” Anak Haram ” cont. – 12:20 AM

" Anak Haram " cont. – https://iiumc.com/forumv2/

Salam.

Terima kasih sbb ada yg respon kisah B n bg pendapat korang on that issue.
Oh, aku rasa aku ada tertinggal something. Pasal parents yg defend anak diorang for calling B anak haram, parents budak tu argue. Katanya, even dalam kamus pun ada istilah 'anak halal' dan 'anak haram'. Jadi, tak salah kalau anak dia panggil B anak haram, sebab B memang anak yang xtau dr mana asal usul. Kalau kena tinggal dkt orphanage@ surau2 tu kemungkinan tinggi anak luar nikah. Takde dokumen yg dpt sahkan siapa B and whether parents dia hidup ke tak. She claimed that it is the right term, why can't people use that word? Kalau tak boleh guna kenapa ada dalam kamus. Itu maknanya ayat tu boleh gunalah.

Mak angkat B bls balik, then, perkataan ba*i, anji*ng, dan seumpamanya tu pun ada juga dlm kamus. Jadi bolehla kalau suka hati nak sebut kan. Bertekak dengan org yg bod*h sombong susah jugak. Benang basah pun nak ditegakkan. Ada satu istilah dlm kamus untuk seorang perempuan yg jahat. It is called, sund*al. Considering attitude orang yg xfikir perasaan org lain macam wanita itu, adakah aku dibenarkan untuk pggl dia sund*al?
I cannot brain the logic of ' this term is written in dictionary , so it could be used'. Ya, 'anak haram' is a valid term in the dictionary, but that doesn't mean u can utter it freely to anybody u like without any common sense. Kalau pun dia anak tak sah taraf, utk panggil dia sbg 'anak haram' sgt la biadab dan tak jaga perasaan, bagi aku. Sama macam perkataan 'ba*i'. Ada je dalam kamus. Tetapi tak perlu pun guna that term terhadap seseorang.

Aku check Kamus DBP. Ya, page 32. Anak halal, ertinya, anak yg sah ( lahir hasil perkahwinan yang sah). Anak haram, maksudnya; anak yang lahir di luar nikah. Aku igt 'anak haram' tu cuma label yg org bg. Rupanya mmg betul ada dalam kamus. Padanlah stigma masyarakat pun camtu. Padanlah org pun rasa tak bersalah untuk use that term utk label orang yang dilahirkn oleh parents yg brzina. Tak semua. Maybe sesetengah org mcm parents budak tu. Aku try cari istilah ibu bapa haram. xde pula. sbb mereka xkahwin lg, mana boleh dianggap ibu bapa. Mereka dipanggil penzina. Mereka yg berzina, tetiba ada anak, anak yg dipanggil 'anak haram'. Mereka yg tak nikah, tapi anak mereka yg tanggung beban dipanggil anak luar nikah. Burden on innocent children. Oh, aku ada jugak tertengok entah forum ke debat kat tv. Isu bertajuk 'anak haram'. Aku xsuka bila speaker sebut 'anak haram'. Entahlah, perhaps ada istilah yg lebih sedap didengar atau tak perlu langsung istilah seumpama 'anak halal' dan 'anak haram'. Hanya kerana dia anak yg dibuang @ ditinggal oleh ibu bapa yang xde ikatan yg sah, tak menjadikan dia anak yg kurang suci dari anak yg dilahirkan melalui ikatan yg sah. Aku harap one day istilah 'anak haram' tu takde dh dalam kamus dan orang tak differentiate whether seorang anak tu dilahirkn melalui ikatan yg sah @ x.

Dear kak Ida, there are some words from God n Rasulullah that could soothe u, i hope.
Hopefully, it could answer your thought of 'Salah kah aku lahir ke dunia sebagai anak luar nikah? Aku ke yang minta jadi macam ni?'
No, akak tak salah. Anak yang dilahirkan di luar ikatan perkawinan yang sah adalah suci daripada dosa seperti bayi lain, xde anak yang dilahirkan ke dunia ini berstatus haram.
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.''
Allah juga brfirman, "Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” [Al-An’am : 164]
Seorang yang berdosa akan menanggung dosa itu sendiri. Jadi, anak hasil dari penzinaan takkan tanggung dosa zina parents diorang.
Harap akak sabar dgn tohmahan masyarakat. Jika Tuhan dan rasulullah pun xmemandang hina anak yg lahir dari hubungan tak sah, apatah lagi masyarakat yg mengaku hamba Tuhan dan umat Rasulullah. Anak zina bukan anak haram. Don't u ever call yourself anak 'haram'. Ignore those people yg panggil akak mcm tu. When u got hurt by the words from other people, heal yourself with the words from God and His messengers. :)

– wallflower

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *