Anakmu Bukannya Miss Perfect

Assalammualaikum..

Luahan yg aku tulis ini bkn utk buktikan aku betul atau salah. Cuma aku hanya seorang ank yg ada passion di luar bidang yg aku ambil di universiti. Hampir setahun lebih aku rasa stress dgn masalah yg aq tanggung. Aku sudah hilang minat utk terus pengajian. Kerna fikir mak ayah, aku paksa juga diri ini utk hadap 2 semester terakhir. Tapi, jauh dlm hati.. jiwa aku tersiksa sgt2. Aku nekad. Aku tak berdaya utk teruskan pengajian. Akhirnya aku menghantar surat penarikan diri kepada pihak fakulti.

Malangya, pensyarah aku tidak mahu aku berhenti. Puas dia cuba memujuk. Tapi jawapan aku tetap sama. Aku tak sanggup dah. Bila dia gagal pujuk aku, dia cuba hubungi mak aku. Habis melenting mak. Dipaksanya aku sambung balik. Puas aku cakap aku sudah tidak ada minat lg, tapi mak langsung tak nak dengar. Mak berkata , " Aku tak nak dengar apa-apa. Kau kena dgr ckp aku juga". Saat tu, aku akur saja biarpun hati aku sudah tidak lagi mampu.

Biarpun aku sudah sambung balik, masalah sama ttp berlaku. Hati aku rasa kosong. Fikiran aku blank. Aku langsung tak boleh hadap lg dah. Jadi bila mak aku dapat tahu aku masih sama mcm dulu, dia rasa marah sgt. Dia kata aku tak ingt jasa mak ayah. Dia kata aku selfish. Ya Allah, dalam hati hanya Allah sj yg tahu derita hati ini. Aku hanya diam seribu bahasa. Hati aku sudah tawar. Mak langsung tak nak cuba dengar apa yg aku cuba nk cakap. Lantas aku berkurung dlm bilik.

Dah berhari mak pulaukan aku. Depan aku dia senyap saja. Bila dibelakang aku, aku selalu terdengar dia maki aku dihdpn adik2. Dikatanya aku bodoh kerana hanya ada SPM sj. Sia-sia bljr degree. Aku hanya tunduk diam. Cuba menahan air mata biarpun hati ni rasa tersiat sgt !

Aku nekad utk tidak teruskn lagi pengajian sbb aku yakin kemampuan dan kebolehan aku dlm berbisnes. Aku yakin aku boleh pergi lebih jauh dlm bidang bisnes. Aku yakin rezeki aku di situ. Malangnya, ibu ku fikir aku sudah xada masa dpn. Tak ada degree, tak ada future. Hanya perkataan bodoh sj yg aku dgr.

Selama ini tiap apa yg aku cuba buat, aku fikirkan mereka. Aku nak berjaya bukan untuk diri aku, tapi untuk aku senangkan mak dan adik2 dahulu. Aku sampaikan sanggup berkorban untuk berkahwin lewat sedikit semata-mata utk senangkan mereka dahulu. Tapi, mak tak nampak semua tu. Di matanya kini aku seorang ank yg dh hampakan dia dan tidak ada masa dpn lagi.

Biarpun layanan dingin dr mak, aku sikit tak berdendam atau marah kn dia. Siang mlm aku berdoa dia dilembutkan hati utk terima keputusan aku dan faham potensi diri aku. Bukannya aku nk bekerja di warung cuci pinggan . Aku ada cita-cita dan impian aku sendiri. Cumanya impian itu bukannya impian mak .

Sebagai ank, aku terkilan kerana mak terlalu pandang aku perfect sampaikan aku tak boleh ada cacat cela. Aku terkilan kerana mak tak nak dgr langsung isi hati dan derita yg aku tanggung selama ini. Aku terkilan kerana mak yakin degree itu kunci rezeki. Akn aku buktikan pada mak yg aku akan brjaya dlm 2-4 tahun lg. InsyaAllah. Biarpun aku dilayan bagaikan org asing , hati aku ttp akn kuat. Kerana aku yakin Allah bersama aku. Hanya Dia yg lebih tahu isi hati aku yg sebenarnya.

– Miss Tak Perfect

– Miss Tak Perfect

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Lagi 2 semester terakhir..x lama, tamatkan pengajian. Melihat anak ada segulung ijazah mmg impian setiap mak ayah. Lepas habis belajar teruskan bisnes dan buktikan anda boleh berjaya.

  2. sepupu saya pun macam hang jugak, berhenti sebelum habiskan pengajian. Lama jugak lah family dia nak terima keputusan tu. Dalam masa yang sama hang kena buktikan yang hang boleh berjaya tanpa degree. Sekarang sepupu saya tu pun dah kerja lain dan dah berkahwin pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *