku jadi Apis ni aku dah tak cari lain dah. Kasih sayang, setia, hormat dan ciri-ciri buat bini (pandai masak, pandai ngaji, jaga aurat, jaga solat, garang dengan lelaki) yang ada kat B ni cukup buat lelaki bahagia.
Tapi, macam aku cerita awal tadi.B ni nasib tak baik dalam hubungan. Takde angin tiba-tiba aku dengar Apis tinggalkan dia tanpa kata. Hari ditinggalkan tu kawan aku kemalangan masuk ICU. Ye teruk keadaan kawan aku.
Apis yang pernah menangis masa kawan aku warded sebelum ni hilang macam tu je walaupun sepupu kawan aku dah bagitau.
3 minggu B dalam wad. Sekali pun Apis tak ambik tau. Yang siang malam turun naik hospital, PP. Tak habis lagi sesal dia. Yang aku tau Apis boleh pergi bercuti lepas sepupu B ni bagitau keadaan B.
Bila jadi macam tu kawan-kawan rapat kitorang mula cari tau siapa Apis ni sebenarnya. Apa yang dia buat. Tak susah bila kawan-kawan kerjasama (dari semua ceruk jabatan kawan-kawan kitorang korek). Syarikat penerbangan pun terlibat. Tekejut la semua yang tau.
Sebab, ikut cerita B, Apis ni bujang umur 33 tinggal di sebuah negeri sebelah KL (utara), kerja di tengah laut, peribadi baik . Selama ni pun kawan-kawan kitorang ramai setuju cakap nampak layanan Apis ni memang sayang kat B. Tapi tahu apa yang kami jumpa?
Apis ni dah pernah berkahwin 2018. Tak pernah bercerai dan belum ada rekod failkan penceraian. Rekod syariah yang kami jumpa, kes khalwat dia sebanyak 2 kali, rekod pergi Indon dengan Ex, check in sama bilik dengan ex dan beberapa lagi rekod yang tak berapa baik.
Dalam keadaan dan rekod ni aku rasa cukup dah untuk B move on lagi pun Apis dah blah tinggal dia. Tapi aku silap. 2x kena dump buat dia jadi heartless. Rasa dia dah hilang. Bukan takde yang try dia, hati dia dah takde untuk hubungan yang sia-sia.
Sekarang dia fokus pada kerjanya, dan baru-baru ni dia dah berjaya beli kereta impian dia Merc A250. Yang aku tau, dia tak pernah lupakan Apis dia walau seburuk tu yang Apis dah layan dia.
Sebagai kawan yang rapat dengan dia, aku nampak kuatnya dia berpura-pura depan manusia untuk menampakkan dia okay. Mata dan senyum dia dah tak sama macam dulu. Dua benda yang manusia tak boleh tipu. 2minggu dah ni dia stay dengan family aku (masa dia datang esoknya perintah PKP so dia tak boleh balik).
B pernah kata, ‘aku move on tapi bukan maksud aku lupa. Aku cuma sedar ada beberapa perkara dalam hidup ni kita boleh sayang orang tapi bukan bermakna dia milik kita. Kita boleh bercinta bertahun-tahun tapi setia tu pilihan.
Kali pertama mungkin kesilapan, kali yang seterusnya lebih kepada mencari alasan’. Rutin yang menjadikan dia kuat? Lebih kepada spiritual sebenarnya. 2 minggu ni memang aku nampak dia menangis tapi depan aku dah kurang.
Setiap malam sepanjang 2 minggu ni aku nampak (dia ingat aku tidur betul) dia bangun dan menangis atas sejadah- menangis yang paling sakit, menangis tanpa suara. Dia mengaji setiap kali habis solat- ada masanya aku nampak dia lap air mata masa mengaji.
Aku tau dia sedang mencari kekuatan. Aku taknak kacau masa dia berdua dengan Tuhan. Aku taknak dia tau aku nampak dia lemah, B aku sentiasa doa kau kuat B. Aku sentiasa doa kau dilapangkan dada dan diberi ketenangan jiwa. Menangislah B kalau tu mampu menguatkan kau.
Bagi aku, dia tak rugi pun kehilangan Apis. Nilai diri wanita seperti ini terlalu besar untuk manusia sampah jenis Apis dan Haziq.
Persamaan diorang? Tak berani berhadapan dengan wanita yang sayang diorang sepenuh jiwa. Perempuan ni bila dah sayang, sayang betul. Orang selalu kaitkan wanita yang ada relationship dengan Abam Offshore ni tak setia(bukan semua). Tapi sekarang, yang terbuktinya lain.
Kalau Apis ada terbaca artikel ni, terima kasih pis. Kau terbaik. Semoga bahagia hidup kau sampai syurga.
Aku doakan jugak satu hari nanti akan terbuka pintu hati B untuk lelaki yang bakal lap air mata B yang jatuh sebab kau dan air mata dia takkan jatuh lagi untuk kau. Kau pun ade adik beradik perempuan pis. Jenguk-jengukla selalu. Takut nanti adik beradik perempuan kau pulak kena dumb macam kau buat B ni.
Buat Esya, B dan wanita-wanita yang senasib, aku doakan korang kuat selalu. Move on lah bila tak dihargai. Ramai lagi orang yang sayangkan korang dan ada je lelaki yang mengharap korang jadi pasangan cuma belum berjumpa lagi.
Teruskan berdoa, teruskan perbaiki diri. Jodoh yang terbaik OTW untuk korang insya-Allah!
– Kawan B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit