Assalamualaikum semua. Aku adalah graduan bidang pelancongan dan telah menjalani intern 6 bulan yang memeritkan di sebuah company pelancongan bumiputera.
Kenapa aku kata perit? Sebab sikap kronisme dalam company tu sendiri. Ada 3 orang intern termasuk aku. Intern seorang adalah berasal dari negeri tuttt… which is sama negeri dengan bos aku. Jadi dialah intern ‘emas’ bos.
Aku tak kisah kalau semua kerja jatuh pada aku sebab sejujurnya aku memang suka kerja tu. Pentadbiran pelancongan, jiwa aku. Tapi apa yang agak perit bilanana setiap hujung bulan, aku dan intern sorg lagi berkira-kira duit nak makan.
Intern ‘emas’ dengan selamba tayang duit elaun yang dia dapat dari bos. Aku malam start pukul 8 masuk kerja part time sampai pukul 2 pagi. Nak survive punya pasal, terpaksalah berkorban. Tapi dia, kerja tak buat duit dapat.
Bulan kedua aku dekat situ baru aku tahu rupanya intern tu anak saudara (bau2 bacang) bos. Jadi no wonderlah layanan yang diberikan pun sangat bagus. Pasal bos pula aku no komen sebab mana2 tempat kerja pun bos akan ada perangai macam tu jadi sebagai pekerja aku terpaksa hadap. Lagipun aku dalam tujuan pembelajaran. Itulah masa untuk aku belajar bekerja dalam tekanan.
Habis intern, aku tak ditawarkan bekerja. Sebaliknya intern ‘emas’ yang hanya tahu mengarah pula ditawarkan bekerja. Sejujurnya aku kecewa. Aku selesa bekerja di sana, bertemu dengan pelanggan dan melakukan kerja-kerja pentadbiran.
Walaubagaimanapun, tuah aku tidak di situ. Tuah intern ‘emas’ kuat di situ. Aku keluar sebulan awal dari intern sorang lagi. 2 minggu lepas aku keluar, intern tu cerita yang intern ‘emas’ masuk atas dasar kronisme. Aku kecewa.
Sebulan aku bercuti. Isi borang itu ini. Hantar permohonan kerja berpuluh2 company. Tapi bilamana aku mohon kerja di travel agency tertentu, amalan kronisme masih diamalkan. Kenapa aku kata mcm tu? Sebab aku mengalaminya sendiri.
Dipanggil interview, penemuduga tanya samada aku kenal orang yang bekerja di situ atau tidak. Bila aku kata tidak, dia kata ‘susah dik nak dapat sebab kami biasa ambik yang related dengan orang dalam je’. Sekali lagi aku kecewa. Silap. Bukan sekali. Tetapi berkali-kali. Hampir 5 company pelancongan yang mengamalkan konse sedemikian. Jujur, aku letih dengan amalan ni.
Aku beralih arah pulak kepada bidang lain. Bidang perhotelan. Kalini jadi housekeeping. Bermula dari bawah. Tapi amalan ‘ala sikit je’ pula mula merebak. Aku kena kacau teruk dengan guest. Bila mengadu dengan HR, dia orang hanya cakap ala sikit je. Aku bertahan selama 4 bulan sahaja. 2 bulan di hotel yang berbeza. Aku tak putus asa, cari lagi kerja dalam bidang marketing pula kali ini.
Dan sekali lagi aku kena hadap amalan ‘anak emas’. Setelah puas dimaki oleh bos, aku berhenti setelah 2 bulan bekerja. Dimaki kerana aku tidak sempat makeup semasa berjumpa pelanggan. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat ketika itu. Baru sahaja nak touch up muka pelanggan sudah call maki2. Bos aku apa lagi, berbakul2 lah dia menambah.
Aku pernah try apply satu company travel ni. Malamgnya sikap racist betul2 tinggi. Aku melayu, tak layak. Haha tak sedar diri betul aku ni. Cuba lagi company lain, tapi tewas di iv. Hanya kerana aku tak boleh berbahasa ********. Silap aku juga, so lepas ni dah boleh ambik kelas bahasa.
Sekarang aku sedang cuba nasib apply travel agency lagi. Masih tidak serik. Sebab aku suka. Kalau aku suka tak jadi masalah untuk aku buat kerja. Kasilah kerja bertimbun pun aku mampu selesaikan sebab aku suka. Passion. Interest. Company satu ni, amalan kronisme sudah kelihatan. Tak apa aku tunggu company travel lain.
Semoga rezeki aku dalam bidang ini kuat dan semoga amalan2 parah dalam industri terhindar jauh dari aku. Tolong doakan aku dapat kerja dalam bidang ni.. Buat pengusaha company travel, jadilah bos yang bijak menilai staf.
Guys, mana yang tahu kerja kosong bidang pelancongan atau perhotelan boleh tinggalkan komen & no tel. Nanti aku contact. Terima kasih kerana memudahkan kerja aku. Semoga Allah memudahkan urusan u guys. Terima kasih admin sudi post (jika dipost).
– Yang Mencari Kerja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit