Anak dara tua

Aku duk baca2 dlm iium confession ni..aku pn terdetik nak cerita tentang aku ni. Aku dh abis belajar dh pon. Dulu2 aku belajar kat iium jugak. Aku skrg ni dh bekerja n dlm golongan pekerja professional. Umur aku baru 30thun. Ada org akan ckp "alaaaa muda lg".. tapi lebih ramai yg akn ckp "eh xkawen2 lg?".


Dulu2 masa belajar, parents n akak aku xbg aku bercinta pn. Alasannya belajar dulu. Lgpun, sejak aku masuk iium, aku tumpu belajar jer. Aktiviti kelab mmg xjoin sbb xbrp sihat. Nak berkwn dgn lelaki? Kebetulan di kuliyah aku ni golongan lelaki mmg hampir pupus. Kalau ada pn, dah tentu berpunya. Takat kwn utk buat group work tu adalah. Nak lebih2, aku xda. Kwn dgn ppuan je slalunya.

Bila diwar-warkan budak iium slalunya kawen awal..salah taw. Aku dan ramai kwn aku lg yg punya masalah yg sama. Bukan memilih sgt, tp mmg xda siapa yg berani nak approach. Alasan kami nie golongan yg demand maklumlah kje pun bidang profesional.

Takut nak kwen pn yea. Korang pun blh tgk kat iium confession nie, smua citer yg buatkn kami ppuan nie takut nak kwen. Takut tersalah pilih lelaki utk dijadikan suami n imam. Kalau boleh nak kwen sekali je seumur hidup.

Jgnlah kata kat org mcm aku nie "jgn kawen lambat..umur kau tu susah nanti nk dpt anak".. Ya Allah, ikutkan hati aku, weekend nie aku nk akad nikah dah.. Bukan sbb gatal nak kwen okeh. Aku pn nak ada org tlg jga makan minum n ibadat aku. And aku juga nak jaga anak teruna org. Hehe

Kalaulah pilih suami tu mcm pilih barang guna katalog jer, dah lama aku nie pilih n beli. Cuba lah tanya yg xkwen lg. Jarang2 dgr yg kata dia xmo kwen. Smua nk kwen yea. Cuma mayb jodoh blum sampai.

And ada juga lelaki yg aku pernah jumpa, mostly dorg suka ppuan yg nmpk cantik dimata dorg. Ditambah pula nak ppuan yg bekerjaya..nak yg pandai memasak..pandai jaga budak2..punya kereta/rumah..pandai bawa dri dpan kwn2 dorg.. Punyalah byk list dorg. Mana lah ppuan pn kna memilih.

Bertmbah sadis, lelaki skrg lbih suka ppuan yg lbih muda dr dri mereka. Nampaknya org mcm aku nie kawen dgn kerja je lah. Bak kata bos, lebih baik kwen dgn keje berbanding berharap dgn lelaki.

So, sapa2 yg dh kwen or xkwen lg..xpyhlah dok tnya2 kpd kwn2 yg xkwen lg nie..bila nak kwen. Tanya jer soalan lain. Takpun..apakata korang tolong carikan jodoh..atau tolong doakan jer jodohnya cepat sampai.

- Miss Single Lagik

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *