Assalamualaikum, saya surirumah berumur 28 tahun. Saya dan suami sebaya, berkahwin suka sama suka dan mendapat restu kedua family.
Berkawan sejak 2013, bertunang sekejap kemudian bernikah dan usia perkahwinan hampir 4 tahun.
Sepanjang 4 tahun perkahwinan kami masih belum dikurniakan zuriat. Suami sangat ok, supportive dan selalu pujuk saya untuk sabar. Rezeki tu akan sampai tepat pada masa katanya.
Kehidupan kami macam biasa, gaduh2 manja dan happy berjalan setiap hujung minggu. Tak berjalan jauh, cukup sekadar pergi mall cuci mata, pergi pantai, makan kedai, pusing2 bandar ambil angin. Kalau bosan keluar ronda2, kalau penat duduk rumah tidur.
Saya pernah jaga anak buah hampir 2 tahun memandangkan kakak saya kerja oversea. Masa tu umur dia 2 tahun++. Saya dan suami sayangkan dia sangat. Sehingga hari ini kami sanggup ambil dia untuk bawa berjalan walaupun rumah kami berbeza negeri.
Ceritanya, makcik suami Mokde (bukan nama sebenar) kerap video call dengan mil. Setiap kali kami balik kampung, mil dan mokde akan video call.
Biasalah orang tua bila baru pakai wasap, kejap2 nak call. Plus duduk rumah bosan takda benda nak buat. Kami balik kampung biasanya sebulan 2kali, ataupun sebulan tak balik langsung.
Mokde bila vc benda pertama dia akan tanya pasal anak. Contoh ayatnya,
1: Kau dah ada anak belum?
2: Dah beranak belum.
3: Betulkan kot€ kau.
4: Pergi urut kot€ tu.
5: Dah buat anak belum.
6: Suruh beranak tak beranak ni sibuk usung anak angkat (anak buah).
7: Tulah lain kali beranak takdelah bawak anak angkat.
Ini baru ayat yang keluar dari mulut Mokde, belum family lain lagi. Setakat ni saya paling tak boleh terima semua ayat Mokde. Saya rasa macam melampau sangat sampai habis segala alat sulit saya dan suami dia nak sebut.
Mil pula akan sama naik menyokong sindiran Mokde ni. Mil pun sama backup itulah takda anak. Kon€k itu kon€k ini. Bini besar, tet*k besar dan macam2 lagi. Tak pernah langsung mil backup anak menantu dia.
Mula2 kawin kami ok je. Bila lama2 asyik cakap benda sama kami jadi meluat, semak serabut dan malas nak layan.
Tapi kami masih cakap baik2 minta doakan dan senyum sahaja. Suami tahu saya sangat tertekan dan akan terasa hati bila Mokde cakap macamtu.
Bab zuriat ni, family saya tak pernah langsung tanya. Even sedara mara pun tak pernah soal pasal anak. Berbeza dengan family suami. Mil fil, adik beradik termasuk sedara mara selalu tekan kami pasal anak.
Diorang punya pemikiran sangat lain. Cetek takda sense, takda manners, kurang education lepastu guna ayat “ohhh kitorang ni memang jenis cakap lepas kau jangan terasa hati”.
Sorry bagi saya bukan kasar, tapi biadap dan kurang ajar. Kalau kasar saya boleh faham dan terima.
Macam2 usaha dah kami buat. Pergi checkup, kawal makan, pantang itu ini. Suami pun dah 3 tahun stop merokok dan vape. Tapi kami tak pernah cerita kat sesiapa apa usaha kami buat.
Kami ambil langkah tak kisah dan tak ambil peduli. Buat donno tapi tipulah kalau kami tak terasa hati.
Kadang2 bila dah balik rumah tu, kami akan bercakap semula pasal ni. Bukan sedih tak ada anak, kami faham sebab kami sahaja yang tahu apa jadi.
Cuma sedikit terkilan sebab yang mengata semuanya dari ahli keluarga sendiri. Sepatutnya mereka bagilah kami semangat tapi sindiran yang kami dapat.
Tak apa kami bahagia dan happy hidup macam ni. Belum ada rezeki anak, tapi alhamdulillah serba serbi cukup walaupun hidup sederhana.
Doakan saya dan suami dikurniakan anak. Semoga pembaca yang ttc macam saya pun dikurniakan anak, dan segala urusan semua pembaca dipermudahkan. Terima kasih semua.
– MaryamSophe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebab diorang dah kata diorang jenis cakap lepas, apa kata you pun cakap lepas juga.
“Mind your own business. Hidup sendiri menyedihkan agaknya sampai sibuk nak heboh orang tak ada anak”.