Anak Itu Cinta Hati

Assalamualaikum.

Aku maya. Aku produk keluaran sekolah menengah agama negeri. Aku sangat bersyukur ditempatkan oleh mak ayah aku di sekolah menengah agama negeri. Aku asalnya bersekolah di sekolah rendah kebangsaan. Aku telah merasa kedua-dua sistem persekolahan dan di sini aku ingin berkongsikan kisah aku.

(Confession ni panjang…)

Semasa aku bersekolah rendah, aku kategori mudah terpengaruh. Latar belakang keluarga membentuk karakter seseorang, aku tak katakan semua…tapi kebanyakannya begitu. Keluarga aku kelas pertengahan…tidak senang dan tidak terlampau susah. Aku berkawan dengan anak2 orang susah… dalam kata lain..mereka juga anak2 yg bermasalah. Termasuk aku juga bermasalah.. aku belajar mencuri, ponteng sekolah, berfoya2, belajar “mengenakan” kawan2 lain.
Pada masa sama aku bersekolah rendah,aku juga sekolah agama sebelah petang. Bukan fardhu ain ye..tapi sekolah rendah agama. Fardhu ain ni dibuat di sekolah rendah kebangsaan biasanya. Sekolah rendah agama ni sekolah berasingan dgn sekolah rendah kebangsaan.

Kemudian aku berpindah ke negeri lain…. di sini aku ‘terselamat’ drpd terus berkawan dgn kawan2 yg bermasalah. Semasa di tempat baru, aku berpeluang ke kelas fardhu ain sebelah petang. Walapun aku corot di sekolah rendah…tapi aku selalu skor subjek agama. Berbeza pelajaran di sekolah rendah agama dan kelas fardhu ain sebelah petang. Boleh kata aku rasa tak ada apa2 yg menarik dalam kelas fardhu ain… subjek dan ilmunya 3-4 tahun kebelakang drpd sekolah rendah agama.

Habis upsr aku memenuhi impian mak ayah aku utk bersekolah di sekolah menengah agama negeri… di sini ditekankan bahasa arab… asas bahasa ini akan menjadi lorong utk kau gain lebih byk knowledge dlm agama..jiwa muda aku masa ni memberontak di kala kawan2 semua sibuk ke pendidikan mainstream. Aku pulak kene pulun belajar 20 lebih subjek. Disebabkan aku mudah belajar dan skor subjek agama…aku ditempatkan di kelas hadapan sekolah menengah agama negeri..pelajarnya nerd dan baik2. So lingkungan aku terjaga. Rutin sekolah mengenalkan aku pada solat jemaah, zikir2, qiamullail, baca quran… jiwa muda aku terisi. Amazingly aku jadi mudah untuk belajar subjek pendidikan kebangsaan…aku jadi dah tak corot macam dulu lagi.

Aku tak kata sekolah agama adalah terbaik…sebab aku tak pernah rasa sekolah mainstream. Cuma sekolah agama me”manusia”kan aku… bila aku nak buat dosa, aku akan teringat ajaran guru2 aku, contoh kawan2 aku.. actually it depends on yourself…family aku ada juga bila dah kerja, dah dewasa tapi solat lompong2….padahal bekas sekolah agama. Mak aku selalu sebut… dia dah jalankan tanggungjawab dia beri pelajaran agama pd anak2 dia… sebab mak aku tak mampu nak ajar sendiri…dia juga sedang bertatih.. bila anak2 dah besar, atas pilihan masing2…dia dah tak bertanggungjawab kalau anak2 pilih taknak solat.. dia cuma boleh pesan, boleh ingatkan…

Manusia boleh jadi jahat, boleh jadi kejam…tapi saat kematiannya kita tak tahu macam mana. Sebab tu jangan menghukum…tapi bimbinglah manusia yang tersalah lorong ni… ok back to point, masa aku sekolah menengah agama…aku ambil 11 subjek, termasuk pendidikan quran sunnah, syariah islam dan bahasa arab tinggi. Aku tak ambil pendidikan islam ..tapi aku selalu pergi baca buku pendidikan islam kat kedai buku sebab nak tahu isinya.. aku rasa ilmunya tak seberapa. Ilmu2 utk peperiksaan ini sahaja tidak mampu “memanusiakan” aku.. maksud aku “manusia” ni bukan cukup utk ada pekerjaan, utk feed the stomach..tapi tahu menilai baik dan buruk. Lebih bagus lagi…aku kenal tujuan erti hidup. Bukan utk relationship goal, career goal semata…tapi jauh lagi ke hadapan. Utk bertemu dgn Allah & Rasul di syurga. Bila kau dah tahu matlamat akhir, kau akan cuba sedaya upaya menjaga “segala-galanya”.

Aku pernah merasa fasa down..fasa lost..fasa tak kenal tuhan dah. Tapi disebabkan background aku sekolah agama..aku bertatih kembali, paksa diri sujud balik pada tuhan..that’s where aku rasa “hidup” balik sebagai “manusia”. Aku tak tahu korang macam mana… tapi once kau dah habis zaman belajar kau bebas tentukan hala tuju hidup kau… tak ada guru, tak ada kawan, utk tegur dan ingatkan kau balik dah. Kau yang kena bina “hidup” dan “keluarga” kau. At this point…kalau kau tak “kenal” matlamat akhir dan utama utk kau hidup…kau sebenarnya hidup dgn sia2. Rujuk apa yg quran maksudnya dgn “kehidupan dunia”.

Percayalah…dalam hidup kita terlalu banyak tarikan yg akan tarik kau ke lorong yg tak sepatutnya…that’s where knowledge kau akan membezakan utk kau buat pertimbangan. Sebab tu pendidikan “sebenarnya” itu penting.. dan pendidikan itu adalah pendidikan agama.

Fast forward aku ada anak yg dah bersekolah rendah. Sadly to realize ..that pendidikan agama tidak berkembang dengan begitu memberangsangkan… ia meningkat tapi slow dan tak memberangsangkan. Aku sedih mendengar bilangan sekolah agama di negeri selangor dan putrajaya..itu lah kawasan aku dulu membesar..dan aku kembali ke sini atas tuntutan kerja di saat aku dah berkeluarga. After almost 25 years… sekolah, infrastuktur tidak berubah mana. Aku difahamkan bahawa pendidikan agama adalah di bawah tanggungjawab negeri masing2..

Aku sedih mengapa tidak ada penyelarasan, tanggungjawab, sokongan kepada pendidikan agama… (bukan subjek agama islam di mainstream ye) di negara kita..padahal agama rasmi adalah agama islam, 50% beragama islam. Umat islam ramai…tapi kenapa hilang jati diri sebagai umat islam. There is a hidden hand…surely THERE IS. Aku tak tahu macam mana nak bantu…hopefully this can be a wake up call.

Aku tak mampu nak ubah semuanya…tapi aku akan teruskan beri bantuan, dan sokongan kepada pendidikan agama ( i call it pendidikan agama alternatif). Kepada sekolah tahfiz, sekolah maahad, sekolah agama negeri…bukan tak ada kekurangan drpd segi resource , infrastruktur…biarlah kurang segalanya..orang himpit kiri kanan. but you get my support, for sure!! Aku taknak legasi anak2 aku membesar nanti…penuh dengan manusia yg kejam dan tak ada pertimbangan.

So parent out there…yg umurnya aku rasa lebih kurang. Zaman sekarang sangattt mencabar. Let’s do it. Sit down, rethink. Umur kita pendek, hidup kita sementara, hiduplah dgn sebaik2nya. Coraklah masa depan anak2 kita yg terbaik.. to youngster, build inner self from now.. pilih pasangan hidup sebaiknya.. to those who struggle with their marriage, never give up… sedih menangis di dunia tak mengapa…Allah akan gantikan yg lebih baik nanti utk pilihan kita di dunia ini.

Anak adalah amanah, anak adalah tanggungjawab… anak adalah cinta hati kita.

Lots of love,
Maya.

– Maya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit