Saya dah buat charity ni nak dekat 4 tahun since saya form 4. Macam-macam orang saya jumpa. Macam-macam orang saya kenal. Ada yang baik, ada yang pura-pura baik.
Kadang saya pun taktahu apa yang mereka fikirkan. Ada setengah orang, mereka sibuk kejar populariti.
Since dua tiga harini, ramai yang inbox saya tanye "macam mana nak buat kerja amal?"
1. Niat
kita hidup memang dengan niat bukan? dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut
. "inna ma a'malu binniat". semua perkara yang kita lakukan mesti berserta niat.
niat ni dari hatikan? maka ia bermula dari dalam hati kita. niat sungguh-sungguh kita buat kerana Allah. kerana Allah. kerana Allah. bukan kerana kita rasa kita hebat. bukan kerana kita rasa kita banyak duit.
2. Solat dan Doa.
solat jangan pernah tinggalkan, malah, tambahlah solat sunat dhuha. kerana itu punca rezeki. memang bukan untuk kita. tapi kita solat dhuha untuk orang yang kita nak bantu.
ia akan menenangkan hati kita dan memberi rezeki di luar jangkaan kita.
3. Restu dan Reda
restu ibuayah sangatlah penting. saya ingat lagi ketika first program saya lakukan, Program Berbuka Puasa Bersama PAYASUM. program itu berjaya bukan kerana saya. tapi kerana doa ibu saya. kerana apa? karamah ibu sungguh mengujakan :)
Saya minta ibu doakan setiap program saya. saya beritahu ibu, setiap program saya. kerana saya nak dia orang pertama yang mendoakan saya saat saya jatuh, kerana saya tahu dialah orang pertama yang akan mengelap air mata saya apabila dicemuh orang.
reda Allah terletak pada reda ibuayah kita. maka, setiap apa yang kita lakukan, beritau mereka. biarkan orang kata kita ni anak manja, asalkan reda ibuayah kita mengiringi setiap liku hidup kita.
4. Sabar dan Jangan Putus Asa
sifat yang perlu kita tanam sunguh-sungguh. kerana apa? kerana orang di luar sana tak semestinya tahu niat kita. merekalah pencuri impian kita. mereka akan mencemuh, memaki dan sebagainya hingga kita putus asa.
jangan pernah putus asa. sabarlah. jalan ke syurga tentu saja payah.
5. Silence Killer .
pembunuh dalam senyap. atau bahasa mudah, gunting dalam lipatan. tahu siapa? tu. orang yang dekat dengan kita. saudara-mara, rakan kita. mereka akan mematahkan semangat kita dalam senyap.
"buat apa kau buat benda ni? tak ada faedahpun. baik kau baca buku."
"kau pun duit ibuayah bagi, ada hati nak sedekah kat orang."
kita mesti akan jumpa orang macam ni dalam buat charity ni. cara mudah, senyum dan terus senyum. :) mereka mencemuh kerana mereka tak dapat jadi seperti kita. jadi, biarkan mereka terus mencemuh sehingga mereka penat.
Allah tahu segalanya.
6. Part Time Job
kita perlu setkan dalam minda,melakukan kebaikan bukan part time job tapi full time job utuk kita. banyak perkara yang mudah yang kita boleh lakukan.
contohnya : menolong ibuayah, mengutip sampah di jalanan, memberi kucing makanan.
ia mudah, bukan? itulah kebaikan :) semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk semua. kongsikanlah kepada rakan anda. moga reda Allah memayungi kita semua.
Salam Sayang,
Nurul Zahidah binti Saffinye,
Bumi Hang Tuah.
– NZS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit