Anak Perempuan Tunggal – 10:04 PM

Anak Perempuan Tunggal

Salam semua.

Aku adalah anak perempuan tunggal dari 4 adik beradik. Aku sedikit kasar, lasak dan selekeh. Sebab aku terikut dgn adik beradik lelaki aku yg lain. Masa kecil dulu, aku tak suka pakai dress, baju yg ala ala perempuan. Gelang rantai apa lagi tak pakai. Cukup sekadar tshirt dan seluar. Aku memang kasar, terikut pula dgn kawan kawan yg agak kasar. Tak suka warna pink sbb pink itu bagi aku untuk perempuan yg gedik. Tapi itu semua dulu. Sekarang aku dh tak lasak, tak kasar, dh kurang selekeh, pandai bergaya, makeup. Semua tu berubah bila aku form 3. Masa tu aku dh totally hilang sedikit identiti perempuan. FYI, aku paling lemah kalau dengar nasihat ayah aku. Paling lemah. Ayah aku jarang bg nasihat kat anak anak dia tapi once dia nasihat, menusuk dia memang dalam. One day, halus je teguran dia kat aku, "Cukuplah ayah ada 3 orang anak lelaki, ayah taknak tambah sorang lagi." The end aku faham maksud dia. Faham sangat. Dari situ, aku cuba ubah diri sikit sikit. Tapi tak banyak. Masa form 4, aku pindah sekolah. Ditakdirkan berkawan dgn kawan yg sangat feminin. Dia asyik puji aku cantik, bila aku makeup nampak berseri. Dia suka makeup kan aku. Suka guide aku utk bergaya. Aku tengok dia melawa, aku pun nak melawa. Bila masuk u, aku lagi la suka melawa sbb berkawan dgn kawan suka bergaya. Tapi takde la bergaya mcm hijabster ke hape. Dorang simple. Dorang sangat girly. Dari situ aku pupuk diri aku utk suka fancy. Aku suka color pink. Sekarang barang aku banyak yg pink. Ahahaha. Now, bila dh degree. Aku dh reti dress up, makeup. Aku macam tak percaya aku mampu berubah sejauh ini. Dari yang kasar, jalan terkangkang, lasak, tiba tiba I look so feminine. Tapi ada satu yang aku tak boleh nak brain. My relatives yg selalu down kan aku. Totally. Yes, mmg kat rumah aku selekeh je. Pakai tudung sarung, tshirt, seluar panjang. Yela, kat rumah, nak melawa buat apa. Bila saudara datang, takkan aku nak melawa melebih. No, aku biasa biasa je. Ended up, bila aku beli shawl depan dorang, sorang makcik ni tanya pandai pakai ke? Wehei, pandai pakai ke? PANDAI PAKAI KE? Ahaha. Masa tu aku tak tahu nak gelak ke nak marah. Sbb pakai shawl je kot. Aku bab engineering belitan shawl ni pandai la jugak. Boleh la pakai. Itu satu. Yg sorang lagi duk perli aku bila aku upload gambar kat fb pakai makeup. Dia duk cakap wuuu, pakai makeup. I just like, wth? Dia makeup boleh pulak? Aku tak boleh? Come on la. Kasar kasar aku pun, aku reti jugak pakai makeup. Tapi itulah, dorang tak tahu aku kat luar macamane. Dorang tahu aku selekeh, lasak kat rumah je. Takpe. Tak kisah. Mak aku pun cakap tak payah la kisah sangat. Dia bukan tahu kita ni macamane. Tapi sebagai anak gadis yg baru nak membiak dalam arus kewanitaan ni perlukan sokongan. Haha. So, sekarang aku sangat bangga aku dah berubah dari ala ala lelaki kpd seorang gadis yg ayu sikit. Btw, dulu aku mmg suka pakai hitam, merah je. Color lain yellek. Sekarang, semua benda nak pink, semua benda nak fancy, semua nak berbunga bunga. Dan dulu jugak my siblings selalu tengok pelik bila aku makeup even pakai lipbalm je. Sekarang? Tak dah ??. Sebab teguran ayah la jugak aku berubah. Terima kasih ayah. Terima kasih mak sbb bagi dorongan, selalu puji kita cantik even kadang kita tahu mak puji just utk bg semangat. Takpe, orang tak kisah. ?

*Tips untuk jadi sentiasa cantik, bila tengok cermin, selawat dulu dan semua kecantikan itu datang dgn keizinan Ilahi. Alhamdullilah.Dan yakin bahawa semua ciptaanNya indah belaka.

– Si Lasak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *