Am I a Loser

Hai semua. Assalamualaikum. Nama aku Chibi Maruko. Aku umur 35 tahun.

Ni tempat luahan kan? So aku nak luahkan apa yang aku rasa sekarang.

Orang baru je mulakan tahun baru dengan azam yang berkobar2 kan? Nak achieve itu ini.

Tapi aku mulakan tahun baru dengan rasa down. Sebab aku bakal berhenti kerja dalam beberapa hari lagi. Sebab contract aku tak disambung.

Punca? Kerana keadaan kesihatan aku.

Sebenarnya aku tengah mengandung anak pertama. Dan aku ada masalah kesihatan yang memerlukan aku untuk jumpa doctor dua minggu sekali.

Ni tambah pulak kena start jumpa pakar pulak. Jadi nya 3 kali la dalam sebulan aku terpaksa ambil unpaid leave.

Jadi management decide untuk tak teruskan contract aku dan nasihatkan aku untuk fokus kesihatan.

Sedih aku.. Adakah mengandung ni satu masalah? Bukan aku minta keadaan kesihatan aku camni.

Walaupun lifestyle aku aktif sebelum kawin/mengandung tapi dah nak buat camne bila mengandung hormon mengandung jadi kucar kacir sambal timbul macam2 masalah.

Pada mula aku dapat tahu contract aku tak disambung, aku memang sedih dan rasa baby aku ni jadi beban ke pada aku? Kesian baby aku. Mesti dia sedih mak dia fikir camni.

Kemudian aku istighfar dan positive mungkin Allah nak aku tumpu kesihatan dulu. Tapi masalah aku camni lah. Aku mula rasa loser bila tak kerja lepas ni.

Aku punya komitmen tak ada lah banyak. Setakat kereta myvi je. Gaji aku 4.5k.

Mungkin aku sedih sebab tak tentu lagi aku akan dapat kerja dengan gaji setara atau lebih lepas aku bersalin nanti.

Aku tak ada masalah dengan suami aku. Dia baik, support je aku nak buat apa.

Dan dia pun ok kalau nak tolong bayarkan komitmen aku walaupun aku ada je tabung kecemasan untuk aku guna sampai habis pantang sebelum aku mula cari kerja.

Maybe sebab aku fikir tak tentu lagi boleh dapat kerja yang lebih kurang gaji cam aku dapat sekarang or lebih.

Sekarang kan susah cari kerja dan bidang aku pun agak susah jugak. Benda camni lah buat aku lagi overthinking dan down.

Di hari2 akhir aku bekerja ni, sambil drive aku selalu nangis dan minta baby aku doakan aku boleh dapat kerja yang lebih baik lepas ni.

Aku pun tak minta banyak dari korang. Tolong bagi kata2 semangat untuk aku dan. Doakan aku untuk dapat kerja lebih baik dan gaji lebih banyak.

Terima kasih korang.

– Chibi maruko (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Slm confessor.

    You dah berumur 35 tahun dan sedang preggy your 1st child. I guess you kahwin agak lewat. Never mind asalkan yg dtg pd you adalah jodoh yg baik.

    Pertama, anak adalah rezeki dari Tuhan. Kena percaya yg itu duku.

    And second, I harap you can fully dependent on your husband. Jgn rasa bersalah atau ralat dgn ujian yg you hadapi. Sbb apa, akan ada hikmah-Nya.

    You kena faham yg tanggungjawab nafkah seorang isteri fully pd suami. So, I harap you ada confident pd kebolehan suami you dlm mencari rezeki. Ambil peluang ni sbg tempoh healing dan peluang utk you alamai proses pregnancy ni dgn sebaiknya.

    I do really hope yg your husband seorang lelaki bertanggungjawab.

    Soal karier, fokus on your pregnancy dan motherhood journey sbb you pilih utk hamil. I don’t know if you ada merancang or whatso on. Tp, bila you dh dpt peluang mengandung ni, take this opportunity by appreciate it.

    Career you boleh bersambung di kemudian hari. Atau you can seek another path.

    Just don’t be stress out. Always discuss and talk to your husband sbb dia dh jadi your sole provider and protector.

    Happy mother to be sis

  2. Jgn fikir cmtu sis.. yakin yg anak tu nanti akan bawak rezeki melimpah dkt sis sekeluarga Aamiin😊 semoga Allah permudahkan urusan sis ye.. jgn stress2 xelok utk kandungan

  3. Anak rezeki puan. Sabar dengan ujian, ingatkan segala kebaikan dan kesenangan yg Allah sedang bagi pad chia puan,iAllah hati lebih tenang dan bersyukur. Fasa pertama puan perlu terima hakikat puan akan berhenti kerja dan fokus pada kehamilan serta baby. Acceptance akan buat puan lebih lega Dan boleh fokus pada kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *