Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau kongsi luahan aku ini. Hari tu aku ada baca confession pasal Hati Anak Sulung. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/hati-anak-sulung-perempuan/).
Yes, itu separuh macam kisah aku juga. Kali ini aku nak kongsi sikit sebahagian aku juga mungkin boleh jadi pedoman buat korang semua.
Aku pun anak sulung dari 4 beradik. 3 perempuan 1 lelaki. Salah seorang kami adik beradik ada yang OKU. Yang buat aku tertekan bila parents aku asyik harap aku untuk menguruskan segala hal rumah. EVERY SINGLE INCH. Semua keje rumah memang serah bulat2 dekat aku.
Yang lagi dua, adik lelaki & perempuan tu dilayan bak putera & puteri. Apa nak semua dapat. Tak perlu usaha. Minta je. Sedangkan aku dulu kena dapat straight As tu baru boleh minta tu minta ni. Tu pun satu barang je.
Aku tak dengki tapi bila parents aku buat macam tu, mereka jadi manja & tak boleh berdikari. Terbiasa tersedia segalanya walhal semua tu kena berusaha. Aku risau kalau one day dorang dah ‘kehilangan sumber’ , dorang tak boleh survive.
Aku umur 23 tahun. Yang lelaki tu 18 tahun and yang bongsu 14 tahun. Setiap kali aku balik rumah bila cuti sem, kalau orang lain happy sangat tak sabar2 nak balik. Tapi aku sebaliknya. Aku stress bila fikir nak balik.
Sebab dorang memang tak hormat aku dan layan aku macam orang gaji. Sampai adik aku yang bongsu tu dah ada mentaliti “Tak payah kemas rumah, nanti orang gaji balik juga”
Aku dekat universiti pun ada program. Ada aktiviti. Bukan duduk kuliah saja. Aku tak cukup tidur. Bila balik, aku penat sangat. Aku nak rehat. Kalau boleh nak juga balik orang sambut dengan happy, rumah dihias cantik dan kemas macam orang lain, ibu masak sedap2.
Tapi aku? Benda pertama yang sambut aku adalah sampah. Ye, sampah sarap.
Rumah macam tongkang pecah. Tandas kotor berdaki. Dapur kotor berminyak bagai. Ruang tamu pun mmg kotor bersampah sebab adik punya tahap pengotor ni sampai sampah pun tak nak buang dalam tong sampah. Kalau boleh diselit2 lagi dalam sofa.
Tempat tidur dorang pun Allahuakbar. Tikus pun takut nak duduk. Sangatlah kotor. Aku jadi sedih. Aku tertekan sangat2. Masa first2 tu boleh lah aku tolong tapi bila dah 18 kali benda sama juga yang jadi, sebelum aku balik universiti aku dah kemas rumah elok2 tapi bila balik rumah, dorang tak jaga dan kotor balik.
Kau rasa kali ke 19 aku nak tolong lagi ke? Tambah lagi dituduh duduk rumah tak buat apa, goyang kaki sedangkan dorang tak nampak penat aku macam mana.
Parents aku memang berat sebelah tapi tak nak mengaku. Memang dorang hanya harap aku, yang lagi dua tu dorang biarkan je. Alasannya dorang malas nak bertekak sebab adik2 aku tak nak dengar cakap.
Tapi bila aku tak nak dengar cakap, dorang marah sangat2 sampai ugut2. Adik2 aku tu bukan kecik lagi, dah besar. Boleh buat kerja rumah. Tolong lah kakak kau ni.
Bukan nak riak tapi rumah kami ni bukan kecil. Dan kau expect aku sorang buat? Orang yang tengok rumah aku pun selalu cakap “Haih, macam mana mau kemas ni rumah kalau sorang2”
Kalau aku tak kemas rumah, aku yang kena marah padahal bukan aku yang kotorkan.
Ni contoh. Bila tetamu nak datang, aku yang kena kemas SEMUA. Yang lagi dua tu macam biasa goyang kaki. Lepas kemas, dorang kotorkan balik dan bila mak aku nampak, dia mengamuk macam orang gila. Faham tak macam mana stressnya aku berhadapan keluarga mcm ni?
Aku bukan berkira sangat nak buat kerja2 rumah ni tapi agak2 lah. Aku tak kisah menyapu mengemas hari2 kalau dorang pun bagi kerjasama, jaga kebersihan. Tapi yang ini, melampau sangat.
Aku hari2 sedih tertekan. Mak aku pula dulu kerja tapi dah berhenti jadi suri rumah kononnya sebab nak jaga adik aku yang OKU. Bukan jaga apa pun, asal ada kat rumah je sebab adik aku tu boleh la buat hal sendiri.
Dekat orang bukan main lagi dia canang bangga jadi surirumah tapi seandainya orang tahu dia cuma surirumah terbongkang. Kemas masak tak mahu. Asyik tidur je. Tak tidur dia keluar.
Oh ya masak pun time hari raya je. Tu pun aku yang sedia bahan, dia cuma campur2 pastu last tu aku juga yang gaul. Dia tak nak masuk dapur sebab dia tahu keadaan dapur macam mana tapi dia sendiri tak nak kemas dari awal. Btw, dia baru 45 tahun ni. Belum tua sakit pun.
Alasan tak kemas & masak, sebab dia dah cari duit padahal business tu cousin aku yang buat. Dia duduk saja. Oh yeah, bapa aku ni jenis kedekut. Gaji 8-9K tapi bagi bini RM250 je sebulan tu pun pulang balik sebab dorang kongsi bayar kereta2 rumah2.
Tambahan pula hujung tahun ni mak aku sponsor kami sekeluarga pergi luar negara so itu menguatkan lagi alasan aku untuk tidak melawan bila disuruh buat kerja.
Ayat dia selalu ulang juga “Nda payah lah berkira. Kerja perempuan juga ni” Jadinya mak aku ni ada mentaliti orang lama dimana kerja rumah hanya untuk perempuan. Sedangkan kerja rumah tu survival skill. Semua gender kena pandai.
Tapi sampai bila aku boleh tahan kena torture physical mental macam ni? Yang aku pelik tu kalau nak bawa anak2 jalan2 ke, beli barang ke semua wujud. Tapi bila part buat keje rumah tiba2 yang lain tu hilang.
Tolonglah ibu bapa sekalian. Tolong lah layan anak seadil-adilnya. Kami tak minta dilahirkan kalau macam ni nasib kami. Satu lagi ayat yang mak aku selalu guna “Ibu bapa tiada dosa kepada anak, hanya anak berdosa dengan ibu bapa”. Sebab tu dia torture habis habisan.
Bukan adakah hukum tidak boleh sakiti hati anak. Kenapa kamu sanggup zalimi anak begini. Kamu rasa dgn bagi makan pakai tempat tinggal cukup, kamu boleh layan dia sesuka hati? Batin dia? Tolonglah jangan zalimi kami. Jangan pilih kasih terhadap anak-anak. Kami tak minta dilahirkan macam ni.
Maaf kalau susunan cerita tak menentu. Aku dah takde tempat nak meluahkan.
– Along (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit