Anak Yang Tidak Membanggakan

Aku anak sulung. Umur dalam 20-an, bekerja dan graduan UIAM. Alhamdulillah.

Nak kata aku tak ada karier, I do have one. Nak kata tak ada degree, I do have one too. Nikmat Allah yang mana yang aku nak dustakan? Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada.

However, deep down my heart, aku simpan banyak perkara. Kawan-kawan nampak aku sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi, berketrampilan, and berkepimpinan. Please don’t judge me, aku tak angkat bakul. Ini apa yang kawan-kawan and orang sekililing aku bagi tau aku how they see me. Hakikatnya, aku adalah orang yang tak ada keyakinan diri langsung. Aku tak pernah rasa aku di atas. Somehow, this is good for me because aku tak la riak dengan nikmat pinjaman Allah. But when this keeps on going worse day by day, aku jadi stress.

Aku cuma nak share kisah aku. I greatly appreciate for free-judging environment here. Aku cuma nak pendapat orang luar, yang tak kenal aku, yang aku tak kenal dia. Sebab aku nak nampak apa yang mungkin korang nampak but not me.

Though aku anak sulung, family aku bukan typical type yang mana anak sulung dicontohi, yet aku bersyukur aku tak dicontohi dan jadi kayu ukur. It's a burden. Dari kecil, mak aku selalu compare aku dengan adik aku. She’s a year younger than me. She’s more hardworking than me. I admit that. Aku? Aku ni when it comes to study, aku suka stress-free environment. Baru boleh focus lebih. That’s why orang nampak aku macam carefree all the time, and tak berapa hardworking. I mean, everybody ada their own style bila study kan? Macam adik aku, she needs to stress herself to study sebab baru dia rasa dia dapat push diri dia. Aku tak pernah kisah cara apa pun orang nak guna untuk study because to me, different people different style. Tapi di mata mak aku, aku ni pemalas. Tak study. Tak score. Result UPSR and PMR sama je dengan adik aku. Cuma result SPM different. She deserved to get straight A’s and aku cuma dapat 7 As from 9 subjects.

Result exam tak pernah effect aku. Adik aku lebih, or kurang, tak pernah bother me. Itu rezeki, aku percaya tu. Plus, what kind of course kitorang (adik-beradik aku) amik untuk degree, aku tak pernah kisah. Minat orang berbeza, termasuk kemampuan. Kitorang belajar local or abroad, IPTA or IPTS, pun aku tak bother. Itu rezeki kita panggil, dan juga takdir. Siapa kita nak tidakkan takdir Allah?

But when my parents keep on telling their friends, their families, their cousins, their kenalan, “Oh anak yang ni belajar oversea, anak yang ni esok jadi arkitek, anak yang ni esok lawyer.”(not the real course) And I witnessed it all. They never mentioned me, so I was like aku ni diorang tak bangga langsung ke? Or should I say in another way; aku ni tak membanggakan diorang langsung ke?

I had never discriminated, yet my parents always do that. If they discriminate me and their friends’ children, I will not care. But when it comes to siblings, aku kalah. Walau dicompare, aku dengan adik-adik aku Alhamdulillah, our bond are strong. Especially with the one yang belajar abroad, yang bakal arkitek and adik bongsu aku.

But not adik aku bakal lawyer. Actually, was strong. Now not anymore. My parents obviously love her more than others. I can see that, I can read their body languages. Tapi aku faham, perasaan kita tak boleh paksa. Takpe, aku tau Allah ada. So aku ignore that. To me, it’s okay. I understand. Then one day, my mother said to me, right to my face yang dia memang sayang adikku bakal lawyer tu lebih. And she gave me the reasons. Aku tak perlu bagi tau reasons dia, sebab to me it’s not important. What’s important is, dia STATE dia sayang anak yang satu tu lebih dari yang lain. To me, you don’t have to tell me. I knew it. Why must you say it? Sebab pada aku, mak aku just created a very clear line distinguishing me and anak paling dia sayang. Waktu tu, aku bersyukur mak aku cakap pada aku seorang. Aku tak boleh bayangkan kecewanya adik-adik aku yang lain kalau diorang tahu.

Both my parents, diorang tak pernah terima pendapat aku. Aku suarakan pendapat aku, diorang akan marah aku balik. Pernah sekali, no, more than once, aku suarakan pendapat aku, mak aku decided to not talk to me for a week. That debate/discussion happened only between me and my mother. Tapi ayah aku, dia pun sama boikot aku for a week. Aku tak faham dekat mana silap aku, aku cuma cakap pasal issues that matters between me and my mother, tapi ayah aku pun join sekaki. Why?

Yang paling aku terasa, mak aku cakap aku ni tak beri sumbangan pada keluarga. Mak aku cakap aku tak ada belikan apa-apa untuk diorang and my siblings. Aku terkejut, terkedu sampai saat ni, keyakinan aku memang takde langsung.

Last Saturday, aku gaduh besar dengan mak aku. No, aku tak tinggi suara, langsung. Aku suarakan pendapat aku. Aku confront parents aku. Aku dah tak tahan. Banyak sangat aku simpan dan aku tak pernah lepaskan. And aku cakap dekat mak aku, aku terasa yang dia cakap aku ni tak beri sumbangan. Then my mother said, “Sumbangan tak semestinya duit.” Aku terkedu lagi, sebab I remember clearly that dia cakap aku ni tak belikan apa-apa untuk family aku. Aku tak mampu nak ungkit apa aku buat. Sebab most of the time, aku memang lupa apa aku pernah bagi orang. Apa aku pernah sumbang dekat orang. Serius, aku bersyukur Allah jadikan otak aku macam tu. Lupa kebaikan sendiri. Supaya aku gagal mengungkit setiap masa, unlike my mother, segala kebaikan, jasa, pengorbanan dia, dia kan ungkit. Which made me in the end, tak balas dah cakap-cakap mak aku semalam. Tak guna aku cuba ada diskusi dengan orang yang tak pernah nak kalah, dan tak stick pada isu sebenar. She kept on cari salah aku, instead of dengar apa aku rasa which all the time, aku jadi telinga dia bila dia tak puas hati or gaduh dengan ayah aku.

Sorry guys, panjang lebar cerita aku. Thanks for reading, and tinggalkan komen. Aku mohon, don’t judge me, my parents and my siblings. I need your opinion, not hukuman. Selamat Berpuasa semua. Semoga Allah kurniakan kita kekuatan untuk terus beribadah pada Allah. And admin, thanks for uploading my rant. Lastly, aku sayang IIUM. This uni taught me a lot of things!

– Coefficient

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

37 Comments

  1. Bab ibu bapa pilih kasih ney x bley na buat ap. Sb soal hati smthg yg kte sndri x bley na control. So think positive. Tuhan xkn uji lebih dri yg ko mampu. Biar la x jd anak yg dibanggakn pun, asalkn ko jd anak berbakti pd mereka ble tua nt. Kdg2 anak yg dibangga2 kn sgt tu belum tentu sanggup jaga mak ayah diorg ble sakit tua

    • Yup.bukan nk burukkan, tp based on pengalaman org lain, anak yg tak dibanggakan tu la yg sanggup jaga time parent tua. Yg dibanggakan yg dicanang2 tu, jarang menjenguk. Takpe. Tabahkan hati ye. Ramadhan ni, doa bnyk2 semoga lembut sikit hati org tua…

  2. Apa kata kau xambik kisah sgt ape yg parents kau mcm comparing tu semua. Teruskan hidup n terus menerus berbakti utk keluarga. Selagi kau rasa apa yg kau buat tu betul dan terbaik, teruskan.

  3. Kegagalan ibubapa menjadi contoh kepada kamu untuk belajar kepentingan ‘parenting’ yang baik.

    Cadangan:

    1. Tunaikan sahaja tanggungjawab sebagai anak.
    2. Tak perlu harapkan apa² walaupun untuk didengari kata² kamu.
    3. Langsung jangan jangka (expect) apa².
    4. Teruskan hidup dan berbahagialah pada perkara lain, contohnya cari calon kahwin ke…
    5. Doa kebaikan dunia akhirat.

  4. Anak yg gagal jlnkn tanggungjwb dan beri hak kat parents adalah anak yg derhaka kpd parents tp parents yg xjlnkn tanggungjwb dan tunaikn hak kpd anak adalah derhaka kpd Allah..berlapang dada, Allah Maha Mengetahui..

    • Simpati pd confessor..
      Udah ibu confessor begitu let it be lah..
      Live ur life seadanya..
      Elakkan berkomunikasi sngt dgn parent sedemikian kecuali yg perlu saja..
      Maybe pilih utk diam lbh baik drpd kita dianggap anak derhaka walhal kita x brmaksud begitu..
      Bertabah lah..

    • Kdg-kala bkn ank² je yg derhaka kpd ibu-bapa. Tp ibu-bapa ad juga yg derhaka kpd ank² spti tdk mnjlnkn tanggungjwb kpd ank² nya.

  5. Sabar and pray… It might take years or decades for your sabr be rewarded..believe me, bila kesabaran tu dibalas Allah, it’s so sweet and menyenangkan… My grandmother used to be mean to my mother like your mother, but my mom keep shower her with kindness, and now, they are bonding again. Yup, it takes decades for my grandmother to change. But the result make my mother happy.

  6. aunty tak kesah my parent tak berapa sayang aunty. sapa2 anak yg parent sayang aunty join sayang depa sekali. tapi kalau orang dapat apa2 aunty nak la jugak . tu masa aunty kecik la. dah kerja aunty beli sendiri apa nak. ada lebih duit aunty beli pulak kat semua orang. soal kasihsayang ni biar pi lah sapa nak sayang sapa. but i tell you aunty sayang diri aunty. i buy myself a lot of presents.

  7. Saya tak pasti ni cadangan yang baik atau tak. Apa kata encik menjauhkan diri? Sebab manusia ni kadang-kadang hanya reti menghargai bila dah hilang. Ke cadangan ni derhaka?

  8. Try bawak ayah g minum2 kopi berdua.. Tanya dia apa sebenarnya yg terjadi.. Mungkin ada benda terjadi time kecik2 yg mak masih terasa sampai skrg.. Sakit hati mcm mana pn kat mak, jgn la sampai kita marah kat dia.. Biar la kita yg buruk pn, telan je la..

  9. Biasanya anak2 yg dibangkan ni x kemana pun.bila diperlukan x bleh harap pun.byk dh contoh sekeliling aku ni.sis/bro rasanya elok kuar umah.menyewa kt mana2.tp tangungjwab kat parent jgn abai.hidup sndiri jer.biasa la manusia depan mata x nampak.bila hilang dr pandangan br la rasa.so jauh2kan diri,hati pun kurang sakit dgr @ tgk adegan depan mata.

  10. i can relate to this. tapi kak keep in my mind, they are my parents. mak yg susah payah mengandung dan deliver kita. ayah yg susah payah pergi kerja nak sara kita. bg sekolah, bagi kawen.

    tips dia jgn expect too much. kalau dia ckp dia syg lebih anak lain pun its okey. cinta mana buleh paksa. kecil hati? memang la. tp jgn buat jadi kudis. jgn nampak keburukan depa. pandang dan ingat kebaikan depa. zikir dlm hati apa kebaikan depa.

    inshaallah bila dah tua, depa akan nampak. anak mana yg sebenarnya plg sayang depa. cuma ego org tua, depa takkan bagitau. tp kita boleh nampak dengan body language depa.

    sekarang adik masih muda. darah masih panas. mmg akan nak berdebat je. bila berdebat org tua akan ckp kita kurang ajar. tp bila nanto dah kawen dah ada anak, hati pun dah tenang, inshaallah semua akan ok ok belaka.

    good luck naa…

  11. Baiki hubungan kita dengan Allah, Allah akan baiki hubungan kita dengan manusia. Kita cari Dia yg lebih besar. Lebih berkuasa. Lebih menyayangi. Walau dia ibu kita dia tetap hanya manusia biasa. Tiada siapa yg dpt ubah dia melainkan.Allah jua. Dekatkan diri dengan Allah lebihkan lagi ‘pemberian’ kita kepada Allah. Insha Allah, yg baik.baik akan datang juga akhirnya. Amin.

  12. Berada dekat dimata menyebabkan semua keburukan akan nampak, nasihat saya kepada anda, berpindahlah dari rumah keluarga anda, pulang seminggu sekali bawa buah tangan. Anda sudah bekerjaya, anda sudah punya duit. Cari rumah sewa. Insyallah masalah anda akan selesai.

  13. bab pilih kasih ni nak tak xnak akan rasa sakit. xkisahlah nenek ke, ibu ke. kalau family terdekat, payahla. mmg akan rasa sakit sangat. buat confessor, sabar je. macam2 mana pon, ble kte bersabar, ALLAH akan tunjuk. bukan nak ajk berhasad dengki tp sy percaya pape pon jd, ada hikmah. ada kifarah kpd yg berbuat jahat. not that there’s anyone that’s bad in this story. just that, one day mak ayah confessor akan sedar sape yg akan bersama diorg ble diorg susah. this things happened to me (my uncle). hidup ni ada bnyk cabarn. gain something from this hardship. sometimes people do see what we cant’t see or appreciate about ourself. sy pon mcm confessor. study xleh stress sbb nnti satu apa pon xmasuk. buat apa nk stress? buat apa nk tunjuk kat org yg kte stress. tp ble kwn ckp sy pandai, lama2 sy diamkan. itu doa. mmg la kte akan stress sbb itu bukan hakikat sbnr tp maybe itu satu cara ALLAH nk naikkan semangat kte. apapun, inagt ALLAH tu, kdg nikmat DIA, bkn direct, bkn senang nk sedar/nmpk. kdg kte kena halusi kesusahan tu supaya kte dpt gain something. buat confessor, rileks k. one day, u’ll taste the sweetness of all that patience. ALLAH tu lagi dekat dgn kte ble kte susah sbb dia nak kte mengadu.

    wow, pnjg gler, sorry confessor. good luck k. in life and in everything. slmt berpuasa. :)

  14. Same goes with me…my mom only said congrats when I forced her to do it… sometime I always felt that she doesn’t love me…but I realized love musnt always shown…

  15. Mana2 family pon ada pilih kasih ni dik. Bezanya either u want to let it gets to u or not.
    If u let it gets to u, u bole end up depressed. Mak syg adik lebih? So? Dunia masih berputarkan? Life still goes on.
    Xperlu nk rasa kecewa, what u need to do, u go on with ur life as tho u xpernah dengar pon apa ur parents ckp pasal syg adik lebih. Its their choice.
    Personally drpd experience akak sendiri, bila akak xkisah and buat hal sendiri, akak rasa lg bahagia. Akak still amik tau apa yg jadi dlm family, tp akak keep my distance. Akak simpan skit utk diri akak, utk protect diri sendiri drpd kecewa.
    Dlm hidup, xsemua perfect, kena belajar terima hakikat. Kalau family xsyg, u ada kawan, u ada saudara mara yg lain yg mmg amik kisah pasal u. The point is, u hv to be strong for urself.

  16. Sabarlah.. just live ur life.. kita x hidup untuk dipuji n dibanggakan.. yes.. mmg as an anak to our parents kite akan suka tuk buat diorang happy… aku sndri suka bila dapat beri something yg boleh mak pak aku senyum lebar.. walaupun nnti die dah x ingt.. n yes.. aku jeles gak bila adik beradik aku yg lebih disanjung.. tapi aku x salahkan sape2.. aku ade sorg adik yg aku rse lebih mendapat tmpt dlm hati parents aku yg mne kehadiran n kepulangan die sntiase dinanti.. n mmg die rajin.. bljr pun pandai.. kelakar n mcm2 lg lah.. tp x jd masalah pun.. sbb sbnrnye kita cuma perlu jlnkan tgg jwb sbgai anak… syukur masih punya ibu bapa.. diberi didikan yg smpurna.. jgn simpan dlm hati.. kalau pndpt ko x di dgr.. jgn argue ape2 dgn psrents ko.. baik bincang adik beradik n sape yg lebih rapat n pandai ambik hati die yg akan utarakan pendapat tu nnti.. hmm.. point die sbnrnye.. aku pun mcm ko.. x ske pressure.. so as long as ko boleh jlnkan tgg jwb sbgai anak.. teruskan.
    Sbb setiap anak ni ad istimewa dlm hati parents die.. bnykkan sntuhan kasih syg.. mcm mak aku.. slalu ckp ble aku x de die teringt anak yg slalu gigit die ni.. hahaha.. k la.. bye.. selamat berpuasa

  17. Kakak rasa elokla adik kluar hidup sendiri..
    Jauh dr mata your parents..tp keep texting,messaging them everyday.. Jgn hrpkn balasan msg tu.. Bila hari2 adik buat, diorg akn trbiasa.. Dan akn rindu klu 1 hr teriba xde msg masuk.. Dpt gaji je trus masukkn @ balik rumah bg by hand.. Bw skali buah tangan..
    Dlm pd tu doa jgn lupa..
    Buruk cmne pun they are still mak&abh.. Syurga adik pd redha diorg..
    Jg hubungan dgn Allah..
    Allah akn jg yg lain..

    Klu dpt lg best adik usahakn bw both of them sama2 tunai umrah..

    Smg berjaya..

  18. This is why before kahwin bukan kursus kahwin je penting but kursus parenting jgk sepatutnyer diwajibkan. Sbb masyarakat tk sedar yg anak2 nieh tidak blh dibandingkan sbb drg tk pernah diajar. As a psychologist who majors in this area it makes me angry and frustrated yg benda mcm nieh is happening all over the world especially in Malaysia. I wish I could help you and educate your parents about siblings rivalry, characteristics semua. Stay strong my friend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *