Anak yang serabut dengan MAK YANG HOARDER

Assalamualaikum semua..memandangkan aku ada baca kisah tentang MY MUM IS A HOARDER. Aku rasa turut nak kongsi pengalaman hidup aku tentang mak aku. Sejujurnya..mak aku seorang yang amat baik, jalankan semua tanggungjawab dengan baik, seorang isteri yang taat..tak pernah aku tengok mak aku melawan cakap abah aku. Beri didikan agama. Maka akan sentiasa tegur salah dan silap dalam keluarga kami. Makan minum pakai semua mak aku beri lengkap..tak pernah dalam hidup aku rasa aku tak dapat apa yang aku nak. Semuanya baik, tapi ada satu sikap mak aku yang kadang-kadang buat aku rasa stress,sedih, selalu buat aku menangis..huhu..macam over je kan. Tapi itu la yang aku rasa selama aku hidup 23 tahun.

Aku hidup dalam keluarga yang mak ayah aku tak pernah ambil kisah tentang mengemas barang atau mengemas rumah, bagi mereka kerja itu senang, sapa2 pun boleh buat kan. Dan ini berlarutan sehingga aku dan adik beradik aku membesar. Hasilnya..anak-anak tak ambil kisah bab mengemas rumah. Aku ada abang kakak adik..bayangkan..bab nak basuh pinggan pun boleh berkira. Boleh jadi gaduh sebab semua malas. Dulu masa kecik2 aku tak ambil kisah sangat bab mengemas ni, tapi bila dah makin membesar, aku malu kalau ada orang datang rumah tengok rumah yang berselerak, kawan pun aku takkan ajak datang ke rumah kalau tak ada benda penting.

Mak aku ni jenis seorang yang sangat suka menyimpan barang, I mean segala jenis benda dia akan simpan. Antaranya:

1. Mak aku pernah kerja cikgu, jadi banyak kertas kerjanya yang disimpan dan tak dibuang. Buku-buku aku dari zaman tadika pun mak aku masih simpan dan tak buang..aku boleh tengok lagi buku-buku aku dari zaman tadika. Boleh bayang tak betapa banyaknya benda kat rumah aku.
2. Mak aku suka simpan beg plastic, rumah aku banyak gila beg plastic, mcm kilang plastic pun ada. Alasan kenapa simpan? untuk buang sampah yang kecil-kecil.
3. Botol air pun mak simpan..tak kira segala jenis botol kecik besar semua dia simpan..dia isi air pastu susun kat tepi-tepi dinding. Alasan supaya nanti kucing tak kencing..kalau sikit tak kisah…ni sampai penuh rumah dengan botol air.
4. Sisa-sisa makanan mak aku takkan buang, dia akan korek tanah kat belakang,pastu tanam. Alasan untuk jadikan baja supaya tanah subur. Aku tak kisah mak aku nak tanam kat belakang, tapi masalahnya kadang2 tu sampai busuk bau sisa2 makanan yang terbiar lama. Kulit telur pun dia akan simpan, nak buat baja tanaman. Selain tu air minuman yg tak habis, air basuh nasi, air basuh ikan,basuh benda nak masak mak aku akan simpan..alasan untuk apa? Untuk siram tanaman dia nanti. Masalahnya kadang-kadang tu sampai busuk gila bau dapur aku. Sebab air tu terbiar lama tak diguna2.
5. Doorgift kenduri kahwin memang mak aku akan simpan, segala jenis bunga telur dia simpan. Alasan untuk apa..nanti abang nak kahwin boleh abang guna balik. Penuh rumah aku dengan bunga telur yang bermacam macam warna, dah la tajam..boleh mencederakan orang kalau terkena hujung batang bunga telur tu. Aku penah nak buang, mak aku marah kata aku tak hargai orang bagi. Bukan tak menghargai, kalau dah banyak sangat sampi berhabuk bersawang, menyemakkan rumah ja. Baik buang..boleh simpan barang yang lebih penting.
6. Bab kain paling aku serabut, rumah aku banyak gila kain2 perca yang dah tak guna. Kenapa banyak? Sebab mak aku suka menjahit. Mak aku akan menjahit, lepas tu kain2 yang lebihan tu dia akan simpan. Ya Allah..memang banyak sangat2 kain perca..serabut sangat2 aku rasa. Nak buang mak aku marah,katanya nanti nak jahit. Tapi aku tengok kain perca tu dok menimbun ja, x jahit2 pun.

Tu antara sikit barang2 yang mak aku suka simpan. Sangat payah aku nak tengok mak aku buang barang. And untuk pengetahuan semua, rumah aku tak ada TONG SAMPAH. Boleh imagine tak bagaimana rumah yang tak ada tong sampah. Rumah aku sangat berselerak, benda semua tak teratur. Kalau aku buang sampah dia, mak aku akan cari balik plastik sampah yang aku cuba nak buang. mak akan punggah balik sampah tengk benda apa yang aku nk cuba bunag. dahsyat tak mak aku.huhu

tambahan pula, almari cabinet semua susunan kat rumah macam tak betul je pada tempatnya. Aku rasa serabut hidup dalam suasana ni. Aku teringin sangat2 nak kemaskan rumah aku betul2. Bukannya aku tak pernah kemas rumah, tapi setiap kali kalau aku mengemas mesti mak aku marah sebab ubah2 barang dia. Bila mak aku marah, semua orang dia akan marah. Sampai satu tahap abang2 aku benci aku sebab aku selalu buat mak marah. Abang salahkan aku sebab selalu buat mak marah..aku cuma nak kemas rumah. Itu pun salah ke? bila tak kemas biar selerak rumah kata aku ni anak dara malas, tak reti buat kerja rumah.

Rumah aku ni besar sebenarnya, tapi disebabkan sikap mak aku yang suka menyimpan menjadikan rumah aku jadi sempit. Bertambah buruk, abah aku pulak jenis suka beli almari, meja, kerusi, perabot bagai. Kadang-kadang tu tak perlu pun nak beli sebab dah ada..tapi abah aku saja-saja suka beli. Konon nak jalankan tanggungjawab beri semua lengkap kat family. Menjadikan rumah aku bertambah sukar untuk dikemas sebab terlalu banyak benda dan perabot bagai. Disebabkan rumah aku terlalu banyak perabot mak aku susun main letak je mana yang ada ruang. Contoh penah sebelum ni mak aku letak meja cermin solek kat laluan untuk lalu lalang keluar masuk ruang tamu, serius sangat tak kena letak situ. Situ tempat orang nak lalu..tapi mak aku buat tempat dia nak bersiap. Alasan sebab situ dok lalu..senang nak bersiap terus. Aku tegur mak aku , and its endup with mak aku marah melenting kata aku ni pandai2 nak ajar orang tua.

Mak aku pernah marah gila2 punya sampai kata ni rumah mak, harta mak, biar mak yang urus sendiri, nanti hang ada rumah, hang atur sendiri barang hang.
Aku jadi sedih, aku nak sangat2 rumah aku bersih kemas macam orang lain. Time raya ni la time yang paling aku serabut, aku nak kemas rumah..tapi kena marah. Semalam mak aku dah marah2, menjadikan abang2 aku jadi marah kat aku sebab buat mak aku marah. Lagi aku rasa serabut. Esok nak raya tak rasa macam nak raya pun. Tiap2 tahun aku camni. Sibuk mengemas sampi tak sudah.

Dulu aku punya sedih sampai tahap aku pernah bercita cita nak jadi arkitek, aku nak bina rumah, design rumah aku sendiri. Tapi tak kesampaian sebab aku dapat sambung belajar kos lain. Skrg ni aku study duduk kat kolej. Kawan aku kat kolej sangat hormat aku sebab aku ni pembersih. Roommate aku tak berani nak selerakkan bilik sebab dia tau aku sangat x suka orang pengotor. Xpela..nanti aku dah kerja, aku nak beli rumah sendiri..aku nak tunjuk kat family aku apa itu erti bersih dan kemas. Aku harap aku dapat suami yang pembersih supaya aku dapat bina keluarga yang pembersih. Aamiinnn. Tolong doakan aku. Terima kasih :’)

Harap2 ada yg sudi bagi nasihat atau kata semangat dan peransang utk aku teruskan hidup. Terima kasih yang sudi baca.

– MISS – U

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

72 Comments

  1. sama sket cam arwah mak.. tp bila nak kemas buang time dia takde.. tp buang sikit2 jgn sampai dia perasan. lg sàtu kalo dia dah ckp tu umh dia harta dia.(arwah mak setakat ckp aku sumpah jd tanah liat jer hahaha) tk yh peduli kemas bilik sendiri sudah.. then sbar sampai dpt umah sendiri…

  2. aku dulu2 kalau mak aku x kawal aku mybe aku tua nnt jadi cam mak ko ni.. sbb aku sgt suka menyimpan segala jenis benda yg aku ada.. dan mmg xkan buang. sbb perasaan menghargai dan juga perasaan nk proses brg terbuang tu mnjadi something else yg useable..tp mak aku yg selalu kumpul dan buang brg2 yg aku ‘sayang’ tu. pernah mak aku buang piala yg kami menang masa sukan sekolah rendah.aku sedih gila tp sejak itu aku rasa i am ok kalu brg yg paling aku syg dibuang.. dan sejak tu aku akan berani buang brg yg aku syg…huhu

  3. Insyaallah dh keje nnt dpt rumh sndr. Awk kemas n hias simple but nice ikut citerasa awak, nnt mereka akn kagum.. Now rumh tu rumh mereka xpyhlaa ubah sbb prgai dh bthn2 ni mmg sush nk ubah… Lg lg org tua.. Sabar k..xlme dh nk hbs stdy tu. Chayok! Hihi sy dl mcm tu gk strss jdnyee tp now dh ada rumh sndr rse hppy sgt xbyk brg.. Senang nk kemas

  4. Trust me..
    U r not alone..
    X dek nasihat ke ape bagai..
    Mohon kau bertabah je la dik..
    Jgn sampai tahap benci kat mak sendiri..
    Itu kelemahan dia..
    Bukan ape, takut jadi siaran ulangan lak satu hari nanti kat diri ko sendiri..

    So, be wise.. belajar terima seadanya..
    #redha

  5. HUhu akk nearly became a hoarder myself… Dia mcmni tau… Nk buang mcm eh boleh pakai ni buat ni… Tp x de masa nk buat… Malas… Saampaai lah tgk ctr kat tv ttg org dtg renovate rumah…. Baru lah tau sikap hoarder tu mcm penyakit… And sikit sikit i throw away apa2 yg x penting…

  6. faham sangat ape ko rasa dik.mcm kluarga kak maria jgk.dulu masa sekolah rendah hg sek rendah.akk malu gile sbb rumah akk xmcm umh org lain.umh longgok kayu,busuk,bersepah.ni da besa umh nk masuk 10 kali renovate lps tu terbengkalai.akk kawen dgn org luar bila hubby tgk umh akk dia pon terkejut.masa sekolah ingin nk ajak kwn dtg umh tp malu sbb umh mcm tongkang.bl diaorg dtg asik sindir je.yg plik mak akk slalu mgata umh org sepah tapi umh sendiri dia xprasan ke mcm kotai indon.bkn tak penah kemas tapi mcm tu jela org dlm umh tu.konsep mak akk org nk dtg umh dtg.xnk tgk da.kdg tak terpikir ke nk dok umh selesa bersih.

  7. Lipas ada x? Kena ckp kat mak elok2, kebersihan tu sebahagian dari iman. Rumah bersih, malaikat suka, tempat kotor, sapa je yg suka.. dalam rumah kita nak beribadah, nk wangi2. Allah pun suka benda yg indah2 kan? Mungkin boleh ckp slow2.

  8. Hurmm..maksudnya penyakit hoarding disorder ni makin menjadi2 di Malaysia la ni.. USA considered hoarding disorder ni sbg salah satu penyakit mental…. sometimes human depend on their past memories too much.. tu sbb xnak let go brg2 lama.. rasa insecure kalo brg2 tu dibuang…

  9. Er… saya rasa mcm sy nk kene penyakit mcm tu lah…. tp x smpai kronik lg kot,,, kdg2 pejam mata buang je.. memula teringat rasa sedih etc2… lama2 lupa ok la… tp bile tringat balik rasa sedih… tp kalau org yg buang lg la x dpt terima kenyataan… rasa nk marah meruap2 kat org tu…
    cc. Encik husband

  10. Boleh mula dengan bilik awk sndiri. Tiap2 hari, kemas bilik awk cantik2, susun cantik2 dan design bilik awk yg contra dr keadaan rumah awk based on yg awk nak. Orang cakap, small changes can make big differences kan?? Mungkin one day ur mom akan nmpak ape tujuan sebenar2nya awk nk kemas rumah, sentuh brg2 dia.. usaha. Mak ni mmg susah kita nak ubah tabiat dia. Cos moms always right. Tp kita boleh ubah persepsi dia slow2 indirectly. Mak awk tu kalau xdak masalah mata, lama2 dia perasan jugak aihhh .

  11. kalau mak kite pulak, suka simpan lauk. kdang tu dh tahu dh mmg takkan ade siapa lg yg nk mkn, dia nk jugak simpan. smpaila basi. kdg tu dia takde, ambil je mkanan yg dia dh lama simpan dlm peti ais tu buang. sampai makndak pun perasan mak jnis mnyimpan makanan. katanya syg nk buang. Tu jela kot

  12. Kat rumah aku yg byk.. kain baju & buku. Baju ade gak aku sorting utk bg org. Buku tu sayangnye..Sampai satu bilik da penuh buku. Rasenye kalu rozita che wan sewa apartment utk letak baju2 die..aku utk letak buku2 kot.

  13. Mak saya pun sama. Mula2 dulu saya serabut gak. Tapi lama2 saya biarkan je la. Bukannya perangai mak mcm tu bole membawa dia ke neraka pun. Asalkan mak happy, sudah la. Lagipun tu rumah mak.. Harta mak. Kita ni cuma menumpang je. Esok dah ada rumah sendiri, buat lah sebersih mana ikut selera sendiri. Jangan esok anak cik pulak confess kat sini.. My mom is super clean freak hahaha. Lain orang lain gayanya, sila adapt dan telan.

  14. Macam ni la. Betul apa yg mak awak cakap. Tu rumah dia. Harta dia. Biarlah dia yg susun mcm mana dia nak.

    Cuma make sure jangan sampai ada binatang mati pun tak perasan dah la.

    Rumah awak nanti awak kemas elok2 ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *