ANAK BONGSU – 6:29 PM

ANAK BONGSU

ANAK BONGSU

Terima kasih admin sebab approve post ni.

AWAS! Post ini agak panjang dan mungkin anda akan bosan. Tapi Inshaa Allah, bermanfaat.

Orang selalu dok update pasal anak sulung kan? Meh nak cerita sikit bab anak bongsu pulak.

Aku anak bongsu. Alhamdulillah, hidup tidak terlalu mewah dan tidak terlalu susah tapi senang. Tidaklah sampai tahap mintak kereta BMW pun dapat. Hahaha. Dan tidaklah jugak sampai tahap terpaksa meminta-minta. Tahun 2016 ni, umur aku dah suku abad dan dah bekerja. Alhamdulillah.
Sepanjang hidup aku selama bergelar seorang pelajar, aku tak pernah rasa macam mana susahnya cari duit. Kalau orang lain, waktu cuti semester ke, tunggu result SPM ke, cuti hujung tahun ke, ada jugak buat part time. Aku pulak, memang tak pernah rasa semua tu. Ibu ayah aku pulak memang tak berapa gemar sangat aku bekerja sambilan waktu belajar. Ayah aku pulak kurang bagi sebab fikir aku ni perempuan. Bila aku merungut tak de duit ke, bosan ke, mesti dia cakap, “duduk rumah tolong ibu ayah pun dapat pahala.” Hahaha. Ok. Never mind. Mungkin sebab dorang rasa aku ni macam kecik lagi kot. Hahaha. plus aku memang jenis "kami dengar dan kami taat". hahahaha. Sampai kan kalau aku minta apa-apa, memang dorang belikan. Even aku cakap nak pakai kereta time belajar pun dorang belikan walaupun just kereta second hand. Abang kakak aku memang merungut jugak dekat ibu ayah sebab aku tak pernah rasa susah macam dorang dulu-dulu. Pendek kata, aku celik je mata ni, memang dah senang hidup aku.

Tapi semua tu tak lama. Sampailah Allah takdirkan dalam hidup aku, ayah aku pergi selama-lamanya. Pergi yang tak kan kembali lagi. Ayah aku meninggal mengejut. Maksudnya tak de sakit-sakit. Ayah aku sihat walafiat. Masa tu aku tahun dua dekat universiti. Awalnya rasa macam agak mustahil untuk aku teruskan hidup. Ibu aku tak kerja. Ayah dulu mengajar kafa + buat kerja kampung + pegawai masjid + macam-macam kerja lagi. And things that I worried most was about money. Ye laaa.. aku tak pernah rasa susah kot. Bayangkan, orang lain bajet Rm400/minggu atau RM400/bulan. Ayah aku bagi aku RM1000 kot untuk seminggu. Huhuhu. Memang boros gileeerr hidup aku. Huhuhu. Tak de duit, terus hello ibu ayah minta bank in kan. Kalau tak dapat reach dorang, terus aku call kakak atau abang aku. Tiba-tiba orang yang menjadi tempat aku bergantung pergi dalam keadaan aku tak begitu bersedia. But then, I believed that, Allah yang bagi ujian ini untuk aku, maka sudah pastinya Allah juga yang akan bagi jalan penyelesaian kepada aku.

Since that day, aku start berdikari. Aku curi-curi buat part time sebagai cashier. Aku dah dapat kerja baru aku bagitau ibu aku. Bukan niat aku untuk membelakangkan ibu tapi sebab aku tak nak ibu risaukan aku. Aku kumpul duit untuk bayar road tax kereta, tukar tayar kereta & servis kereta. Semua tu guna duit yang aku kumpul hasil aku mula belajar susahnya nak cari duit.

Ok. Panjang pulak cerita aku. Hahahaha.

Ok. Pasal anak bongsu ni kan, since ayah aku dah tak de, aku banyak luangkan masa aku dekat rumah, teman ibu aku. Kawan-kawan pergi trip oversea + dalam Malaysia, aku tak pergi. Sebab ingat nak temankan ibu. Kesian dekat ibu sebab duduk sorang. Abang-abang & kakak-kakak aku semua dah kerja dan tinggal berasingan dan agak jauh. Kecuali abang yang sulung. Tinggal asing tapi dekat dengan rumah ibu aku. Orang selalu sebut yang sulung ni terutamanya lelaki, dia kan jadi ketua keluarga selepas ayah kita dah tak de. Tapi abang aku tak. Ibu aku selalu kecik hati dengan dia sebab dia jarang datang ziarah ibu, jarang call. Pendek kata, kurang ambik berat pasal ibu. Aku sebagi adik, aku tak nak ibu aku terus buruk sangka dengan abang. Aku pujuk ibu, cakap itu ini, mungkin dia busy dan macam-macam lagi. Then ibu ok. Keadaan berterusan mcm tu (ibu merajuk, aku pujuk, ibu merajuk, aku pujuk…….) sampailah aku habis study. Aku korbankan cita-cita aku semata-matauntuk stay dengan ibu. Aku teringin nak belajar hidup berdikari jauh dari family tapi disebabkan permintaan ibu, aku kirbankan cita-cita aku. Aku cari kerja yang dekat dengan rumah walaupun gaji tak seberapa. Tapi aku percaya Allah akan tolong aku. Bila aku dudk dengan ibu, baru aku tahu. Betul cakap ibu. Abang yang tinggal dekat dengan ibu tu jarang ambik berat pasal ibu. Kot la nak call Tanya khabar ke, tak de pun. Kalau datang pun sekejap-sekejap je. Daorang yang lain kalau balik tu kor laa nak tolong itu ini, tak de pun. Daripada bangun tidur sampailah nak tidur malamnya pulak, banyak aku yang setelkan. Bawak ibu gi check up, ambik ubat, penuhkan hasrat ibu nak makan itu ini, bawak ibu gi berubat sana sini (sebab ibu tak sihat sangat). Kadang-kadang tu atap bocor sikit pun kena panggil orang tolong betulkan sebab bila call abang sendiri, dia syik ckp banyak keje laa, tak larat laa. Aku malu sangat bila orang kampong asyik Tanya, abang kau tak balik tengok mak kau ke? Tak pernah pun nampak kereta. Urusan yang sepatutnya orang lelaki buat pun, aku juga yang uruskan. Contohnya macam urusan harta pusaka. Memang tak de masalah kalau perempuan jadi kepala kuasa (lebih kurang macam ketua bagi sesubiah keluarga tu dlm urusan pembahagian harta pusaka) tapi seeloknya orang lelaki yang jadi ketua. Bayangkanglah, daripada mula aku ambik borang dekat pejabat tanah tu sampai lah dah keluar surat perintah dari pegawai, semua orang Tanya, kenapa abang sulung tak uruskan? Tanah rumah ni runtuh, aku jugak yang setelkan. Dorang cakap je lebih. Buat macam tu macam ni. Tapi buatnya tidak. Aku kadang tu segan nak mintak cuti sebab selalu sangat minta cuti, masuk lambat sebab nak setelkan urusan-urusan di rumah. Kakak aku yang nombor dua pulak, asyik nak marah je. Semua tak betul. Dia sorang je betul. Tension aku. Kalau aku melawan, dorang cakap aku kurang ajar. Tapi dorang tak sedar disebabkan sikap dorang yang jarang ambik tahu pasal ibu tu yang buatkan aku jadi kurang ajar.

Aku sedih dengan sikap abang kakak aku. Terutamanya abang sulung aku. Orang yang paling aku harapkan untuk bertanggungjawab dalam family ni merupakan orang yang paling aku dan ibu harapkan.

Tapi aku bersyukur sebab Allah pilih aku untuk lalui semua ni. Buat semua yang bergelar abang kakak, do appreciate your adiks. Jangan bercakap soal respek kalau kita sendiri tak pernah respek dorang. Respek ni tak perlu syarat “umur yang lebih dewasa”. Nak tegur, ada caranya. Jalankan kewajipan kita sebagi anak dengan baik. Mungkin kita tengok ibu ayah kita macam tak kisah kalau kita jarang call, datang ziarah tapi dalam hati dorang siapa yang tahu. Mungkin disebabkan aku banyak duduk dengan ibu, maka ibu banyak luahkan isi hatinya pada aku. Aku bukanlag anak yang baik Cuma masih berusaha untuk menjadi baik.
Moga kita semua jadi anak soleh dan solehah.

_ADIKBONGSU_

– MISS A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *