Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin andaikata confession saya ini disiarkan. Saya merupakan seorang ibu bekerjaya, ada seorang anak dan sedang mengandung. Saya bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan manakala suami bekerja di sektor swasta. Tidak menjadi satu kepelikan bahawasanya kini, gaji kebanyakan isteri lebih tinggi berbanding suami. Alhamdulillah, suami saya seorang suami soleh dan bertanggungjawab meskipun gaji tak seberapa.
Alkisahnya begini, sebenarnya kami tidak expect to get our second baby this early. Anak first saya telah menganjak usia 3 tahun sebenarnya which is just nice to plan for second child. Namun, kerana kekangan kewangan – saya dan husband merancang to have our second baby bila si abang dah berusia lingkungan 5-6 tahun. Nak stable dulu kata orang. Nevertheless, Allah is The Greatest Planner. Saya disahkan hamil last week. Saya dan husband terkejut dan gembira at the same time. Bak kata ibu saya, rezeki setiap anak itu berbeza.
Sejujurnya, saya skeptikal pada mulanya. Mana nak add on cost pengasuh lagi? Pampers? Susu? Everything is on my head. Sehingga semalam. Saya dan suami ke KKIA, buat buku. Sepanjang saya check up, selalunya memang suami teman tetapi semalam, saya tak nampak kelibat suami saya, entah ke mana hilangnya dalam keramaian umat manusia dekat KKIA tu.
Seusai semua proses, baru saya nampak suami saya. Saya nampak dia termenung dan kelihatan sedikit sebak. Saya tanya is he okay. Rupanya dia dapat panggilan interview yang mana gajinya dua kali ganda gaji sekarang. Kami menangis dekat KKIA berdua. Couples lain pelik je tengok kami menangis, ingatkan terharu sangat dapat baby ni gamaknya. Hihi. Allahhuakbar. Tak tergambarkan macam mana, kawan-kawan. Tak dapat saya ungkap dengan kata-kata perasaan ni. Meskipun saya tahu, certain people told me – eleh belum dapat lagi. But still, saya yakin rezeki Allah tak pernah salah alamat.
Kalau ada rezeki kita di situ, InsyaAllah Tuhan permudahkan. Doakan suami saya ye, semua. Suami saya suami yang baik, saya harap sangat Allah permudahkan untuk dia. Tak sampai hati tengok suami keluar Subuh, balik selepas Maghrib dengan kerja sekarang. Walaupun suami tak pernah merungut, saya tahu dia penat.
Bersangka baiklah dengan Tuhan dalam apa juga keadaan. Dan sebagai isteri, sentiasalah redha dengan pengorbanan kita kepada suami. Baik dari segi wang ringgit, tenaga dan lain-lain. Keredhaan isteri itu sangat penting untuk suami dan keluarga. Sekarang baru saya faham, bila orang kata, setiap anak ada rezeki masing-masing. Selagi kita usaha dengan cara yang baik, mesti Tuhan beri. Tuhan tak pernah zalim.
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Ghaafir, ayat 60)
– Mama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit