Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya sudi terima confession saya. Kisah ni mengenai diri sendiri. Saya insan yang penuh dosa. Insan yang tak lari dari melakukan silap. Malu rasa, bila orang sekeliling menganggap diri ni baik, terlalu baik. Walhal, diri ni terlalu byk membuat dosa. Aku terlanjur. Sampai satu ketika, aku tersedar dan ingin kembali pada Allah. Saat diri mencari jalan untuk dekatkan pada Pencipta.. aku disahkan mengandung. Allah, dugaan apakah ini.. Tipu kalau aku katakan, aku tak ada cuba cara untuk mengugurkan anak ini. Bermacam cara, tp kandungan tetap kuat. Seketika bersendirian , aku berfikir mungkin Allah ingin menguji sejauh mana aku ingin kembali dekat padaNya. Ya, aku kata ingin berubah, bila ujian dtg. Aku cuba membunuh kandungan sendiri. Dan akhirnya, kandungan sudah 4 bulan.. Rasa syg pada kandungan dan berdosa kerana pernah cuba membunuh. Cuma sekarang aku buntu.. aku buntu di mana harus aku lahirkan anak ini? Kata mereka anak yang tak sah taraf jika di lahirkan di hospital kerajaan, JKM akan ambil walaupun ibu bayi telah berumur 18 keatas. Benarkah? Aku jd risau jika benar JKM mengambil anak aku. Aku ingin menjaga dia. Lahir di hospital swasta, kos nya tinggi.. aku inginkan pandangan kalian. Kecam lah pendosa ini, hinalah aku, keji lah dengan apa kata.. kerana aku layak untuk dosa dosaku. Tp aku tak peduli. Yang aku peduli nasihat dan pandangan yg baik untuk aku dan kandungan aku.
– Pendosa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Pergi lah ke baitus soleha ..ade pages dia dia fb search je baitus soleh ..mereka sedia membantu ibu2 yg hamil tanpa ade pape bayaran ..semua ditangung ..anak pon boleh bela sendri ..
Saye bg no tel umi(org yg jage baitus soleha) 0149253151 ..umi nie org nye baik ..cube lah yg terbaik utk awak dan anak .
semoga d permudahkan segala urusan saudari.
Aku praktikal kat jkm bahagian perlindungan. Jkm takkan ambil kalau ada support yang bagi perlindungan kat baby tu. Kau boleh jaga baby tu. Jangan risau. As long as ada Org yang akan assist dan tanggung kau dan baby. Contoh: hak penjagaan kau dan baby, parent sanggup nak tanggung. Tiada masalah. Cuma nanti jkm akan pantau dari masa ke masa keadaan baby untuk pastikan dia tidak terabai. Secondly, kalau bersalin di swasta pun. Jkm akan take action atas kapasiti kanak-kanak perlu dilindungi. Buat masa sekarang, aku cadangkan buat buku pink kt klinik. Untuk keselamatan kau dan baby. Kalau ada apa-apa nak tanya. Boleh pm aku. Apa yang aku boleh tolong, aku tolong. Carilah rumah perlindungan wanita kalau tak mampu nak cope sorang. ☺☺☺
Sis kalau kau baca komen nih, mohon pm aku weh.
Betul mcm sis siti nabilah ckp tu. Kalau mampu, jkm takkan ambil anak tu. Tp utk keluar drpd hosp, selagi tiada waris dtg utk sign borang. Xbkh discharge. Kalau bersalin kt swasta, xpe. Xd jkm, n xperlu ada waris.
Blh cuba call n pergi sndr baitus solehah tu. Saya selalu follow dorg, itu antara rumah perlindungan favret saya sbb dorg sgt menjaga dr segi pergaulan dan amalan. Juga tidak membebankan pelatih. Selalunya umi tu akan sedaya upaya utk elakkan baby di beri keluarga angkat.
Saya pun punya seorang anak angkat. Dah besar da. :) mak dia banyak kali ckp rindu pd anak dia. Dan anak angkat saya tu selalu diejek kanak2 lain. Yg kami bkn mak ayah kandung dia. Dia memendam. Wlpn masih kecil dia faham. Sejak drpd tu, bila ada org offer pd saya anak angkat. Saya pujuk spy si ibu jaga sndr anak tu. Bila da serah, nak jumpa balik n lepaskan rindu tu memang agak mustahil melainkan mak ayah tu jenis faham.
Kau ada 2 pilihan, 1st kau boleh bela bby tu tp dgn syarat pihak hospital nk jumpa mak ayah kau, itu utk pastikan keselamatan bby tu.. 2nd, kne serahkn kalau kau nk sorok dr makayah.. Itu je.. Sbb pnh handle kes mcm ni..
Yup, try contact Mak Liza di page Baitus Solehah ye dik. Sy doakan yg terbaik buat awak.
semoga diberi kekuatan…moga Allah beri hidayah sentiasa..Moga ibu dan bakal anak sihat…in sha Allah..;)
Wahai ibu , anak itu suci fitrahnya , bersih ibarat kain putih. Lahirknlah bayi itu dan sayangilah ia . walau dosa mu menggunung tinggi , ketika ini kau bernafas ihsan sang pencipta , tidak prnah trlambat utk mu bertaubat.bersabarlah. Ya Allah.. semoga hadir pembela2 utk mmbri perhatian dan sokongan kpd ibu ini. Jauhkanlah dia dan bayinya drpd kata nista manusia . Hadirkan insan2 mulia utk membantunya. Amin.
Bagus sbb kak nk jaga anak tu. Gudluck kak. Semua orang buat dosa, so bertaubatlah.
Sila search/contact fb Baitus Solehah
sis…tiada insan y terlpas dr melakukn kesilapan…y pnting skrg,g klinik..buat buku merah..buku tu y pnting…inform family psal ni…insyaAllah..diorg bleh pham…bnda da jdi..JKM xkn amik ank tu..cuma klinik kesihatan akn refer kat JKM..diorg cuma akn pntau…y plg pnting,sygkn diri sndri n jga baby elok2…y lepas tu jdikn sempadan…be strong sis
Single parent cmni hosp akn rujuk bhgn kebajikan utk kaunseling n biasanya kalo ibu nk jg ank sndri xde halangn dr pihk hosp
Ni weris. P je hosp kerajaan. Single parent, mmg kita akan refer kebajikan but just as a standard procesure. Drg x kan rampas anak tu if awak nak jaga