Anak Harapan atau Beban?

Assalamualaikum hi semua. First of all, nak ucap terima kasih kepada pihak admin IIUM Confession sebab sudi siarkan confession aku ni.

Kisah aku ni mengenai kakak sulung aku, aku namakan dia S (bukan nama sebenar). S berumur akhir 20-an dan sekarang sedang sambung master di sebuah universiti tempatan.

S ni merupakan graduan bidang perubatan, pernah bekerja sebagai seorang HO, tapi tak lama lepas tu, dia quit atas sebab peribadi.

After dia quit, dia menganggur dan banyak habiskan masa kat rumah. Mak aku pun tak diam duduk lah tengok S just duduk rumah tak buat apa-apa, macam tak ada arah tujuan.

Tapi actually, mak aku appreciate juga ada S kat rumah, boleh tolong jaga abah yang tak sihat.

So, after lama S fikir nak buat apa next, akhirnya dia decide untuk sambung belajar master dalam bidang lain. Mak aku pun nampak agak lega, at least S ada buat something.

After that, S pun start belajar. Universiti S agak dekat dengan rumah, so S ulang-alik setiap hari.

Yang baiknya, boleh lah S jaga mak abah sekali. Sebab aku dan adik aku yang seorang lagi belajar di luar negeri, so jarang dapat balik rumah.

Tapi sekarang, semua tengah ODL, termasuklah S. So, semua ada kat rumah sekarang.

Beberapa minggu lepas, S ada suarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki pilihannya. Mak dan abah happy lah, ye lah, umur S pun dah nak dekat 30, so baguslah dipercepatkan benda baik.

Masalahnya sekarang, S ni tak bekerja. Tiada sumber pendapatan. Dia pun masih belajar.

Aku ada tanya dia, “kau nak kahwin guna duit siapa?” Mak aku pun dengan pantas menjawab, “Takpe, mak boleh tanggung, dont worry.” Wah, aku pulak yang panas bila mak cakap macam tu.

Memanglah mak boleh tanggung kos majlis kahwin semua, untuk bahagian kakak aku saja lah, bahagian lelaki, mereka lah yang tanggung.

Tapi S ni masih belajar, dan btw, untuk pengetahuan korang, yuran pengajian master S ni pun, parents aku yang tanggung semua. S cuma perlu belajar dan grad saja.

So, aku nak tanya pendapat korang, adakah patut apa yang S buat ni?

Rasa macam S terlalu bergantung kepada mak dan abah aku dalam segi kewangan. Memanglah mak dan abah mampu untuk tanggung, tapi at least S kena usaha untuk cari and kumpul duit sendiri.

Bagi aku, kalau tak mampu nak bayar kos nak kahwin, tangguhkan dulu hasrat nak kahwin tu. Tunggu sampai diri sendiri stable. Atau tindakan S ni patut, ye lah benda baik tak patut dilambat-lambatkan.

Dan aku nak tanya jugak, kalau lah S jadi kahwin dengan kawan lelaki dia tu, adakah after kahwin, suami dia pula yang kena tanggung yuran pengajian master dia, sebab dia masih ada baki beberapa sem untuk tamat belajar?

Aku bukan apa, aku sayang and concern dengan kakak aku dan semua ahli keluarga aku. Aku just nak yang terbaik untuk mereka. Tapi melihatkan mak dan abah terpaksa tanggung banyak dari segi kewangan, aku sedih jugak.

Adakah anak yang sepatutnya menjadi harapan keluarga, akhirnya menjadi beban kepada ibu bapanya sendiri?

Terima kasih atas pandangan dan nasihat korang, aku akan baca dan hargai setiap satunya.

– Adik Concern (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *