Andai adat itu menjadi pemisah

Salam.. Teringin aku nak confess kat sini.. Hari ini baru aku diberi kekuatan.. Selepas aku seperti mayat yang hidup selama sebulan..

Sebenarnya semalam 15.5.2016 akan jadi hari yang paling bahagia dalam hidup aku.. Hari saat aku bertukar title dari seorang bujang kepada isteri orang.. Tapi semua kenyataan tu hanya jadi mimpi ngeri dalam hidup aku..

Sebulan yang lepas bekas tunang mesej aku.. Dia cakap nak jumpa sebab nak bincang something dengan aku.. Aku okay je la sebab aku pikir mungkin dia nak discuss pasal majlis kitorang yang dah dekat.. Masa jumpa dia.. Terus dia hulurkan cincin tunang kat aku.. Aku terpinga2 dengan tindakan dia.. Aku tanya dia kenapa.. Dia hanya jawab 'saya nak putuskan pertunangan ni sebab saya takde langsung rasa sayang kat awak'

Aku? Entah la.. Rasa tak terpijak atas dunia ni dengar pengakuan dia.. Dia tak sayang aku? Abis selama ni 4 tahun kami belajar di aussie.. Dia yang beria nakkan aku.. Balik ke malaysia tak sempat lagi kerja dia yang beria ajak aku bertunang.. Kenapa malam tu dia boleh cakap dia langsung tak sayangkan aku? Masa tu aku dah tak peduli menangis depan orang.. Aku minta dia jelaskan apa sebenarnya yang terjadi.. Lepas aku desak dia..

Akhirnya dia hamburkan semua apa yang terpendam selama ni.. Dia cakap aku dan family aku pentingkan diri.. Tak fikir langsung perasaan dia dan family dia.. Ini semua kerana adat.. Aku akui family aku background islamik.. Umi walid aku betol2 pantang dalam hal adat ni.. Aku sendiri pun tak kisah dan tak pentingkan hal adat dalam majlis perkahwinan.. Sedangkan family dia sangat pentingkan adat..

Masa ari tunang aritu dah bincang dan masing2 dah setuju.. Majlis nanti nak buat biasa2 je.. Tak nak ada persandingan.. Tak nak ada outdoor photo shoot.. Tak nak ada makan beradat.. Kalau boleh nak buat sesimple yang boleh.. Aku tak sangka rupanya dalam persetujuan tu ada hati2 yang xpuas.. Rupanya mak ayah bakal tunang aku xsetuju permintaan family aku tu.. Tapi diorang xsetuju dalam diam.. Bekas tunang aku pun nak majlis yang grand2.. Dia cakap sekali seumur hidup je pun.. Apa salahnya ikot adat? Malam tu jugak aku putus dengan dia sebab dia memang tak boleh terima cara aku.. Alasan xlogik bukan?

Balik je rumah aku nangis puas2.. Memang sakit bila orang yang menjadi orang pertama kita terima dalam hidup.. Orang yang dalam sebulan je lagi nak jadi partner kita.. Tiba2 jadi orang yang asing.. Sebulan aku asingkan diri aku dari orang.. Sebulan ni jugak aku mintak cuti tanpa bergaji.. Berat aku pun tersangat susut sampai aku hilang 13kg.. Umi walid aku cuba untuk pulihkan semangat aku.. Aku rasa aku dah macam mayat hidup tika tu..

Tapi minggu lepas.. Allah nak buka mata aku.. Aku dapat tahu tunang aku dah nak kahwin dengan orang lain.. Majlis sambut menantu belah dia untuk kami sepatotnya dah jadi majlis sambut menantu untuk dia dengan orang lain. Nak tahu siapa perempuan tu? Kawan sekuliah kami masa di aussie..

Lepas je aku dapat tahu semua tu.. Aku pergi ke tasik aku nangis puas2 kat situ dalam 2 3 jam.. Balik je rumah aku seolah ada semangat baru.. Aku tak tahu datang dari mana kekuatan tu semua.. Tapi memang aku betol2 bangkit dari nightmare aku ni.. Aku dekatkan diri kepada Allah..

Dulu masa putus aku salahkan takdir.. Kenapa tuhan buat nasib aku macam ni? Kenapa tuhan amik orang yang aku sayang.. Tapi masa aku dapat semangat baru tu.. Baru aku sedar.. Dia memang tak layak untuk aku.. Sebab aku layak dapat lelaki yang lebih baik dari dia.. Sebab tu tuhan pisahkan kami..

Sekarang aku dah jadi orang yang baru dengan semangat yang baru.. Seolah aku bukan yang dulu.. Andai adat tu yang jadi pemisah antara aku ngan dia.. Aku yakin ada lagi lelaki yang impikan sebuah majlis perkahwinan yang simple.. Next week ak dah masuk kerja balik.. Doakan aku terus kuat korang..

– Brokenhearted

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

186 Comments

  1. sbgai laki. ak nk bg tau. adat ke apd ke laki tu takksn give up dgn gadis klo btul2 nk kt gadis tu. tp klo sbb ad ppuan lain, mcm2 alasan bleh kuo. adat la ape la. sis ptut syukutlr sbb last2 trbukti laki tu mmg ad hati pd org lain. xpe kumbang ramai lg. tabah n move on.

  2. mcm bukan sbb adat je…erm…kaum2 adam ni pndai sikit rse nye nk selok belok…harap2 jgn terkena lagi la…in sha Allah…be strong…

  3. Tunggu je…ade la bahagian untuk lelaki macam tu…alasan je tu…tahniah sis…in sha Allah…yang lebih baik sedang menunggu…:)

  4. mcm pelik..dlm mse singkt ad penggnti…tapi klau betul krn adat…betul jgk tu…X sekufu tu….Allah tau yg trbaik…kalau x pisah enth brp lama boleh than hidup dengan orang yg tidak sekufu…nnt dlm raya adatnya brsalam snak saudara…parent sis x bgi sbb melanggar syariat..gaduh lgi…bnyk lgi prkra yg bkal trjdi prtmbungn adat dn agama..

  5. Mohon sis jgn salahkan adat..ni bukan isu adat..nmpk sgt si lelaki gunakan modal adat..anyway,dia ada pengganti cpt lak tu..means that awal2 lg sis dah kena game..mohon sis sabar..sis deserve better than this..

  6. segala dugaan ada hikmah d sebaliknya, yakin dng Allah…lebih baik dia curang sekarang drpd curang selepas kawin,brshukur bnyk2,Allah akan ganti yg trbaik unt anda, insha Allah……

  7. Mengunakan adat sbg alasan nk putus..huh!! such a jerk…tp yelahkan, bile Allah berkehendakan sesuatu, jdi lah ia..even, tgl sehari nk mjlis pon klau Allah kate tu bkn jodoh kita, x jdi jgk kn…So, be strong k…Insyaallah, dipermudahkan sgale urusan…

  8. Cik Alin Lempeng Pisang Amira Yacob Azlan Hamid Juliana Ismail Sitinorhawariza Sakdon Ashikin Ibrahim Siti Rohaya Othman Firkhan Paan maksu Lengkuas Kristal Fuzah Yacob betul sama mcm cerita ku y dulu. Alhamdulillah dberi ganti oleh Allah jauh lebih baik. Thanks sgt sbb korang ada msa tgh down.

  9. Mohd. Izzuddean ewww buruknya perangai laki tu. Curang dgn this girl dengan kawan diorg sendiri. Geli geli geliiiiii. I feel like this girl bertuah sebenarnya sbb Allah jauhkan dia drp “manusia” macam tu.
    Like I always say, a marriage built on infidelity will end with infidelity! Bukanlah mendoakan tapi cuba bygkan, the guy started his marriage with lies, deceit, dishonesty semua cukup.
    Mmg padan dua2 org. This girl can find a much better guy I reckon.

  10. Terlalu jarang org laki beria mementingkan adat dan nak majlis grand2. Kebiasaannya perempuan je yg nak grnad2 ni. Mula2 ingat laki yg confess, rupanya perempuan.
    Dah la sebulan pastu dah ada pengganti. Mmg dah terang lg bersuluh la alasan je sume tu.

  11. ceh!!!alasn adat2!!nak yg ttp aurat!nak yg baik dan bla2 tpi kau xlayk bnyk pmntaan sbb kau cermin dlu dri kau tu,khas buat gologn y acah2 bnyk alasan..to cnfes,,be strog,xlama lg kau akn jmpe lki y memg tbek buat ko..ak xpuas hati.Blh pulak kwen dgn rmmte.What the bulshit.

  12. Allah tak izin . ada hikmahnya . see , dia terlalu pentingkan adat , kalau dh kawin macam mana plk nanti ? pulak tu dia mmg dh curang kot ngn kawan sekuliah awak tu .
    Allah sayang awak . so Dia jauhkan awak dgn lelaki tu . doalah supaya dpt yg terbaik pd pandangan Allah .

  13. Allah berfirman,selepas kesusahan,Allah akan hadirkan kesenangan..Selepas kesedihan,Allah akan hadirkan kegembiraan..kuncinya,sabar..sis sado

  14. Its okay maknanya Allah jaga awk sehabis baik sis. Die x pertaruhkan diri dan jiwa awk utk lelaki yg salah yg awk akan hdup bertahun lamenye. Keep strong and you can do it!

  15. Percayalah..90% reason yg spouse kta bg utk putuskn hubungan tiada reason yg lbih kukuh selain brlaku curang. Reasons yg lain tu kdg2 they made up stories jer. Akak rasa apa yg adik rasa. Adik sabar inshaaAllah more better best to come. Serahkan pengharapan kpd Allah

  16. Kalau aku lah jadik lelaki tu , aku bersyukur yang amatlah sebab belah perempuan nak buat simple n tak membebankan .. alasan je semua , you deserve better , kuat semangat !

  17. Ingtkan kbnykan laki sekarang jenis tak suka adat2 ni yela bnyk pakai duit kot..tp still ade juga ye yg suka adat2 gitu..btw like most people saying he is actually not into you anymore..be strong.. Tp elok la sblm kawen putus dari dah kawen dia buat hal skandal sana sini.lg sakit hati. InsyaAllah adalah Tuhan dah tentukan yg lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *