Hi semua. Intro ringkas, nama aku Raisa, sekarang umur 34, anak sulung, dah berkahwin, 2 orang anak.
Ibu (mak kandung) & ayah (ayah kandung) bercerai waktu aku umur 7 tahun dan sepanjang lebih kurang 10 tahun aku dibesarkan oleh atok & nenek sebab ibu tinggalkan kami untuk sambung belajar, ayah duduk jauh.
Kami 2 beradik tinggal semula dengan ibu bila ibu dah berkahwin dengan abah (ayah tiri).
Latar belakang pekerjaan ibu & abah adalah bidang pendidikan. Sejak dari ibu & abah berkahwin, kami 2 beradik dididik dengan sangat keras supaya kami disiplin.
Pernah adik aku dirotan hanya sebab baca majalah kuntom waktu study. Bangun seharusnya awal pagi, semua pekerjaan rumah kami kena buat. Kawan dengan siapa semua ibu & abah control.
Kami 2 beradik memang tak pernah melawan cakap ibu & abah. Bahkan aku sebagai anak sulong ikut kehendak ibu & abah yang mahukan aku masuk ke SBP.
Waktu di university pun course yang aku ambil ialah course yang ibu aku pilih. Kehendak dorang nak aku masuk ikut jejak langkah jadi guru. Tapi sebab aku tak minat, jadi aku lari bidang ke bidang kesihatan.
Habis belajar, aku start kerja di luar daerah. Waktu bujang dulu aku setiap minggu tak pernah miss untuk balik waktu aku cuti walaupun cuti 1 hari.
Gaji aku habis dengan kos perjalanan pergi & balik kampung & jajan untuk adik2 je. Tapi aku tak pernah berkira. Aku anggap tu semua pahala untuk aku.
Selama aku membesar, aku ingat dah cukup banggakan ibu abah sebab aku dapat result yang baik dari SBP sampai habis degree, sampai dapat kerja ikut apa yang ibu abah suruh. Rupa-rupanya tidak.
Bila waktu PKP, aku terkandas. Buntu sebab selalu setiap minggu aku dapat balik, tapi pergerakan aku terbatas sebab PKP. Aku hari2 call ibu abah.
Satu hari aku call abah, aku cakap aku homesick. Aku rindu rumah. Abah balas “tu lah kau. Siapa suruh kerja hospital. Kalau ikut cakap abah dulu jadi cikgu dah senang dah cuti ikut sekolah”.
Titik terendah dalam hidup aku bila aku dewasa bila mana aku rasa aku dah banggakan dorang. Rupanya aku salah.
Sejak dari tu, aku dah jarang meluahkan pada dorang rasa susah aku. In fact dari dulu lagi kami memang tak pernah nak meluah isi rasa hati kami sebagai anak, apatah lagi dapat peluk / ciuman dari ibu abah sebab dididik secara keras dari kecik.
Bila aku nak berkahwin, seboleh-bolehnya nak aku kahwin dengan anak kawannya sebab dekat dengan rumah dorang. Tapi aku menolak sebab aku ada calon sendiri.
Bila dah kahwin, aku masih cuba balik sekerap mungkin – 2 minggu sekali. Kadang aku balik sorang2 sebab suami sibuk kerja hujung minggu. Suami tak pernah halang sebab dia faham.
Awal perkahwinan, abah masih control pergerakkan aku. Ada satu hari aku dengan suami balik rumah ayah (ayah kandung) tanpa pengetahuan ibu abah, mereka merajuk. Tak bertegur, tinggi suara dan mengungkit.
Sekarang. Ibu abah dah mula share kat status whatsapp pasal video-video ceramah yang pasal anak derhaka. Anak tak kenang budi, anak tak nak balik tengok mak ayah, anak yang tak berjasa pada mak ayah.
Aku tau semuanya tu tuju pada aku & adik. Adik aku yang kat rumah pun selalu kena marah sebab tak ikut cakap dorang padahal adik aku sekarang dah umur 30 pun masih full time sambung master sebab ikut kehendak ibu abah.
Dan aku semampu aku 2 minggu sekali aku cuba balik walaupun balik sorang tanpa suami. Tapi semuanya jd serba tak kena….
Banyak lagi aku nak cerita tapi takut panjang sangat. Tapi aku sebagai seorang anak, yang ada 2 pasang mak ayah, 1 pasang mak/ayah mertua, aku juga seorang isteri yang full-time kerja allied health kat hospital isnin-sabtu, dengan anak yang aku perlu uruskan.
Aku rasa tak mampu nak puaskan hati ibu abah aku. Aku memang takkan pernah mampu nak puaskan hati dorang. Dari kecik aku tak pernah dijaga ibu aku.
Bila nak membesar jadi remaja dididik dengan keras tapi aku tak pernah melawan. Bila dah besar, aku masih cuba ikut kehendak dorang tapi aku tak mampu.
Diri aku juga perlukan rehat. Aku juga perlu untuk priority-kan kehendak aku, suami aku. Berdosakah aku sebab aku tak mampu lagi balik 1 minggu sekali?
Berdosakah aku sebab aku kadang lebihkan side ayah atau side mertua even 2-3 bulan sekali?
Berdosakah aku kalau aku tak balik sekerap yang aku selalu buat waktu aku bujang? Anak derhakakah aku?
– Raisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit