Anak Derhaka ?

Aku lee . 23+ Anak Pertama dalam keluarga yang mana sudah bercerai . aku cuma nak berkongsi peristiwa di mana semasa aku kerja di kuala lumpur untuk mencari pengalaman sebagai seorang yang lebih berdikari dan berlajar erti kehidupan walaupun hidup ini kadang kala susah kadangkala senang . tapi aku tetap kuat kan semangat hadap benda satu per satu datang. ujian yang tak pernah putus macam air mata yang mengalir . perceraian ibubapa aku bercerai atas faktor "50/50" maksudnya bapak aku buat mak aku , mak aku buat bapak aku . peristiwa yang sama masa yang berbeza dan keputusanya cerai . ye cerai dan paling merumitkan lagi. aku dan adikberadik menjadi orang tengah yang tak ada arah tuju. tapi sebab aku anak pertama , nak tanak aku kena hadap dulu.

Pada mulanya aku berfikir aku malas nak ambik tahu sebab aku muda lagi, itu sebab aku lari jauh sedikit . benda semakin rumit sebab tiada aku di rumah . dan adikberadik lain tak mampu nak buat apa apa. hanya mampu melihat dua lidah menikam sesama sendiri. aku sudah mula tawar hati , aku kembali juga ke tanah kelahiran aku dan cari kerja di sana.

Pada beberapa minggu aku ada di rumah , kebetulan satu hari aku balik awal sedikit dan mintak ibu aku masak . tanpa di duga bapak aku telah balik dengan jiwa yang serabut terus memaki dan halau ibu. aku pada mulanya cuba untuk tenang kan keadaan tetapi aku telah ditolak kasar dan di ngengam rapat leher aku , susah nak bernafas . aku tetap kuat kan fizikal aku untuk melawan dan merayu untuk berhenti seperti manusia hilang akal di kawal tangan tangan ghaib. aku sujud tanda aku hormat dan merayu . ibu aku tergamam dan membisu lalu terus berkemas ambil barang dan sujud meminta maaf dan aku menghantar ibu aku balik ke kampung.

hati aku sakit dengan perlakuan bapak aku tapi aku masih tahan . walaupun susah nak lupa kejadian itu. aku tabah kan hati pulang ke rumah dan mendengar luahan bapak aku yang tak berhenti cerita dan tunjuk aib mak aku berulang-ulang. aku cuba nasihat dan beri sedikit semangat walaupun aku cuma budak hingusan yang tak kenal pahitnya dunia realiti. dalam hati aku letih melayan di suruh ikut segala telunjuk nafsu nafsi bapak aku . membukti kan aku tak memihak pada sesiapa. tetapi apa yang aku cuba buat dan perbaiki . bapak aku cuma fikir aku tak pernah mendengar . aku tanak bertanggungjawab untuk bawak ibu aku pulang padahal dia yang halau. aku pening jadi orang tengah . dan lepas tu aku terus malas balik terus diam .seminggu aku diam buat kan bapak aku makin panas mencari ibu aku sembunyi takut dan tanak balik .akhir sekali bapak aku tak tahan dan dia terus lafaz kan talak . bawak kes ke mahkamah.

masih aku tak lupa kata kata menikam hati aku dan juga menjaja nama aku sekeluarganya ,bahawa aku ini seperti anak derhaka tak mengikut katanya atas sebab aku lebih kepada ibu. paling aku pelik aku di jadikan cerita watak utama yang menjadi punca kenapa mereka bercerai sebab aku tak ada usaha nak pujuk and satu kan mereka . aku di persalahkan seperti aku tak layak hidup . kewujudan aku macam sia sia . apa yang aku cuba sampaikan secara ilmiah aku di anggap berlagak pandai . hati dah benci semuanya salah.

aku tabah mula kan hidup baru dengan ibu dan adik adik walaupun terpaksa menolak tawaran kerja di sawarak. aku tetap bertahan mula hidup sewa di kedai memula kan kerjaya dan menanam cita cita untuk berjaya dalam kerjaya bisnes . peduli kan kata kata dan perlakuan bapak aku yang ingin melihat kami jatuh . hidup susah . di perlekeh kan . seperti bapak aku menang segala kebenaran dan dia rasa tuhan berpihak pada dia . kami hidup susah pada awalnya sampai satu masa adik aku yang terakhir tak tahan dan ikut hidup senang dengan bapak aku. walaupun tanpa kata apa adik aku pergi tinggal kan kami tanpa ucap selamat tinggal dan salam kami. aku tetap terus kan hidup untuk lebih berjaya. aku percaya tuhan maha adil. aku tahu aku ada sedikit jahil tapi sekuranya aku tidak pernah sekali fikir nak derhaka pada orang tua . tapi apa kah daya . itu la aku anak pertama yang telah di anggap "Derhaka" pada sebahagian mata yang mendengar. redha .

walau bagaimana pun aku tetap tak lupa pergorbanan dan susah payah kami sekeluarga dulu membangun . walaupun aku di anggap derhaka di mata. aku mintak satu . jangan sebut nama aku bila kau perlu aku. terima kasih :)

– lee

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Seburuk mana pun orang tua kita,jangan sampai membenci.Aku faham apa kau rasa.Kuatlah,ada sisip hikmah Allah bakal tunjukkan suatu hari kelak.Allah tahu kau tabah,itu kerana Ujian bertubi datang tusuk jiwa.Tak pa lah,terus bina dinding kesabaran,banyakkan dekat dengan Allah..In shaa Allah everything gonna be okay

  2. Semoga terus tabah. Allah takkan uji kalau takde sebab. Semua berlaku untuk kuatkan diri. Ye, nampak mudah bila bercakap, tapi hakikatnya tak mudah nak lalui tanggapan manusia. Tapi hidup ni bukan untuk manusia. Buat ap yg Allah redha. In shaa allah, hidup akan tenang. Tabah yaa

  3. Sedihnya..hanya yang kuat dan taff saja mampu jadi good parents to their children. Allahhu..insaf…btapa beruntung laa ada nikmat mak ayah yg pndai bela didik ank bg elok2.

    Mak ayah pandai bela anak tu sebenarnya mcm satu anugerah n rezeki tak terhingga kepada anak. Bersyukurr dgn rezeki dr Allah n kpd confessor mungkin ada rezeki tang lain yg Allah simpan utk awk tu. InshaaAllah.

  4. Cuma satu je aku nak share dengan kau, Allah takkan uji diluar kemampuan kita. U r strong enuf to handle this. Aku pun anak sulung dan aku faham segala beban, pengorbanan yang terpaksa kita tanggung, as i told earlier, u r strong enuf to handle this. May Allah bless you and your family jaga mak kau bebaik eh, untung ade mak lagi boleh bermanja, mengadu, kirim salam kat mak ko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *