Anak Angkat Tak Jadi

Assalamualaikum semua. Aku nak ceritakan kisah yang terjadi dalam hidupku. Bukan kisah dongeng atau rekaan semata. Ia memang betul² kisah realiti. 

Nama aku Hamidah, bukan nama sebenar. Aku berumur 34 tahun. Aku mempunyai 5 orang anak. 

Aku mempunyai kakak ipar yang sudah hampir 15 tahun kahwin tapi belum mempunyai rezeki anak sendiri. Jadi dia pernah bertanya pada aku ingin mengambil putriku yang pada ketika itu putriku baru berusia 6 bulan. 

Aku ingatkan dia saja main² cakap. Jadi aku cakap kat dia, “tak boleh kak, dia baru sorang anak gegirl, next time la kak kalau ada rezeki”. Anak ku yang lain semuanya lelaki, dan yang ke 4 tu baru gegirl. Memang takla aku nak bagi pada kakak ipar. 

Nak dijadikan cerita pada tahun lepas aku disahkan mengandung. Pada kandunganku ke 3 bulan, suami aku ada menyatakan hasrat supaya bakal anak kami yang ke 5 ini diberikan kepada kakak ipar. 

Yelah, dia pun kasihan melihat kakaknya sudah lama tidak mempunyai anak. Jadi aku pun berfikir sejenak dan dengan berat hati bersetuju memberikan anak ku yang akan lahir ke dunia kepada kakak ipar. Family sebelah aku tak tahu pasal hal anak angkat ni. 

Bulan berganti bulan, akhirnya kandunganku berusia 8 bulan. Dan pada ketika ini aku sudah tinggal dirumah mentua aku untuk berpantang.

Di jangkakan aku akan bersalin pada hujung Mac, tapi aku awal seminggu. Masa ni bulan puasa dan tak lama akan menyambut hari raya. Jadi aku akan berpantang pada hari raya. 

Sudah ada tanda bersalin dan aku memberitahu kepada suami. Kami bersiap cepat untuk ke hospital. Suami aku memberitahu pada kakak ipar akan hal ini. 

Aku sangka dia akan temankan aku, yelah bakal anak dia nak lahir kan. 

Tapi tekaan aku salah. Kakak ipar aku hanya memberi sedikit duit kepada aku. Aku yang pada masa itu tertanya dalam hati.

Tapi aku endahkan perasaan itu seketika dan terus pergi ke hospital. Suami aku sempat singgah di rumah makciknya untuk menemani aku di hospital. 

Tiba di hospital, doktor check dan mendapati sudah ada 2cm bukaan. Jadi kemungkinan esok aku bakal melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini. 

Syukur alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah. Aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kg.

Doktor mengatakan pada petang itu aku boleh pulang ke rumah tapi aku meminta pada doktor untuk pulang esok hari. Doktor pun membenarkan aku pulang esok hari. 

Bayangkan selama aku dihospital, kakak ipar aku tak muncul. Bukan harap dia jenguk aku tapi anak angkatnya ni.
Mak mentua aku tu memang aku tak harap pun untuk jenguk. Jadi, esoknya tu aku pulang ke rumah. 

Masa pulang tu, semua sambut kehadiran baby baru. Rumah mak mentua pun sudah ramai adik iparku pulang untuk menyambut hari raya. Kak ipar hanya senyum kambing kepada aku. Aku pun senyum kambing la balik kat dia kan. 

Hari ke 2 di rumah aku berpantang macam biasa. Dan esoknya aku perlu ke klinik untuk checkup baby aku. 

Nurse klinik cakap baby aku ada jaundis (kuning). Jadi nurse minta aku untuk ke hospital. Bila dihospital aku tunggu lama result jaundis baby ku. 

Ternyata aku dan baby dimasukkan ke hospital kerana result jaundis baby ku tinggi. 

Setelah 1 hari 1 malam di hospital aku dibenarkan pulang. 

Disingkatkan cerita, pada hari ke 7 aku memberikan baby ku kepada kakak iparku. Pada masa tu kakak ipar aku sibuk menyediakan juadah berbuka. Mak mentua aku la yang pegang babyku sekejap.

Kakak ipar aku tanya aku “apa motif kau bagi baby kau dekat aku? kau ingat aku ni takde perasaan ke” dengan nada marah. 

Aku tersentak dan terus menangis mendengar kakak ipar aku cakap macam tu. Mak mentua aku meminta aku masuk ke dalam bilik.

Ye la dah la aku berpantang kakak ipar pula cakap ayat macam tu seolah-olah aku dan suami tak mampu sara anak kami. Kalau ikutkan hati aku memang jadi orang besar dah tapi aku hanya mampu berdiam diri. 

Sejak kejadian tu, aku hanya duduk dalam bilik. Makan semua dalam bilik. 4 hari 4 malam aku menangis.

Aku juga ada berdoa pada Allah “Jika rezekiku besarkan anakku kau rapatkan kami, dekatkan kami, jika bukan rezekiku untuk menjaga anakku kau jauhkan dan pisahkan kami”. Suamilah yang banyak tenangkan aku. 

Ye, kakak ipar aku telah ambil babyku. Dia pula yang uruskan baby. Tapi bila baby menangis aku hanya mampu biarkan je. Takut aku berubah hati ambil babyku. 

Semua tentang baby kakak ipar aku tak reti, semua dia tanya pada adik ipar. Pada mata aku dia tak bersedia nak jadi ibu.

Baby menangis teruk dia tak pandai tenangkan, Mandikan baby, mak mentua yang mandikan. Buat susu baby sambil marah-marah. Semua serba tak kena.

Aku ada dengar yang dia nak ambil pembantu bila dia balik rumah dia nanti. 

Untuk checkup baby pula dia minta aku yang bawa baby. Urusan pendaftaran aku dan suami yang urus. Dia sibuk dengan persiapan raya. Sedangkan anak tu dah jadi anak dia. Dia la uruskan sepenuhnya. 

Suami aku memang tak puas hati dan bergaduh besar jugak dengan kakak ipar. 

Kun Fa Ya Kun, hari berganti hari babyku kembali kepada ku semula. Allah maha mendengar doa hambanya.

Aku pun menjalani hari ku seperti biasa dengan babyku yang kini berusia 5 bulan serta anakku yang lain. Syukur Alhamdulillah. 

Sekian dari Hamidah. 

– Hamidah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. tak faham la dengan Hamidah ni. Sanggup eh bagi anak? awak tak mampu ke atau kesian kak ipar? selagi mampu, jangan bagi dekat orang walaupun kak ipar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *