An4k Tak Kenang Budi

Hai semua. Apa yang aku nak ceritakan ni secebis dari hidup aku. Yang mana buruk jadikan pengajaran.

Nama aku Rose, aku anak nombor 2 dari 6 adik beradik. Aku dalam lingkungan umur 25 an dan ada sorang anak. Aku masih lagi tinggal dengan mak aku. Masih lagi mengangur.

Memori semasa kecil aku tidaklah seindah kanak-kanak lain. Aku selalu dipukul, dimaki-hamun oleh mak aku. Aku juga objek untuk mak aku lepaskan kemarahan.

Apa saja kesalahan abang atau adik-adik, aku yang menanggung akibatnya.

Syukur Tuhan gantikan kasih sayang ibu dan ayah dengan panjangkan umur kedua moyang ku. Aku menumpang kasih mereka sehingga aku berusia 11 tahun. Di mana abah?

Bagi aku abah dah lama mati. Hadir semata nak mak aku layan dia, pergi tanpa tinggalkan sesen pun. Yang membesarkan kami cuma mak.

Aku pernah merasa cemburu bila melihat sahabat aku pulang sekolah dijemput ayah, sedangkan aku mengayuh basikal berkilometer untuk sampai ke rumah.

Adik, mak pasti akan menjemput mereka. Itupun masih mak kata aku “perut hijau”, berdengki dengan adik-adik. Entah apa salah aku, aku tak mampu mengingatinya.

Di usia remaja, aku masih perlu mengayuh basikal ke sekolah, aku akui lebih selesa begini. Aku mula faham yang aku tak boleh menyusahkan mak.

Aku beralah dari segi wang saku. Tak apalah, mak tak mampu nak bagi aku duit macam abang, dan adik ku.

Pakaian aku juga tak pernah berganti, kalau ada pun semua baju dan seluar orang sedekah. Syukur.

Hari raya seingat aku, aku sudah tak merayakan ia selepas kematian moyang ku. Aku pun mengelak dari di belikan baju raya. Membazir.

Di sebabkan aku tak pandai bergaul, aku tak ramai kawan. Kawan yang rapat dengan aku pasti tahu setiap kali aku dipukul, dimaki-hamun, mereka lah tempat aku bercerita. Cikgu kaunseling?

Cukuplah sekali aku bercerita, satu sekolah tahu aib aku. Di sebabkan selalu dipukul, aku nekad selepas PMR, aku mesti sambung belajar di kolej vokasional, biar jauh dari keluarga.

Syukur Tuhan permudahkan segalanya. Aku berjaya mendapat tawaran kolej vokasional dan aku seronok sangat bila dapat tinggal di asrama.

Aku fikir takkan ada lagi seksaan. Tapi aku silap.. Bila di asrama, sistem senior junior masih kuat. Tambahan pulak tahun itu tahun terakhir SPMV..

Berlemak lah pelajar tingkatan 5.. Tiap malam pasti ada roll call, aku disana sedaya upaya mengelak dari mencari masalah dengan senior.

Tapi makin dielak, makin banyak yang tak berpuas hati dengan aku. Bila aku di tahun ke 2, aku menjadi senior, dan aku telah janji takkan mengulangi budaya bodoh itu.

Aku tak mempunyai kawan kerana aku tak mampu nak bermewah di asrama. Itupun aku bersyukur sangat, kurang kawan, kurang masalah.

Ada satu peristiwa di asrama yang mengubah semua tentang aku. Aku dituduh mencuri telefon junior. Tapi sebijik telefon pun tak jumpa dekat aku.

Mereka paksa aku minum air yasin kononnya siapa yang ambil akan berasa panas, yang bangang nya masatu aku baru naik dari prep, panas.

Terus percaya dan yakin akulah pencuri tu. Takkan aku maafkan semua yang terlibat dalam kejadian tu. Aku nekad berhenti belajar.

Dalam keadaan hidup tak ada arah, aku cuba bekerja. Tapi disebabkan aku tak ada SPM, kerja kuli saja yang sesuai dengan aku.

Aku fikir hidup aku akan berubah ke arah lebih baik, tetapi perancangan Tuhan lebih dari itu.. Aku mengandung di usia muda tanpa suami. Aku hilang arah, aku takut dengan mak aku.

Aku cuba gugurkan, tapi tak berjaya. Ini antara kebodohan paling aku menyesal. Aku lahirkan anak aku tanpa seorang pun menemani aku.

Mak? Dah tahu sebab surat dari JKM sampai di rumah.

Disebabkan aku jadi macam ni, aku usaha cari kerja yang jauh dari negeri asal ku. Aku jumpa bermacam jenis manusia.

Ada yang menpenggunakan aku demi kesenangan mereka tak kurang juga yang menerima aku seperti keluarga. Kini sudah setahun aku mengangur..

Aku terpaksa pulang ke kampung setelah mak aku kemalangan dengan anak aku. Tiada siapa yang sanggup membasuh berak kencing mak.

Adik-adikku semua sudah berumahtangga. Aku keraskan hati menjaga mak, Tuhan saja yang tahu tiap kali aku berada depan dia pasti ada caci maki dari mulut mak. Aku sabarkan hati. Dia mak aku, 1 saja dekat dunia ni.

Sekarang mak dah boleh berjalan seperti biasa. Aku perlu mencari nafkah untuk anak aku. Jadi aku mohon doa kalian doakan aku dapat kerja yang lebih baik.

Dan doakan aku supaya kuat. Aku terpaksa skip beberapa bahagian yang bagi aku cukuplah Tuhan saja yang tahu.

Aku menulis kerana aku tak mampu nak bertahan lagi. Aku bimbang mulut aku keluarkan kata kata yang akan menyakitkan hati mak aku.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *