Hai Assalamualaikum admin. Selamat Hari Raya,nak duit raya? Approve lah. Hehee.
.
Orang yang sebaya aku selalu nye tengah sambung belajar.Kalau yang gempak,dah kahwin muda lah.
Malam ni hati aku macam..
Aku lemah lah. Aku tak kuat.
Aku rasa aku ni Zero.Tak guna.
Kalau mati,takde cerita baik.
Anak dara orang mantap gebu,
Aku macam anak ikan bilis.
Anak dara orang asyik dipinang,
Aku terperap bagai perkasam.
Anak dara orang pandai pandai,
Aku cuma dapat seketul B.
Anak dara orang hafaz Al Quran,
Aku surah pendek pun lupa.
Anak dara orang belajar tinggi,
Aku terpaksa duduk rumah.
Aku ada ayah.Ada Ibu.Ada Abang.Ada Adik. Tapi aku rasa tak cukup. Tak cukup tu datang dari diri aku sendiri.
Atau aku yang tak reti bersyukur ??
Atau aku memang jauh dari tuhan ??
Aku tutup aurat,Aku selalu tolong mak ayah aku urus rumah,Aku tahu masak walaupun tak master,Aku tak keluar rumah dengan member.
Tapi tu je ke aku mampu buat sebagai 'anak dara'.
Lagi bila keliling aku ramai anak dara yang perfect,lagi aku rasa aku ni ZERO.
Aku tahu ciptaan Allah semua indah,tapi aku masih rasa ada kekurangan pada diri aku.
Bila aku rasa macam aku ni tak guna,Masa form 5..pernah aku nak bunuh diri.Tapi Alhamdulillah iman aku kuat.Aku nak syurga.
Apa lagi aku kena buat supaya aku sempurna di mata orang.Supaya disenangi ramai.Bila aku cuba jadi baik,Aku rasa aku fake pulak. ALLAH.
– Aku lah.Aku.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Cuba usahakan dpt keredhaan Allah sblum redha manusia, cntik d mata manusia x semesti cntik d sisi Allah….
debik kang ( hahaha gurau je) kalo rasa tak cukup pi kedai buku. popular ka, mph ka cari buku la tahzan( jangan bersedih) yg dah diterjemah.. bc buku then lepas tu imbas balik pe ko nak buat ngan idup :)
Assalamualaikum awak =D
Pertama tamanya..masalah yang awak hadapi adalah MERENDAH DIRI YANG TERLAMPAU.BUKAN SIKIT TAPI BANYAK.YE.BANYAK.Sampai rasa diri tagune,rasa bersalah,rasa down,rasa takde keistimewaan,takde kelebihan,takde apa apa manfaat pada orang lain.Bukan awak sorang yang rasa macam tu tau.Saya pun pernah rasa macam tu.Sebab apa? sebab syaitan tu licik sangat awak.Licik!
Sedaya upaya nak iman kita ni lemah.Da la umat akhir zaman cam kita ni iman hanyalah senipis kulit bawang,lagi dia bisik supaya kita rasa kita ni ZERO.Saya faham perasaan awak sebab saya pernah alami perasaan itu dan percayalaaa,,,bukan kita sahaja yang alami rasa ZERO ni..tapi ramai lagi awakk.So..SOLUSINYA KAT SINI ADALAH:
BERSYUKUR.YE.BERSYUKUR.SEBAB AKU ADALAH INSAN PILIHAN TUHAN UNTUK HIDUP PADA AKHIR ZAMAN.Dan awak kena YAKIN PADA DIRI SENDIRI.SETIAP MANUSIA YANG DILAHIRKAN ADA POTENSI TERSENDIRI.ADA BAKAT TERSENDIRI.ADA KEISTIMEWAAN TERSENDIRI YANG TAK ADA PADA ORANG LAIN.SYUKUR YE..TU NOMBOR SATU.SEBAB DALAM AL-QUR’AN PUN ADA ALLAH PESAN..JIKA KAMU BERSYUKUR AKAN NIKMAT YANG AKU BERIKAN..NESCAYA AKU AKAN TAMBAH LAGI NIKMAT ITU.
SELAIN ITU……KENA BERTAUBAT.YE.TAUBAT.HARI HARI WAJIB TAUBAT.ISTIGHFAR PUN BOLEH.SEBAB KITA NI BANYAK MENGELUH.BANYAJ MERUNGUT.BANYAK MEMBEBEL POT PET POT PET.BANYAK BANDING BEZA DIRI KITA DENGAN DIRI ORANG LAIN.CONTOH KAWAN KITA DAPAT STRAIGHT A.KITA? DAPAT 1A JE.MASA NI LAH DIRI KITA AKAN BERPERANG FIKIRAN DAN PERASAAN.TAK SEIRING SEJALAN SEBAB FIKIRAN SELALU FIKIR YANG BUKAN BUKAN WALAUPUN HATI MASIH ADA SEKELUMIT INGIN BERSANGKA BAIK.SO,TAUBAT TU SANGAT PERLU.
Seterusnya….awak TANYA HATI AWAK.Kira cam MUHASABAH DIRI gak la.Apa aku nak dalam hidup ini? Hidup aku setakat ini sahajakah? Hidup aku hanya memendam rasakah? Hanya perlu menangis dan menangiskah? Atau aku PERLU BERBUAT SESUATU UNTUK UBAH NASIB AKU? TANYA SAMA HATI..APA AKU HENDAK DALAM HIDUP INI..TAKKAN SETAKAT INI SAHAJA? HIDUP SAMPAI KE TUA PASTU TUP TUP AJAL MENJEMPUT TAKDE KENANGAN MANIS LANGSUNG AKU BUAT KAT DUNIA.SO…kenali potensi diri yang ada.
Eh.Maaf lah.Panjang plak aku cot cet kat sini.Awak mesti baca kan? =) Banyak lagi sebenarnya nak taip..tapi saya bagi ruang dan peluang kat orang lain dulu.Ok.Bai
Join la usrah @ #nisamalaysia . Improve kan skill dri sndri kalau x jumpe cri medan.. kalau sorang2 bleh jd kwan setan tau.. cri kawan yg baik2 yg dpt motivate kau.. x dak kawan.. jom kita kawan 2… Moga Allah jaga kau selalu..
You’re looking at the wrong picture here by comparing yourself with others. Comparison supposedly create a threatening atmosphere in the user head to create small insecurity in order to riled up and boost competitiveness.
But, if it’s done too much, it will create questions on one’s lack of ability or the inability to produce the result, thus destroying the confidence and self trust.
So I suggest you to stop comparing for the time being. If you can acknowledge your achievement and not yet satisfied due to comparison, takpe sebab dia create strong sense of motivation for the future.
Tapi kalau kau start tidak mahu acknowledge your skill and your achievement sebab compare, you’ll die socially.
Take my advice, and stop comparing for the time being. Jumpa psikologis untuk bina semula self confidence yang dah remuk tu. Moga berjaya sis.
Wow..diamonds. Thankyou for these. Haha im not the confessor but your words are ?
Bak kata si arif lutfi, stop comparing which is true. Jangan compared kan diri kau dgn org sekeliling. Kalau ko rasa tak cukup, naikkan la taraf hidup ko. Contoh: Blaja masak sampai pandai, blaja buat roti and buat kek, agak2 ko rasa ok, try buat and jual. See how far you can go. Kalau ko asek bandingkan diri tapi usaha kau takat level zero ja, memang melukut di tepi gantang la jadinya. Usaha tangga kejayaan tau. Sama sama kita usaha untuk tingkatkan diri.!
Apa yang zeronya?hahaha…kalau tak tahu nak buat pe.dn lansung tak nk mulakan langkah..tu yg rasa zero tu
Nah, baca ni:
https://www.lifehack.org/articles/productivity/18-things-mentally-strong-people.html
awk hebat sbb awk terjaga, terpelihara, byk pahala berbakti kpd org tua, awk pandai masak, awk jaga aurat, awk xbersosial, sungguh awk terjaga dr melakukan maksiat dikala ummat islam di dunia ini semakin tenat.. enjoy hidup awk, bersyukur.. awk ada B seketul je, tp ayat2 awk hebat dan tersusun.. tahniah menjadi diri awak.. tahniah sbb awk terpelihara
Ok….x payah nasihat lbh2 pun kat ko dik.smua ko dah list kan ape yg kurang pd ko.so..ubah la.akar ada pd diri ko dik.ko sndiri yg tentukan ko nak jd mcm mana.
Tutup aurat? Tolong mak ayah? Tahu masak? Tak bersosial? Dapat B? I think that’s a great start to something greater. Don’t try to be perfect sebab nanti kau akan terbeban, asyik nak impress orang 24/7. Lambat laun, kau sendiri yang akan merana. You ain’t zero, honey. You still have a long way, don’t give up
Kalau awak cari yang sempurna, mesti awak tak bahagia…kenapa nak jadi perfect untuk orang lain kalau awak boleh jadi perfect dengan menjadi diri awak sendiri… :)
Don’t compare yourself with someone else.. They have their own story..
Jangan buat kerana manusia, buat kerana Dia. Buat utk diri sendiri. Kadang2 perasaan terlalu merendah diri boleh memakan diri sendiri. Terlalu mencari kesempurnaan tidak akn ke mana2. Takut2 kamu jd hamba yg kufur nikmat tanpa sedar. Jangan buang masa dgn asyik memikirkan apa yg kamu tiada, tapi lihat dan nikmati apa yang kamu ada dgn sebaik2nya. Ketika di didepan mata memang tiada rasa apa, tapi apabila sudah tiada, baru terasa berharga.
Tak semua orang perfect awak.setiap orang ada kekurangan.mungkin anak dara yang awak puji tu cantik tapi nak kemas rumah pon malas.kita xtahu kan kelemahan kat mana.
Tak apa kite xpandai tak cantik janji kita jadi orang yang berguna kepada ibu dan bapa.Balas jaga mereka itu dah cukup.
Jangan salahkan jodoh lambat sampai bukan sbb awak tu xbagus tapi sbb jodoh tu rahsia tuhan.Tuhan akan temukan awak dgn dia bile awak dah sedia nak kawin.
Tak pandai agama boleh belajar awak.Belajarla agama dengan ustaz ustazah jangan salahkan diri tak pandai.kalau xbelajar mana nak pandai.