Hai korang, ini sebahagian kisah dari hidup saya. Jika kisah saya terpilih terima kasih admin kerana siarkannya.
Luahan ini bukan hendak mengecam mana mana pihak tetapi sekadar luahan dari hati yang sudah lelah.
Saya anak lelaki yang merupakan anak terakhir dari 3 orang adik beradik. Sekarang umur saya sudah memasuki 20an.
Yang saya sedihkan sekarang ini kenapa family saya tak macam orang lain. Ayah saya telah meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu.
Setelah ayah meninggal dunia hidup kami masih baik- baik saja alhamdulillah sebab mak saya mendapat bantuan bulanan dari kerajaan.
Mak juga mendapat pencen KWSP ayah dan kami gunakannya untuk menampung kehidupan sehari-hari.
Saya ada abang yang sepatutnya sudah bekerja tapi mereka malas untuk bekerja.
Saya tidak faham apa yang menjadi permasalahan sehingga mereka tidak berusaha untuk mencari kerja.
Banyak saja alasan yang keluar dari mulut mereka. Umur mereka pun bukan masih muda tapi akan menginjak ke usia 30an. Setiap hari mereka duduk dirumah goyang kaki.
Saya kesiankan mak saya yang semakin tua sebab pasti dia susah hati dengan sikap abang-abang saya ini.
Sepatutnya mereka yang membantu mak dari segi kewangan tapi sebaliknya yang jadi.
Saya juga cuba untuk membantu meringankan beban mak dari segi kewangan tapi saya tidak boleh kerana tiada sumber pendapatan kerana masih melanjutkan degree.
Penat saya lihat abang saya tidak bekerja dan sama sekali tidak merasa bersalah dalam diri sendiri.
Salah sorang abang saya juga sering bermegah-megah dengan dirinya sebab memiliki kereta mewah.
Namun kereta itu dibeli hasil daripada duit arwah ayah saya, tidak sama sekali menggunakan duitnya.
Saya juga lihat dia sering membodek mak untuk mendapatkan apa yang dia mahu dari segi wang.
Abang kedua pula hanya duduk dirumah tanpa membuat apa- apa. Saya tak tahu apa masalah dia.
Tapi saya lihat dia seperti sakit iaitu ada anxiety untuk bekerja kerana tidak bergaul dengan orang ramai. Setiap hari duduk di rumah saja dan tidak keluar ke mana-mana.
Saya rasakan mak saya terlalu memanjakan abang – abang saya sehingga mereka jadi begitu.
Saya harap sangat mereka berubah dalam waktu terdekat sebab usia mereka sudah tua dan kerja pun belum ada.
Saya faham rezeki ada di mana-mana tapi rezeki tak akan datang bergolek kalau diri sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya.
Mereka sepatutnya sudah bekerja dan menanggung perbelanjaan hidup sendiri, bukannya mengharapkan duit dari mak saja.
Mahu saja saya memberi nasihat kepada mereka, tapi siapalah saya sebab risau kena marah balik.
Setiap hari saya kata dalam hati, “Kalaulah ayah masih ada pasti mereka tak jadi macam tu”.
Sebab ayah saya pasti akan marah dan bagi nasihat untuk mereka berubah iaitu cari kerja tak kisah kerja apa pun asalkan ianya halal.
– Flower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit