Hanya Rindu

Assalamualaikum, izinkan aku berkongsi sedikit kisah rindu pada yang tak sudi.

Sambil berkumandang lagu Hingga Tua Bersama dari Rizky Febian, masih lagi tiada khabar dari seseorang yang aku namakan ‘S’. Jujur dari sudut hati, aku sangat rindukan S.

Boleh dikatakan hampir setiap malam aku berperang dengan akal, hati, emosi dan perasaan sendiri untuk menghubungi S dengan alasan untuk berbaik seperti sebelum ni untuk diberi peluang perbaiki salah silap sendiri,

Namun niat itu aku hentikan sahaja selepas membaca kembali pesanan whatsapp S yang terakhir.

Sungguh perit dan sakit sekali kisah cinta aku kali ini. Mana tidaknya, setiap kali teringat setiap kali itulah berlinang air mata ini hahah.

Bila aku ceritakan perkara ni pada kawan aku majoriti akan kata S yang rugi sebab hilang aku tapi rasanya aku yang rugi sebab hilang S.

Bagi aku, S antara lelaki yang terbaik pernah aku jumpa, cuma yang kurang nya dia masih lagi mencari kestabilan hidup dan ekonomi.

Tapi bagi aku itu bukanlah sebab utama yang membuatkan aku pergi dari dia sebab aku sendiri pun masih lagi dalam proses untuk stabilkan diri,

Dan jujur aku jawab aku boleh tunggu S untuk kami sama-sama ke fasa akhir dalam setiap perhubungan.

Punca pengakhiran hubungan kami ini datangnya dari aku sendiri dan aku bukannya nak backup diri sendiri tapi S jugak ada salahnya, masing-masing ada salah.

Di awal perkenalan S seorang yang sangat ‘available’ tak kira masa, carilah dia siang atau malam pasti ada dia untuk aku dan itupun antara salah satu sebab aku suka pada S.

Tapi selepas 3, 4 bulan S nampak berubah dari sebelumnya.

Kalau dulu, setiap malam akan call untuk tanya hari masing-masing tapi sekarang lebih memilih untuk tidur awal atas alasan untuk bangun awal dan jogging.

Dekat sini tiada isu dari pihak aku sebab aku cuba untuk faham S yang ingin berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan aku okay kan saja apa yang dia minta.

Makin lama makin aku rasa dia sangat lain, yang pasti dia tiada masa untuk aku.

Aku yang awal nya rasa okay sekarang rasa tersinggung dengan sikap S tapi aku pendamkan atas alasan untuk cuba memahami S dan cuba untuk kawal perasaan sendiri dari menjadi punca tercetusnya pergaduhan.

Tapi dalam masa aku makan hati ni, sikap aku juga berubah terhadap S. Sudah tiada lagi berkongsi cerita dengan S walaupun S bertanya,

Bila whatsapp pun aku akan bersikap acuh tak acuh dengan dia sebab aku terasa dengan apa yang dia buat pada aku seperti dia tidak kisah langsung pasal aku sejak dia sibuk ni.

Dan yang silap nya ini lah cara aku, minta dipujuk, minta diberi perhatian dan juga cara aku untuk balas balik atas apa yang dia buat pada aku. Itu salahnya aku.

Dan setiap kali aku buat macam ni, setiap kali itulah kami akan gaduh. Aku akan merajuk sampai tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan S.

Hati ni tak berniat nak tinggalkan S, hati hanya ingin dipujuk dan diberi perhatian, itu sahaja.

Mula-mula S memang akan pujuk rayu pada aku untuk jangan tinggalkan dia tapi lama-kelamaan S sendiri sudah penat dan bosan nak melayan perangai aku yang satu ni.

Masa ini aku belum sedar lagi yang S memang betul-betul dah penat, aku fikirkan dia okay dan S pun masih sama,

Walaupun dah ditegur, dah dibangkitkan isu ni dia kadang-kadang lagi sibuk dari biasa sampai tiada masa langsung untuk aku.

Dulu hari-hari call bertanya khabar sekarang seminggu sekali itupun bila dia memang free.

Sampai lah satu waktu ni, waktu aku betul-betul terasa dengan sikap dia yang sentiasa sibuk aku mintak untuk kami hanya berkawan biasa supaya hati aku tak sakit lagi.

Bagi aku, tiada orang yang sibuk sampai tiada masa untuk orang yang dia sayang. S pun okay dan setuju untuk hanya berkawan biasa.

Rupanya bila berkawan biasa tapi hati masih lagi sayang, sakit rasanya hanya Allah sahaja yang tahu.

Walaupun aku beritahu pada S yang rasa ni akan hilang dan pergi nanti tapi jujur sampai sekarang masih lagi ada rasa sayang dalam hati ni pada S.

Sepatutnya pada masa ini apa yang perlu aku lakukan adalah untuk pujuk S untuk berbaik balik dengan S tapi itulah perempuan, terlalu ikutkan emosi dan perasaan.

Mengharapkan yang S akan pujuk aku seperti biasa tanpa aku tahu ini adalah titik terakhir hubungan kami.

Sekarang ni, apa yang boleh aku katakan S sudah move on melalui apa yang dia whatsapp pada aku.

Tapi aku masih dekat sini masih menangis bila teringat akan dia. Masih terngiang-ngiang suara, gelak tawa, pesanan, cara dia bercerita, suara bila taknak letak call haha.

Dulu bila ada kesempatan aku akan tengok bola team kegemaran S atau tengok result-result bola yang aku terlepas untuk tahu, kalau team dia menang mestilah dia happy kan.

Sekarang tak lagi, semua applikasi aku buang sebab bukan untuk sesiapa lagi dah aku tengok. Dulu banyak benda yang selalu kongsikan.

Sekarang tak lagi. Rindu. Sangat rindu. Tapi biarlah rindu ini antara aku dan Allah sahaja yang tahu.

Bila difikirkan balik, mungkin kami sama-sama banyak pendam dan tak berkomunikasi dengan baik bila tiap kali gaduh.

Kalau tak, mungkin masih ada peluang untuk selamatkan hubungan ini.

Untuk dia yang hanya aku namakan S, semoga awak diberikan rezeki dan jodoh yang terbaik. Saya minta maaf kalau saya watak jahat dalam hidup awak. Terima kasih awak insan yang baik.

– Haliza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *