Terima kasih kerana siarkan kisah saya..
Saya, adalah seorang kakak sulung daripada 6 beradik. Ibu bapa mula berpisah sejak saya darjah 3. sejak itu, ibu saya lah yang membesarkan kami adik beradik seorang diri tanpa nafkah drpd ayah sy. Tapi, pada umur 15 thn, ibu bapa saya sah bercerai dan ayah saya mula menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab wlupun tak banyakkan. mungkin sebab perintah mahkamah tp sy tetap bersyukur.
Sehingga kini, umur saya menjangkau 29thn. Awal tahun ni. ayah saya telah mencapai umur 55thn. dan kwsp akaun 1 boleh dikeluarkan. Pada mulanya, ayah saya seperti enggan berkongsi kwsp dia dengan kami. Mungkin sebab dia telah mempunyai isteri lain dan 3 orang anak dengan isterinya tu. jadi, saya pun tidaklah mengharap duitnya.
Saya telah buat personal loan untuk urusan pindah rumah sewa lain sebab ibu saya tak suka tinggal di rumah sewa sekarang. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya dan kami dapat rumah yang lebih selesa dengan kadar sewa yang berpatutan. Dalam kelam kabut kami berpindah, dengan saya berfikir. cukup ke tak duit yang saya ada ni untuk cover segala perbelanjaan. Ayah saya muncul. wahhh. macam hero dalam filem pulak. Dialah yang tolong belikan mesin basuh, meja makan, sofa baru. seronok weh. masuk rumah baru dengan perabut baru dan semua tu beli dengan tunai.dan personal loan tu ayah aku buat full settlement. Rezeki Allah.
Apa yang buat saya sangat keliru ialah, kenapa ibu dan ayah saya masih lagi bergaduh. sebab dendam antara mereka ke? Puncanya, kami adik beradik minta kat ayah kami dalam 5000 macam tu le untuk bagi pada ibu kami sebagai hadiah membesarkan kami. ye lah. ibu saya tu mesti nak merasa shopping barang mahal2 kan. Tapi malangnya, ayah saya enggan berbuat demikian, banyak dolak daliknya. dan saya sbg anak pertama, tambah lagi perempuan,mesti le garang, adalah tanya kenapa ayah saya enggan berbuat demikian. tp ayah saya cuma jawab “aku ketua keluarga, kamu ikut cakap aku”. Memang bertambah panas le hati aku. Baru tolong sikit nak control2 macam tu. tambah lagi, aku dah biasa tak ada ayah. tiba2 kena control macam tu. memang memberontak le. aku warning ayah aku. jangan datang rumah kami dah. barang2 tu semua kalau nak. ambik balik. tak heran pun. Lepas itu, kami dah tak contact sebab dia pun tak reply msj aku.
Perkara yang lebih mengelirukan ialah ibu ku. tiap2 hari dia ungkit. susah payah dia besarkan kami. dia cakap kami tak membela hak2 dia. Selain drpd mengungkit, dia selalu maki hamun kami adik beradik. Aku tahu. bukan senang nak besarkan anak 6 orang seorang diri. tapi kalau ayah aku tu tak nak bagi duit 5000 tu. apa aku nak buat. So, Aku pun janjilah dengan dia. aku akan buat personal loan tuk bagi dia 5000 tu. tapi yelah. perlukan masa tuk apply loan yang baru. ibu ku tak boleh bersabar. tiap2 hari dia ungkit susah payah dia besarkan kami. sampai satu tahap. aku pernah cakap kat dia. ibu ayah sama je. bermasalah. menyusahkan je. kalau tau macam ni. bunuh je time kecik dulu. tak payah hidup terseksa makan maki hamun tiap2 hari.
Dosa ke aku? sedangkan aku pun ada hati dan perasaan. aku cuba tuk bahagiakan ibu ku. aku adalah beli kereta secondhand. itupun aku tinggal kat kampung supaya senang dia nak bergerak. dan aku pergi kerja hanya jalan kaki selama 30 minit pergi dan 30 minit balik. aku bawa dia pindah rumah baru. sampaikan gaji aku hanya tinggal 400 sebulan. itulah nak buat belanja aku. beli topup. sewa bilik aku. memang aku tak mampu nak bagi duit banyak2 kat mak aku. memang aku tak mampu untuk menanggung segala perbelanjaan ibu dan adik2 aku. tapi dah rezeki aku takat ni. aku nak buat macam mana. aku masih lagi usaha untuk majukan diri tuk keluarga aku. doakan aku berjaya dunia dan akhirat yeβ¦
– Kakak Sulung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit