Assalamualaikum, teriama kasih admin kerana sudi approve confession ini.
Saya merupakan seorang guru taska. Gaji RM1100 termasuk kwsp. Setiap tempat kerja mempunyai ujian. Begitu juga saya. Setakat ini semua masih boleh bersabar, kecuali menghadapi kerenah anak-anak majikan saya.
Majikan saya mempunyai dua orang anak perempuan. Yang sulung, Nur (semestinya bukan nama sebenar) sudah berkahwin, ada seorang anak berumur 6 tahun dan yang kedua, Siti masih lagi bujang. Mereka sekeluarga tinggal di taska. Masalah pertama ialah :
1. Kebersihan.
Kami memang akan clearkan dapur setiap hari baik dari sisa makanan, dan juga tong sampah besar. Esoknya akan bersepah balik dengan makanan yang Nur dan anaknya makan pada waktu malam.
Lagi teruk kalau hari Isnin. Sisa makanan hujung minggu dikumpul seolah-olah ingin kami guru-guru datang yang membersihkannya!
Pernah ikan yang disiang pada hari Ahad (tahu sebab saya datang sekejap untuk ambil barang), tidak dibuang hinggalah petang Isnin. Baunya hampir serumah. Bayangkan anak-anak taska tidur dalam bau seperti itu.
Kenapa saya sebagai cikgu tak buang? Sebab saya sendiri sudah penat dengan perangai pengotornya. Nur juga suka makan tak basuh pinggan, selamba sahaja ditinggalkan di atas sinki.
Makan sekeping roti pun malas nak basuh! Sisa makan juga kadang dibiarkan di atas meja, sampai kami guru-guru tiada tempat yang selesa ingin makan.
Bila kami makan di bangunan sebelah (tadika), Nur marah, katanya kami patut makan di ruang taska. Siapa selera nak makan dalam keadaan meja penuh tu?
Anaknya juga suka sepahkan permainan. Sudah main letak merata-rata. Ada yang kami biarkan, ada yang kami akhirnya kami tolong simpankan sebab sampai ke sudah tak di simpan.
Yang paling saya bengang apabila pelajar-pelajar saya yang di arah simpankan sedangkan yang buat sepah anaknya!
Meeting, kadang-kadang majikan up “cikgu perlu kemaskan rak” hakikatnya kami memang kemaskan selalu. Paling saya rasa hina bila kena kutip kuku kaki dalam mainan budak.
2. Komplen.
Nur ni banyak mengadu kepada ibunya (majikan saya) tentang guru-guru. Sedangkan hakikatnya kadang tak betul pun. Paling suka komplen, cara cikgu mengajar. Pernah saya ikut cara yang diajar Nur, tapi esoknya eh, dia komplen lagi!
Komplennya juga banyak yang tidak masuk akal contoh, tidak perlu ajar menulis kepada kanak-kanak, tidak perlu gunakan buku untuk ajar kanak-kanak membaca dan mengaji sebaliknya hanya gunakan flash card.
Macamana nak buat seperti itu sedangkan tahap dan umur pelajar lain-lain. Takkan la untuk kanak-kanak yang dah mengenal A-Z perlu diulang-ulang lagi.
Oh ya, taska kami campur kanak-kanak dari umur 2-4 tahun. Untuk menulis, membaca dan mengira kami memang tekankan untuk 4 tahun.
Ada banyak lagi yang pelik-pelik. Hal kecil juga sering diperbesarkan. Saya seorang yang boleh menerima teguran. Apa yang majikan tegur, saya boleh terima, tapi tidak dari Nur kerana dia lebih suka menghentam dan memerli.
Pernah hari tu kekurangan pekerja, dan saya non stop tidak rehat dari pukul 7 pagi hingga petang, sempat lagi dia komplen cara saya bekerja. Ini juga terjadi pada guru-guru lain. Tambah lagi waktu ada program, ada la dia hentam tak kreatif, tak cantik, cacat.
Pernah saya ajar anaknya, dan dalam diam dia intai saya dari belakang, nak tengok cara saya ajar anaknya.
Cuba positif, mungkin dia intai anaknya, tapi bila fikir balik, dia intai dalam keadaan menghadap anaknya tapi membelakangkan saya. Jadi semestinya saya yang dia cuba intai. Sakit hati saya, terus saya suruh anaknya tutup buku dan pergi dekat maknya.
3. Campur tangan yang tidak perlu.
Nur ni bukan cikgu yang mengajar pun. Pengalaman mengajar pun tak ada. Sekadar uruskan hal ibu bapa. Saya hargai bila dia cuba datang tolong, tapi bukan dengan menyampuk ketika saya mengajar atau merasakan apa yang saya ajar itu tidak sesuai untuk pelajar.
Saya seorang guru, semestinya seorang guru tahu tahap anak-anak muridnya. Contoh dia cadangkan ajar kanak-kanak itu mengeja sedangkan kanak-kanak itu masih belum mengenal huruf.
Anaknya juga suka mengganggu kami ketika bekerja. Tengah kami sibuk buat aktiviti atau siapkan bbm, datang anaknya kacau. Dia tengok, sekadar tegah, “jangan buat begitu.”
Anaknya tetap kacau. Takde la nak ambil anaknya bawa ke tempat lain. Dia juga suka tinggalkan anaknya ketika kelas. Yelah, cikgu ada, boleh tolong jaga percuma.
Ada banyak lagi sebenarnya perangai Nur ni, tapi tidak dapat saya ceritakan semuanya. Itu tak termasuk lagi perangai Siti yang selalu lepas tangan dengan kerja guru-guru.
Bebanan kerja memang terasa kerana seorang cikgu perlu fikirkan aktiviti untuk setiap peringkat umur 2-4 tahun. Pelajar dalam 10 orang.
Dan majikan saya menekankan aktiviti yang menarik untuk di tunjukkan kepada ibu bapa. Bayangkan lepas balik kerja, malam tu kena fikir dan buat bbm pula! Siti tidak menolong malah siap komplen pula.
Gaji sama, tapi Siti boleh goyang kaki lagi daripada saya. Sedih. Tapi setakat ini hal dengan Siti saya boleh tahan. Nur sahaja yang buat saya meletup hari-hari.
Saya mohon tips untuk hadap orang macam ni, tanpa lukakan perasaan majikan saya. Majikan saya tahu sebenarnya, tapi dia terlalu manjakan Nur. Siti juga pernah menasihati kakaknya tapi dia terlalu ego dengan beranggapan dia bos.
Kelakar! Sedangkan yang bayar gaji ibunya! Nak berhenti, tapi saya terlalu sayangkan anak-anak murid saya. Di tempat saya, sangat susah nak cari kerja taska yang gajinya seribu ke atas siap dengan kwsp. Biasanya Rm 600-700 sahaja.
Dan adalam keadaan pandemik saya juga takut susah nak dapat pekerjaan. Wang simpanan juga sudah habis semasa pkp. Jadi saya inginkan alternatif lain selain berhenti kerja.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang sudi berkongsi pendapat. Last, untuk peringatan bagi saya dan sesiapa yang bakal atau sedang mempunyai bisnes keluarga, adil lah dengan pekerja anda. Jangan sampai mereka rasa teraniaya.
– Liya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit