Ambil Untuk Dimakan Bukan Untuk Dibuang

Assalamualaikum. Hai! Maafkan aku andai berterabur tatabahasa, dekat jauh dan sebagainya. Mendapat kepujian dalam bahasa Melayu suatu dekad yang lalu bukanlah tiket untuk terus cemerlang seiring dengan usia kau yang semakin bertambah. Melainkan kau Cikgu bahasa Melayu.

Musim kenduri. Ye, setiap minggu pasti akan ada kenduri kahwin tak kira tempat. Jumaat, Sabtu dan Ahad full jemputan. Lepastu satu hari tu kadang lebihlah daripada 3-4 buah rumah. Jangan kata kau pergi semua tempat. Aku paling banyak pun 3 buah rumah. Itupun dekat dekat.

Itu belum kira lepas bernikah dan berarak malam hari. Meriah gitu. Begitulah juga meriahnya makanan yang dihidangkan tuan rumah. Nyatakan apa sahaja ada zaman sekarang. Yang pelik pelik kat kenduri kawen pun ada. Nak ‘rare’ katanya. Sebenarnya nak viral jer. Aku gurau. Jangan kata aku buat fitnah.

Apa yang aku lihat sekarang ni banyak makanan terbuang begitu sahaja. Begitu sahaja. Kesian tuan rumah. Ibarat duit tuan rumah dimasukkan dalam tong sampah.

Tak percaya cubalah kau jadi tuan rumah. Perasaan tu cam sayu je. Penat tu kumpul duit. Alih alih kau hina tuan rumah tu sebegitu. Hinalah tu sebab makanan yang di beli dengan hasil titik peluh mereka kau boleh buang macam tu jer.

Ye tahu, tak sedap, masin, bla bla bla. Meh aku bagi tips sikit.

1. Kau perati dulu meja makan yang orang dah nak habis makan. Lauk apa yang banyak tinggal. Kemungkinan lauk tu masin atau tak sedap. Maka. Tak payahlah ambik lauk tersebut. Kalau teringin sangat, kau ambiklah sesudu kecil. Ialah, semua nak rasa. Lebih lebih lagi kau tengah lapar nak makan lauk kenduri.

2. Kau ambik serba sedikit dahulu apa yang kau nak makan, kalau sedap boleh tambah lagi. Itupun kalau kau tak tau malulahkan. Tapi rasanya tak perlu malu, sebab tak ada larangan tak boleh tambah makanan. Kalau susah susah kau suruh anak kau ambikkan. Memang selalu macam tulah kan. Alahai macam aku tak tahu.

3. Kau rajin rajinlah bertanya kat orang yang kau kenal. ‘Bedah, sodap tak?’ Mesti ada yang bagi jawapan ini sedap itu tak sedap. Panduanlah jugak tu. Janganlah kau bertanya kat orang yang kau tak kenal. Nanti nampak cam janggal pulak.

4. Kalau kau terlebih rajin dan peramah melampau kau tanyalah dari mana cateringnya, siapa tukang masaknya. Pasti kau akan dapat jawapan sedap ke tidak makanan pada hari itu.

5. Manusia ni kadang kadang pelupa, lagi lagi bila perut tengah lapar, di bantainya ambik sepenuh pinggan. Kau sebagai kakak ke, omak ke, makcik ke, berilah peringatan kat adik ko ke, anak anak ko ke, anak anak buah kau, sedara mara supaya jangan membazir. Ambik untuk dimakan bukan ambil untuk dibuang.

Mungkin hanya banyak ni yang aku dapat pikirkan. Kalau ada tips lain kau bolehlah kongsi.

Lagi satu aku terlupa, kalau kau dah bagi duit salam tu bukan tiket untuk kau kena buang makanan. Mentang mentang kau bagi duit, kau nak buang buang pulak. Aku pun tak paham kenapa ngan korang ni. Bukan kaulah yang membaca. Orang lain.

Aku bukan apa, sungguh aku teringat orang yang tak dapat makan apatahlah lagi makan sedap sedap, sedangkan kita buang buang makanan.

Yang paling haru makanan tak cukup, orang kendian tak dapat makan sebab kita tamak ambik banyak sangat. Paling haru banyak makanan terbuang ada dalam tong sampah. Kadang kadang tu bukan tak sedap, tapi kita dah terlalu kenyang. Aduhai… kau pikirlah sendiri.

Aku ingatkan sekali lagi, ambiklah untuk dimakan bukan untuk dibuang, membazir amalan syaitooonnnn….

– Miss Ary (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *