Anak Sabah

Saya N, berumur 35 tahun. Warganegara Malaysia, Bumiputera Sabah. Realitinya warganegara Malaysia atau pegang IC dianaktirikan di Sabah.

Ini adalah pendapat yang tidak popular di kalangan rakyat Sabah, tetapi tidak jugak dinafikan oleh orang Sabah yang memegang status warganegara.

Kebanyakan majikan di Sabah lebih suka untuk mengambil pekerja yang tidak mempunyai ic. Samada pemegang surat lahir atau IMM13 itu lebih menjadi pilihan para majikan di Sabah, khususnya di daerah saya.

Semua majikan macam tu?? Sudah pasti tidak semua.

Kalau kedai-kedai runcit, stall kecil kecil tepi jalan, atau apa apa la jenis kedai yang yang staf kurang daripada 2 orang itu saya boleh maklum lagi kalau mereka tidak berani mengambil pekerja IC,

Ia boleh jadi disebabkan kos gaji, KWSP yang membebankan majikan yang berskala kecil ini. Jadi saya tidak bercerita mengenai mereka.

Yang saya ingin “highlight” kan di sini adalah majikan yang berskala besar. Contohnya yang mempunyai beberapa cawangan kedai. Kedai francais, restoran, hotel dan jugak supermarket di tengah tengah Bandar.

Itu belum masuk hal, bila ada sedikit pelajaran, pun sama sangat susah mencari pekerjaan. Bayangkan farmasi-farmasi, klinik klinik masih menggunakan “qualify” SPM sahaja.

Saya pandai cakap sebab ianya terjadi pada diri saya sendiri. Saya habis belajar tahun 2016. Saya belajar dalam bidang farmasi. Diploma sahaja. 

Di daerah saya farmasi dan klinik tidak kurang banyaknya berbanding daerah lain. Saya mencuba bulan demi bulan, tahun demi tahun untuk apply kerja dalam bidang saya, tapi jawapan yang selalu sangat saya terima adalah, tak perlu sampai ada diploma. SPM sahaja. 

Saya masih ingat kenapa saya pilih bidang ini. Saya pernah terbaca bahawa selepas ini semua farmasi dan jugak klinik diwajibkan menggunakan pekerja yang sekurang kurangnya mempunyai diploma untuk bekerja di kaunter ubat.

Saya fikirkan, bidang ini akan membuka ramai peluang pekerjaan. Saya tamatkan pelajaran saya dengan cemerlang dengan cgpa 3.52. Tapi cita cita saya itu sudah lama saya lupakan.

Tetapi kekecewaan saya timbul semula apabila salah seorang anak buah saya yang baru habis STPM dan tidak berniat untuk menyambung pelajaran disebabkan kekangan kewangan.

Dia masih ada adik 2 orang yang masih bersekolah, dan pada tahun ini anak buah saya kehilangan bapa menyebabkan dia menolak tawarannya untuk masuk ke universiti yang ditawarkan dan memilih untuk bekerja dan membiarkan adiknya belajar hingga ke U. 

Tapi malangnya setiap kerja yang dia pohon di tolak mentah mentah bila dapat tahu dia adalah pemegang IC.

Pernah sekali dia cuba call number yang diiklankan. Apabila tau anak buah saya pegang ic, telefon terus dimatikan. Sadis bukan. Dan itu bukan kedai tepi jalan melainkan sebuah kedai francais mempunyai ramai cawangan sehingga keluar daerah.

Dapat tahu cerita itu saya terus google number jabatan tenaga kerja bahagian saya. Dan mereka bersedia untuk mengambil tindakan, mereka cuma perlukan nama majikan.

Tetapi saya masih ada simpati, saya sempat berfikir yang saya akan menyusahkan mereka, dan saya dengan berat hati menarik balik laporan itu.

Sejujurnya saya tidak tau adakah itu tindakan yang betul, kerna akhirnya saya menulis melepaskan kekecewaan saya begini. Saya cuma sedapkan hati dan berfikir mungkin belum rezeki anak buah saya.

Kami di Sabah ini selalu dikatakan suka merantau di tempat orang. Kami di Sabah ini warganya tidak produktif kerana masih memerlukan pekerja dari semenanjung.

Tapi percaya la. Ramai anak Sabah yang berpelajaran yang tidak diberi kesempatan berkhidmat di negeri sendiri.

Sebab itu saya nasihatkan anak anak buah saya, habis belajar jangan balik Sabah kerja la jauh dari Sabah ini.

Pernah saya disangkal, kalau macam tu la pikiran kamu. Macam mana Sabah mau maju, bagaimana dengan masa depan Sabah.

Saya cuma jawab kepada mereka. Kami orang miskin, masa depan Sabah bukan urusan kami. Pandai pandai la orang besar di Sabah ini memajukan Sabah, sebab itu kita undi mereka. Dan mereka pun ada gaji. Pandai pandai la mereka.

Keluhan ini berat sebelah, tapi percaya la..

Pada orang Sabah mesti ada 1,2 orang yang setuju dengan saya.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *