Anak Daripada Ibu Bapa Yang Bercerai

Assalamualaikum semua. Nama aku Beggalas. Aku berumur sekitar 20-an n nak masuk 30 da. Dan aku ada adik kakak seibu sebapa dan abang kakak berlainan mak serta aku ada juga adik berlainan bapak.

Apa yang aku nak ceritakan dekat sini, pengalaman aku dalam keluarga yang bercerai berai. Aku dapat tahu Mak ayah aku bercerai masa aku umur 9 tahun. Tapi dari aku kecik lagi, aku selalu pindah sekolah.

Masa aku darjah 1, aku tinggal dua tahun dengan ayah aku, tapi masa tu aku tak tahu pun mak ayah aku da bercerai. Aku kerap jugak tengok pergaduhan antara mak aku dan mak tiri aku ni. Btw, mak aku sebenarnya isteri kedua ayah aku. Jadi, di situ nampak la kenapa asyik bergaduh kan.

Adik beradik belah mak tiri dulu tak suka pn aku dan adik beradik aku. Sebabnya bagi dorang mungkin kami ni penyebab rosak rumah tangga mak dorang kan.

Aku dan adik aku je yang tinggal dengan ayah aku masa tu, kakak aku tinggal dengan nenek di kelantan, jadi aku dan adik aku ni tak serapat mana la dengan kakak. Adik aku pulak masa tu kecik lagi dalam lingkungan umur 5 tahun gitu.

Nak dijadikan cerita, masa aku tinggal dengan ayah aku, aku selalu nampak ayah main mesin kuda. tapi masa tu aku tak tahu apa, jadi aku cuma tengok je lah apa ayah aku buat. Aku tinggal 2 tahun je dengan ayah aku sampai darjah 2.

Masuk cuti sekolah, aku pergi balik ke rumah mak aku, tapi serius memang aku tak tahu pn dorang da bercerai.

Almaklum kecik lagi kan, pastu noob pulak. Tapi cuma cuti sekolah je lah balik rumah mak aku, lepas tu mak aku hantar aku balik kampung, tinggalkn aku dengan nenek, atuk dan kakak.

Masa ini lah aku macam pelik, sebab tetiba je mak aku keluar dengan lelaki lain selain ayah aku (ayah tiri). Masa tu, mak aku nak hantar aku naik keretapi, and ayah tiri aku masa tu ada sekali. Dan korang tahu apa jadi masa tu, depan mata aku sendiri mak aku kiss ayah tiri aku tu.

Masa tu memang terkejut beruk la. Dalam hati ni, tertanya, pahal dia kiss mak aku. Btw muka dia pn aku tak suka dari dulu sampai la sekarang. Tapi aku diamkan aje, tak dela aku tanya mak aku kan. Sampai kampung je, aku cerita la kat atuk aku, mulut kepochi kan aku.

Lepas tu mak aku kene marah teruk dengan atuk aku. Dan masa tu lah sejarah bermula hidup dalam keluarga bercerai ni.

Mak aku bagitahu aku slow2 pasal cerai berai even masa tu aku ni noob dan tak tahu apa tu cerai. Setelah lelama baru aku tahu, rupanya mak aku da kawen lain dan bercerai dengan ayah aku.

Masa tu hati tak tahu nak cakap apa, terasa cam diabaikan, macam macam perasaan ada. Yela, aku, kakak, adik dari seibu sebapa ni tak serapat macam adik beradik orang lain.

Dan aku masih berpindah randah, 2 tahun dengan atuk, 2 tahun lagi dengan ayah aku semula sampai habis darjah 6. Lepas tu baru aku buat keputusan nak tinggal dengan mak aku.

Disebabkan selalu berpindah, kawan-kawan semua lost contact. Aku rasa aku jadi makin pendiam selepas aku tahu mak ayah aku bercerai.

Tapi kan korang, korang tahu sebab apa aku nak pindah tinggal dengan mak aku? sebabnya masa aku tinggal dengan ayah aku, masa aku darjah 5 dan 6, abang aku cuba buat benda tak elok dekat aku.

Masa tu aku memang bodoh, sebab aku diamkan apa yang dia buat kat aku. Setiap kali aku tido, dia akan datang, lepas dia ambik tangan aku gosok2 dia punya ****.

Aku tak berani nak melawan, aku diamkan dan pura2 tidur. Bukan tu je korang, dia duduk atas aku dan gesel **** kat aku punya *****.

Masa tu, hati aku menangis da korang. Jiwa aku terseksa, aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Dan aku tertanya kenapa aku yang kena.

Aku pernah cuba nak bunuh diri masa aku tinggal dengan ayah aku. Memang jiwa aku tertekan masa tu, dengan kakak belah sana selalu marah marah aku dengan adik aku.

Tapi alhamduillah, aku masih jadi orang sekarang ni. Btw, disebabkan perkara tu la aku buat keputusan nak tinggal dengan mak aku. Sebenarnya banyak sangat perkara buruk jadi dekat aku masa aku tinggal dengan ayah aku, tapi satu pn aku tak cerita dekat sesiapa.

Sebab aku tak percaya dengan semua orang. Berlainan pulak bila aku tinggal dengan mak aku. Aku ingatkan bila tinggal dengan mak ni, diri ni rasa di lindungi habis. Rupanya tak ye korang. Cuba korang teka, apa jadi dengan aku? Ayah tiri aku pulak cuba untuk rogol aku ya korang.

Masa tu, lagi gelap dunia aku. Ayah tiri aku cuba masuk bilik aku senyap senyap masa aku tengah tidur, 2 kali dia cuba. Tapi Allah selamatkan aku dengan sedarkan aku dari tidur dan aku gerakkan badan aku masa tu, dan dia pun senyap senyap keluar dari bilik aku.

Benda ni jadi dekat aku masa aku memula tinggal dengan mak aku iaitu masa tingkatan 1. Korang rasa apa perasaan aku masa tu? Stress dan jiwa memberontak tahu.

Sampai sekarang aku tetap tak boleh lupa apa yang jadi dan hati ni kekadang boleh memaafkan tapi kadang kadang tak boleh.

Doakan aku agar aku boleh memaafkan semua orang yang buataku. Korang doakan aku boleh berjaya di dunia dan akhirat.

Kalau korang rasa menarik confession aku, komen bebaik, mana tahu aku boleh sambung lagi kisah hidup aku yang lagi teruk selepas apa yang ayah tiri aku buat dekat aku.

Terima kasih kerana membaca.

– Beggalas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *