Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya sudi terima confession saya. Kisah ni mengenai diri sendiri. Saya insan yang penuh dosa. Insan yang tak lari dari melakukan silap. Malu rasa, bila orang sekeliling menganggap diri ni baik, terlalu baik. Walhal, diri ni terlalu byk membuat dosa. Aku terlanjur. Sampai satu ketika, aku tersedar dan ingin kembali pada Allah. Saat diri mencari jalan untuk dekatkan pada Pencipta.. aku disahkan mengandung. Allah, dugaan apakah ini.. Tipu kalau aku katakan, aku tak ada cuba cara untuk mengugurkan anak ini. Bermacam cara, tp kandungan tetap kuat. Seketika bersendirian , aku berfikir mungkin Allah ingin menguji sejauh mana aku ingin kembali dekat padaNya. Ya, aku kata ingin berubah, bila ujian dtg. Aku cuba membunuh kandungan sendiri. Dan akhirnya, kandungan sudah 4 bulan.. Rasa syg pada kandungan dan berdosa kerana pernah cuba membunuh. Cuma sekarang aku buntu.. aku buntu di mana harus aku lahirkan anak ini? Kata mereka anak yang tak sah taraf jika di lahirkan di hospital kerajaan, JKM akan ambil walaupun ibu bayi telah berumur 18 keatas. Benarkah? Aku jd risau jika benar JKM mengambil anak aku. Aku ingin menjaga dia. Lahir di hospital swasta, kos nya tinggi.. aku inginkan pandangan kalian. Kecam lah pendosa ini, hinalah aku, keji lah dengan apa kata.. kerana aku layak untuk dosa dosaku. Tp aku tak peduli. Yang aku peduli nasihat dan pandangan yg baik untuk aku dan kandungan aku.

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

One comment

  1. Semua org pernah melakukan dosa.jgn menghukum diri sendiri.i know a right hospital for u.sbb pernah sy bersalin di situ and org di sebelah sy melahirkn anak x sah taraf.pm sy utk tahu lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *