Benci Saudara Yang Tinggal Sekali

Assalamualaikum semua. Saya nak cerita tentang saudara saya, 38F, yang mula tinggal bersama keluarga saya pada tahun ini.

Di rumah ni ada ibu, adik dan saya sahaja. Ayah sudah jadi arwah sejak dua tahun lalu.

Saudara saya, mula pindah masuk sejak bulan April yang lalu disebabkan faktor kerja.

Mula-mula dia duduk bersama saudara yang lain tapi kemudian pindah ke rumah kami pula sebab lagi dekat dengan tempat kerja dia. Kerjanya di Singapore.

Nak pendekkan cerita, disebabkan dia kena ulang alik rumah dengan tempat kerjanya tiap2 hari, dia jadi sakit. Tiap malam menangis.

Dia cakap dia dah seminggu cirit birit.. tapi bila Ibu ajak dia pegi klinik, dia taknak. Lama jugak kena pujuk. Rupanya dia ada penyakit diabetes.

Semasa dia sakit, banyak kali juga dia sakitkan hati Ibu saya pula. Padahal Ibu saya cuma ingatkan dia suruh makan & mintak update tentang kesihatannya.

Kadang2 bila Ibu tanya dia soalan, dia buat bodoh dan diam sahaja. Kesian Ibu saya, dia jadi stress.

Time ni, kami sekeluarga memang nak dia pindah rumah sewa. Tapi bila Ibu tanya pasal ni, saudara saya dia marah balik.

“Makcik nak saya keluar rumah ni ke?! Makcik nak saya sewa rumah lain ke?!”. Ibu pun terdiam.

Bila saya dengar cerita pasal ni, saya pun marah tapi tak boleh buat apa. Banyak lagi yang berlaku.

Lepastu, kami semua mengadulah dekat keluarga dia, ibu pula mengadu dengan adik beradik dia. Baru la mereka datang jenguk dan bawak dia pegi hospital. Tapi bab pindah ke rumah sewa semua diam.

Dan selalunya bila mengadu dengan mereka lagi, mereka semua suruh sabar2. Adik beradik dia sendiri pun tak boleh nak sabar dengan dia, apalagi kita?

Sekarang dia nampak macam dah sihat sikit. Cuma saya rasa kebelakangan ni dia macam ambik kesempatan terhadap ibu saya. Ibu saya sendiri pun rasa begitu.

Dia kata saudara saya tu buat rumah macam hotel. Kalau keluar rumah, tak nak beritahu apa2. Makanan pun tak payah beli sebab Ibu dah masak dan hidangkan.

Tapi dia kan ada penyakit diabetes dan makanan rumah mungkin tak berapa nak sesuai dengan diet dia.

Yang peliknya dia diabetic, tapi yang makan jajan, keropok dan coklat sebakul adalah dia jugak. Nak salahkan siapa?

Tambahan sikit, saudara saya ni adalah orang yang selalu disukai orang. Semasa arwah wan hidup, dia lah cucu kesayangan. Semua benda dia nak dia dapat.

Rupanya ibu baru teringat, yang saudara saya tu dulu suka ambil kesempatan dengan wan.

Abang ipar saudara saya tu beritahu yang dia pernah call wan menangis2 mintak duit beribu2 sebab tak cukup untuk bayar apa entah tapi dia sebenarnya tipu.

Bila dia end call, dia ketawa2 depan adik2 dia dan abang ipar, cakap “tengok la wan bagi je apa i mintak”.

Agaknya bila menangis kesakitan haritu, dikira kifarah ke?

Lepastu baru kami perasan. Beberapa bulan ni, dia sebenarnya pernah tipu kami juga.

Ada jugak haritu kami dapat tau yang dia tipu semasa appointmentnya dengan Dr. Dia cakap dia tinggal dengan ibu saudara YANG SAKIT. Lawak betul.

Sekarang kami semua tak percaya dengan dia.

Ibu saya ni baik sangat. Alhamdulillah dia tak pernah sakit, ni memang rezeki daripada Allah. Hidup kami pun rasa cukup.

Ibu saya juga jarang nak berkira. Selama cousin saya duduk bersama, dia tak pernah mintak duit. So, cousin ni tak pernah hulur tapi dia ada belikan beras dan minyak.

Bila baik sangat ni, tu yang anak2 saudara mula nak pijak kepala Ibu saya.

Baru baru ni saya ada pesan balik dengan adik dia pasal hal ini. Rupanya baru dia nak ajak kakak dia sendiri untuk berbincang pasal pindah ke tempat lain.

Padahal dah banyak kali dah kami pesan yang kami tak nak dia duduk serumah lagi.

Macam mana ya? Saya sendiri pun buntu. Saya pula kena pindah tempat lain sebabkan kerja baru saya tapi saya dah tak sanggup tengok ibu saya kena ambik kesempatan dengan saudara saya tu.

Kami pun dah takde ayah sebagai ketua keluarga dan pelindung lagi.

Ibu saya sampai cakap, mintak tolong dengan Allah sahajalah sebab mintak tolong dengan orang memang tak dapat.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *