Anak Sulung Lelaki Yang Tidak Berkahwin

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada admin jika ini disiarkan. Aku nak bercakap bagi pihak anak lelaki sulung.

Aku berumur 35 tahun, anak sulung dari 5 beradik dan belum berkahwin. Adik ke-2, 3 dan 4 sudah berkahwin dan aku dikurniakan 4 orang anak buah yang comel.

Luahan aku di sini adalah persepsi orang luar berkaitan anak sulung lelaki yang menjadi harapan dan belum berkahwin.

Dalam keluarga aku, aku sahaja yang menyambung belajar sehingga peringkat Master dan kini ingin menyambung PHD.

Aku pernah hampir berkahwin namun keluarga bekas kekasih tidak bersetuju kerana aku orang Borneo sedangkan aku sudah mempunyai rumah sendiri (condo), berkerja tetap dan ada tiga kerja sambilan lain.

Hati aku kecewa bila keluarga mereka menolak kerana tidak mahu anak tunggal mereka tinggal jauh di Borneo.

Kami membawa diri dan akhirnya terputus hubungan. Duit kahwin yang aku kumpul aku bantu adik-adik aku berkahwin. Aku gembira melihat mereka bahagia.

Orang luar masih memandang aku memilih sedangkan aku sudah punyai semua. Rupa (kerana ayah ada campuran Pakisatan), rumah, kerja dan mereka beranggapan pasangan ku pasti bertuah.

Namun aku masih kecewa dan terasa hati walaupun seorang lelaki itu sudah punya semua masih tidak mencukupi untuk mengahwini seseorang hanya kerana aku orang jauh.

Ada yang cuba untuk kenalkan dengan aku namun kini keutamaan ku kepada anak buah ku yang semakin membesar. 

Ibu ku juga pernah cuba mengenalkan aku dengan beberapa orang namun aku menolak cara baik.

Ayah dan Ibu juga tidak lagi bertanya calon isteri ku walaupun hati mereka ingin melihat anak sulung mereka berkahwin.

Orang luar tidak memahami kerana mereka nampak dari luaran saja.

Aku masih menanggung malu dan teringat keluarga ku ketika datang merisik di Semenanjung.

Kasihan melihat ibu dan ayahku datang dari jauh. Kesedihan itu akan kekal sampai bila-bila.

Kini aku ingin menjadi seorang Uncle yang membahagiakan anak buah ku.

Sekian, luahan..

– Anak Sulung Lelaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ironinya, confessor kata malu dan kasihan kan keluarga..tapi saya rasa mk ayah confessor pon malu jugak nk jwb knp confessor xkawin lg..ni namanya ujian Allah bg supaya xriak..confessor pon ckp sndri ada rupa, kerja, duit..dlm hati mgkin terdetik rasa mesti semua berebut nakkan confessor..ambil iktibar sentiasa zuhud Dan anggap kawin mcm nk cari kerja..xsemua iv keje p confessor dpt keje kan..it’s normal to be rejected n fail, don’t be such a wuss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *