Salam.. Teringin aku nak confess kat sini.. Hari ini baru aku diberi kekuatan.. Selepas aku seperti mayat yang hidup selama sebulan..
Sebenarnya semalam 15.5.2016 akan jadi hari yang paling bahagia dalam hidup aku.. Hari saat aku bertukar title dari seorang bujang kepada isteri orang.. Tapi semua kenyataan tu hanya jadi mimpi ngeri dalam hidup aku..
Sebulan yang lepas bekas tunang mesej aku.. Dia cakap nak jumpa sebab nak bincang something dengan aku.. Aku okay je la sebab aku pikir mungkin dia nak discuss pasal majlis kitorang yang dah dekat.. Masa jumpa dia.. Terus dia hulurkan cincin tunang kat aku.. Aku terpinga2 dengan tindakan dia.. Aku tanya dia kenapa.. Dia hanya jawab 'saya nak putuskan pertunangan ni sebab saya takde langsung rasa sayang kat awak'
Aku? Entah la.. Rasa tak terpijak atas dunia ni dengar pengakuan dia.. Dia tak sayang aku? Abis selama ni 4 tahun kami belajar di aussie.. Dia yang beria nakkan aku.. Balik ke malaysia tak sempat lagi kerja dia yang beria ajak aku bertunang.. Kenapa malam tu dia boleh cakap dia langsung tak sayangkan aku? Masa tu aku dah tak peduli menangis depan orang.. Aku minta dia jelaskan apa sebenarnya yang terjadi.. Lepas aku desak dia..
Akhirnya dia hamburkan semua apa yang terpendam selama ni.. Dia cakap aku dan family aku pentingkan diri.. Tak fikir langsung perasaan dia dan family dia.. Ini semua kerana adat.. Aku akui family aku background islamik.. Umi walid aku betol2 pantang dalam hal adat ni.. Aku sendiri pun tak kisah dan tak pentingkan hal adat dalam majlis perkahwinan.. Sedangkan family dia sangat pentingkan adat..
Masa ari tunang aritu dah bincang dan masing2 dah setuju.. Majlis nanti nak buat biasa2 je.. Tak nak ada persandingan.. Tak nak ada outdoor photo shoot.. Tak nak ada makan beradat.. Kalau boleh nak buat sesimple yang boleh.. Aku tak sangka rupanya dalam persetujuan tu ada hati2 yang xpuas.. Rupanya mak ayah bakal tunang aku xsetuju permintaan family aku tu.. Tapi diorang xsetuju dalam diam.. Bekas tunang aku pun nak majlis yang grand2.. Dia cakap sekali seumur hidup je pun.. Apa salahnya ikot adat? Malam tu jugak aku putus dengan dia sebab dia memang tak boleh terima cara aku.. Alasan xlogik bukan?
Balik je rumah aku nangis puas2.. Memang sakit bila orang yang menjadi orang pertama kita terima dalam hidup.. Orang yang dalam sebulan je lagi nak jadi partner kita.. Tiba2 jadi orang yang asing.. Sebulan aku asingkan diri aku dari orang.. Sebulan ni jugak aku mintak cuti tanpa bergaji.. Berat aku pun tersangat susut sampai aku hilang 13kg.. Umi walid aku cuba untuk pulihkan semangat aku.. Aku rasa aku dah macam mayat hidup tika tu..
Tapi minggu lepas.. Allah nak buka mata aku.. Aku dapat tahu tunang aku dah nak kahwin dengan orang lain.. Majlis sambut menantu belah dia untuk kami sepatotnya dah jadi majlis sambut menantu untuk dia dengan orang lain. Nak tahu siapa perempuan tu? Kawan sekuliah kami masa di aussie..
Lepas je aku dapat tahu semua tu.. Aku pergi ke tasik aku nangis puas2 kat situ dalam 2 3 jam.. Balik je rumah aku seolah ada semangat baru.. Aku tak tahu datang dari mana kekuatan tu semua.. Tapi memang aku betol2 bangkit dari nightmare aku ni.. Aku dekatkan diri kepada Allah..
Dulu masa putus aku salahkan takdir.. Kenapa tuhan buat nasib aku macam ni? Kenapa tuhan amik orang yang aku sayang.. Tapi masa aku dapat semangat baru tu.. Baru aku sedar.. Dia memang tak layak untuk aku.. Sebab aku layak dapat lelaki yang lebih baik dari dia.. Sebab tu tuhan pisahkan kami..
Sekarang aku dah jadi orang yang baru dengan semangat yang baru.. Seolah aku bukan yang dulu.. Andai adat tu yang jadi pemisah antara aku ngan dia.. Aku yakin ada lagi lelaki yang impikan sebuah majlis perkahwinan yang simple.. Next week ak dah masuk kerja balik.. Doakan aku terus kuat korang..
– Brokenhearted
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
I wish you the best. Keep on fighting on what you think is right. You go girl. May Allah ease your journey.
Haih..poor girl.
That guy have no feeling or what.
Good.
Go girl!
Sado sis.
Yang lebih baik akan datang menyusul nanti.
Aku pon tak suka adat2 ni… Kalau sebab tu pon nak putus tunang memang tahpape la laki tu. Org kahwin pikir masa depan bersama bukan pikir hal sehari tu je. Sebab hal satu hari pon dah nak tinggal, cam laki gila talak pulak, tapi belum kahwin…
Kenapa laki tu yg pulangkan cincin, zaman skrg pmpuan bagi cincin tunang kt laki ke cane
sy pun tertanya
Mgkn ada sesi bertukar cincin
Ada je, cincin tanda hohoho
O gitu..
Ada negeri yg adat dia bg cincin kt laki jgk….
At least bersyukur la ko xkawin dgn laki cmtu…elok la ko dh sedar…nangis2 pun xguna…apa2 pun ko enjoy la dlu sementara bujang ni…
betul tu.. enjoy haha
You go girl! Kita team #sissado
Tahniah sis… Awk sgt kuat dan btuah sebb Allah da tunjuk awl sblum mnikah…lelaki yg sggup ketepikan agama demi adat…sgt kesian.
Sy suka yg simple. Kahwin la dgn sy
Erkkk
Siti Zarifah wakaka
Cinta Hati Satooooo bungkuih ikat tepi
Hahah
Semoga Allah pertemukan kalian br2. Aamin
amin..
Amin
Aah biar la dia, bgus dia ckp awl2 drp dh kawen tiba2 ckp x syg kt ko lg naya, ye dak. Ok apa2 pun move on je terus, xyah toleh blkng. Takdir Allah itu sgt indah.semua yg trjdi ada hikmah k.
?
Siti Zarifah hang rilek. Org ats ni lg teruk dr hang
Yeala
Xde cerita yg gembira ke. Dri tadi sedih?
Aku nk bg hang sedih dlu pastu aku bg cite katun.
Semoga terus kuat !
Tlg jgn bersedih kalau ingt tarikh 15 Mei. Tarikh birthday sy tu sis. Tlg jgn bersedih, sy xnk org lain berduka pd hari kelahiran sy
Moga kuat sis.
Aminnnn
moga Allah hadiahkan kekuatan buat awak. yg pastinya awk terpilih utk ujian ni kerana Dia sygkan awak. Pls be strong :)
Takziah sis , kuatkan semangat.
Sis , adat Melayu tu tidaklah melampau dan se’over’ seperti yang dihemburkan oleh sesetengah orang Melayu kita.
Sejak kedatangan Islam , adat kita dah dimasukkan elemen Islami , bersendikan syarak. Persandingan bukan adat mutlak orang kita , memakai inai pun bukan , makan beradat tu saya tak faham apa maksud sis , makan beradat macam mana ?
Perkahwinan orang Melayu dulu beradat , dan juga penuh dengan sunnah. Alhamdulillah bahagia hingga kini. La ni orang tokok tambah adat , adat Melayu yang tak wujud tetiba diwujud-wujud dan diada-adakan sesuka hati.
Kan…
Benda xpatut jadi isu. Ikut adat bukan salah pun, jangan diikut semua. Ada certain benda xperlu kita berkeras sangat.
You never know how strong you are. Keep moving on sis, bak kata awie, hidup ni kena move on.
Allah is the greatest planner ever. ;)
As a guy saya boleh ckp,bukan sbb adat mostly (ini pendapat saya),tapi saya rasa lelaki tu mmg dah lama curang cuma awk tak perasan sahaja kot. Anyhow, bertabahlah. ✌️
setuju.betol.
Ya benarrr
Kannnn
thats so trueee
Betul tu..dulu kwn2 lelaki semua cakap mcm tu jgk kt sy.diorg kata diorg tahu la sbb diorg lelaki
ak sbgai lelaki mengesahkn . so ak nk pesan kt dri ak n laki yg bca komen ni , jgn gatal2 main2 dgn prasaan gadis.
Me think so too. Typical lelaki. Alasan!
dah fikir benda yang sama jugak.
Aah btul
Agree
adat tu alasan je
Setuju
Sooo true. Dun jump into a relay so fast play safe jd kawan je …kalau dia berkenan kawin terus
Sangat setuju. Lelaki kalau dah sayang dekat bakal isteri, takde makna nak cancel wedding hanya kerana adat persandingan.
Me as not a guy ? nak ckp saya bersetuju dgn pendapat encik… akak ni husnudzon je kot ngan ex tunang dia.. pe jadah kau putus sebb adat last2 kawin ngan pompuan lain at the same date, Igt drama kui 7 kaa.. lol
See Wan Syafiq semua apa2 pun yg jadi, ada lah hikmahnya. Bacalah cerita2 kat page ni. Banyak pengajaran boleh ambil dr kisah2 kehidupan.
mcm laki je yg cerita ni pape pun tabah !! maybe Allah nk suruh cari cinta Dia sedalamnya sblm brcinta ngan makhlukNya
Bertabahlah sis..
Pm sy awak.hehe.
Betul. Dia yg tak layak utk awak.
U deserve better. N In Shaa Allah, the right will come at the right time. Allah knows best, sis :)
– terus kuat & tabah ya.
What goes around,comes around. Allah maha adil. :)
Awak quote lagu justin timberlake ke cik kak? Wakakaka
Bencilah.hahahah Waqiyuddin Zharif Zainal Abidin
Sis patut bersyukur sbb Allah dah tunjuk siapa dia sblm sis kahwin dengan dia. Anggap lah dia bukan jodoh sis yang tertulis di Luh Mahfuz. Allah menyediakan yang lebih baik inshaaAllah. Bersangka baiklah denga Allah :)
yeayyy.. b strong awak.. kumbang bkn seekor ye awk..dia yg rugi sebab tinggalkan awk.. don’t cry about him becoz u deserve better dear.. chill ya.. ^^
Ok thanks awk.. Hi2
Muhd Haniff
Hi akak pun layan jugak confession ni ? Haha
Fadzil Mashor ahahaha..dikkk.. Layan dikk.. Aktif jgak tau.. Hihi.. Eleh cakap akak.. Dia pun sama jgak kan! :p
Paham gilak tok zah.hmmm
Kakak! Hehe.. Udah settle dh kakak.. Next my turn gik ooo.. Wuwu..
Awesome. Be strong. Biarlah dia kahwin dengan adat dia. Nnt meninggal letak payung sekali. Haha. Okay I shouldn’t be here. Off to bed. Anyway congrats to you for finally seeing the hidden blessing of what had happened to you.
Bkn sbb adat dik..tp sbb dia mmg da ada org lain..terang lg bersuloh dik…x pe…ada yg lg bgus dr dia utk awak…amin
I feel u..bkn sbb adat tu..sbbnye mmg die da lama curang..tp perkara yg paling terbaik berlaku slps kite ditinggalkn or sewaktu dgn nye adalah: kite recover dlm masa yg singkat, tetibe dpt kekuatan utk just move on and do not look back..yeah!! That was amazing!syukur Alhamdulillah..n to that guy and all that kind of guys..sile pergi tanam diri dlm layer base course bituminous macadam, compacted smpi x keluar2..huh
Ermm..mcm pelik jer..rasenyer kerana adat adlah alasan smata2..yelar sbulan kot ag nk kwen..tup2 da ad pgganti?? Cpt btl dia syg org..sdgkn ngn awk 4 tahun xder prasaan syg..bertabahlah sis..pasti ad yg lbh baik menanti..truskn berdoa yerr
Saya doakan sis dapat suami yg 100x kali baik dri ex tunang sis…percaya pada Allah.
ya allah..kuat sungguh dugaan sis.sis,yakinlah.. sis akn jumpa lelaki yg akn bahagiakan sis dunia akhirat sis..lelaki yg tinggalkan sis tu saya pasti akan menyesal seumur hidup dia sbb melepaskan insan mulia mcm sis.. semoga sis jumpa kebahagiaan sis.amin..
Moga ters diberi kekuatan
Go girl!
Dia cari alasan je nk putus. Alasan bodoh2 pulak tu. Bukan nya mak ayah ko ckp haramkan terus nk kawin ikut adat ni. Drng cuma kate kalau boleh nk buat simple2. Ahh yg penting ko dh terlepas dr lelaki dayus mcm tu. One day kalau dia muncul balik dlm hidup ko, please la jgn terima balik. Cari bahagia ko dgn org lain sis. Keje dan enjoy your life. X worthless meratap pasal lelaki mcm tu.
Nur Ayuni Mohammad Azmi
Semoga awk tabah. Allah dan family sentiasa ada dengan awak
Tak rasa sebab adat.
Sabar dan teruskan hidup. Hidup di dunia ini sementara. Alasan je sebenarnya adat2 tu. What goes around comes around. Yakinlah. Jalan mudah Allah nak bagi seseorang itu syurga adalah bersabar atas segala musibah. InshaAllah sesuatu yang baik akan berlaku pada awak. Allah Maha Menyayangi. Kita fokus pada akhirat. Ia kekal abadi.
Sis, pack your bag and go for traveling. You probably need some time alone. I’ve done that. We are in the same boat. Trust me, you are a lot more stronger than before. :)
Keep strong, find a better partner (y)
Wise words ??
Xbaiknya ex tunang awk tu..ni bkn sbb adat majlis grand bagai dah ni,ni sbb dia dah curang lamaaaa dah dlm diam..pulak bg alasan xlogik mcm tu…bertabah sis.Moga Allah jodohkan dgn insan yg jauh lebih mulia hatinya..
Sis,xpela..betul sis kata.Mana yang Allah tarik its mean not deserve for you melainkan Allah nak hadirkan yang terbaik.keep qowi sis..I know sis strong enough
Maisarah Ab Samad
sbb ade yg lebih baik utk kita… :)
Anis Auni
Aliff Radzi
Pilih lah aku jadi pacarmu~
Hahaha…
Wokey..igtkn sad ending td..bru nk siapkn tisu..bagus2…kipidap ye..ilek laa..positif ur mind ye..caiiyok2…hahahahahahaaha
Jgn risau. Janji Allah itu PASTI. :)