Salam admin. Saya nak berkongsi cerita utk followers page ni untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Confession ini agak panjang namun saya harap sudilah admin approve confession saya ini.
Saya mengenali H pada pertengahan tahun 1999, di mana kami adalah classmate di satu kolej. H muda dari saya 2 tahun, kerana dia lepas SPM terus masuk ke kolej tersebut, tapi saya masuk awal setahun sebab sebelum tu saya ambil sijil sebelum melanjutkan diploma.
Persahabatan kami macam biasa, kadang2 buat group assignment sama2. Kebetulan masa tu saya sudah ada BF yg sudah 4 tahun bersama (kami couple since form 3). Sikap H agak annoying (pada pandangan mata saya dan classmate lain). Maybe sebab dia ada rupa dan anak cikgu (pada zaman tu anak cikgu adalah anak orang berada).
Dijadikan cerita, kami agak rapat pada penghujung Semester 1. Saya agak senang bekerjasama dgn H bila berbual dan menyiapkan assignment bersama2. Selepas habis exam, kami dan rakan2 sekelas buat BBQ tepi pantai berhampiran kolej. Dari situ kami mulai mesra dan banyak ambil gambar bersama2. Bila tiba cuti semester, saya mula rasa sesuatu. Adakah saya mula merindui dia? Kebetulan waktu itu hubungan saya dgn BF saya agak goyah kerana saya mula dapat menghidu kecurangan dia melalui email2 dan surat yg tidak berbalas.
Masuk Semester 2, persahabatan saya dan H semakin rapat. Dan sekali lagi masih bekerjasama dalam group assignment. Pagi2 breakfast sama2 sebelum masuk kelas, tengahari atau petang akan lepak di gerai dalam kampus sambil berborak. Malah kami join badan beruniform yg sama, join perkhemahan bersama2, keluar ke bandar bersama2. Tapi tak pernah berdua, ramai2 dgn kawan2. Manakala perhubungan saya dan BF berakhir dan semestinya saya bersedih, kerana saya cuba mempertahankan hubungan yang masuk tahun ke 5 tapi tiada kesungguhan dari pihak sana.
H mengetahui perpisahan kami, dan cuba menceriakan saya dgn jenaka2 sewaktu kami keluar utk buat group assignment. Dia ada menyatakan, “Tak usah bersedih, kalau dia tak menghargai awak, ada orang lain yg menghargai awak..” Dari hari tersebut, saya menyedari H memandang saya dgn pandangan yg ‘lain’. Cara dia berbual dgn saya, kata ganti nama bertukar. Jika awal2 dulu dia memanggil saya dgn panggilan “kak…” kerana jarak umur kami, tapi kini dia memanggil saya dgn nama sahaja. Kemudian kami cuti pertengahan semester selama seminggu. H menghantar saya balik di stesyen bas di bandar. Dan berjanji akan menunggu saya di situ selepas cuti berakhir. Hampir tiap2 malam H menghubungi saya melalui telefon. Pada waktu itu, kami tiada handfon. Hanya telefon rumah yang jadi penghubung. Macam2 yg kami borakkan, berjam2. Saya sedar saya mula merindui H. Saya mula perasan sikapnya tak annoying macam dulu. Ada kelembutan dalam berbicara. Dia pandai membuai hati saya dgn kata2 dan sikapnya yg agak romantis, walaupun pada waktu itu kami masih lagi berkawan.
Seperti yg dijanjikan, dia menunggu saya di stesyen bas. Tak dapat saya gambarkan, betapa rindunya saya pada dia walaupun hanya seminggu terpisah. Kami pulang ke kolej bersama2. Oh ye, untuk pengetahuan, kami duduk di hostel yang sama. Blok kami berhadapan, hanya terpisah dengan dewan makan di tengah2. Bilik H tak menghadap blok saya. Tapi dia selalu lepak di bilik kawannya yg berhadapan bilik saya. Kadang2 dia menjerit memanggil nama saya dengan harapan saya keluar ke balkoni bilik. Malam2 dia akan lepak menyanyi sambil kawan main gitar. Kadang2 dia jerit nama saya dari bawah. Rupanya dia keluar dan belikan makanan untuk saya, dan suruh saya turun ambil kat koridor bawah.
Banyak lagi ‘sweet things’ yang dia lakukan untuk tarik perhatian saya. Dalam kelas, kadang2 saya rasa diperhatikan. Bila saya toleh, dia sedang merenung saya dgn pandangan yg romantis. Tak keruan hati ini dibuatnya. Kadang2 dia menyelitkan nota dalam buku saya, yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Saya akui hati saya dah jatuh padanya, tapi saya cuba menafikan kerana saya masih luka dgn perpisahan bersama ex BF saya.
Sehinggalah pada suatu malam, sewaktu itu saya balik rumah pada weekend. Sewaktu itu bulan puasa. H menelefon saya dan meluahkan perasaannya pada saya. Dia nak kami ke hubungan yg lebih dari kawan. Dia berjanji akan membahagiakan saya dan menyayangi saya sepenuh hati. Dia juga akan berusaha untuk memastikan hubungan kami hingga ke jinjang pelamin. Sudah tentulah saya gembira dengan pengakuan dia. Meskipun saya hanya biasa2, tua 2 tahun dari dia, tapi dia tetap memilih saya meskipun ramai lagi classmate kami atau gadis2 dari course lain yang lebih cantik dari saya. Mulai dari detik itu, rasmilah kami sebagai pasangan kekasih.
Hubungan kami dapat dihidu oleh classmate dan juga lecturers. Sebab kami tak ramai, dalam 25orang sahaja dalam kelas. Dan kami agak rapat juga dgn lecturers. Ada kawan2 yg menyenangi hubungan kami, malah ada juga yg tidak, sebab sikap H yg bagi mereka agak annoying. Bagi mereka yg tak rapat dan jarang berborak dgn H, mereka akan merasakan H memang agak annoying. Tapi bagi kami yg selalu bersama2 dgn H, dia sebenarnya agak easy going dan kelakar juga orangnya.
H juga mula memperkenalkan saya kepada ahli keluarganya. Dia membawa saya ke rumahnya untuk bertemu ibu dan bapanya. Adik2nya excited dengan kehadiran saya, kerana H ramai adik beradik lelaki. Bila hadir seorang “kakak”, mereka amat gembira. Tapi tidak pada ibu dan bapa H. Saya perasan riak tidak senang pada airmuka ibu dan bapa H. Mungkin sebab kami masih terlalu muda waktu itu (H 19 tahun saya 21tahun). Dan saya tahu kekurangan diri saya, dimana saya tak cantik dan berkulit agak gelap (kerana saya banyak join aktiviti luar sejak sekolah dan kulit mudah sunburn). Memang tipikal untuk seseorang ‘bakal ibu mertua’ yang menginginkan bakal menantu yang cantik dan berkulit cerah untuk dipadankan dengan anaknya yang ada rupa. Tapi saya cuba memaniskan muka bila berhadapan dengan ibu bapa H. Ibunya pernah bertanya, kenapa H tidak memilih gadis lain yg lebih cantik? H tahu ibu bapanya tidak menyenangi perhubungan kami, namun dia tetap mempertahankan saya.
Bila dah bercinta, walaupun hari2 jumpa dalam kelas, kami tetap meluangkan masa berdating di luar. Faham2lah bila bergelar students, dengan duit yg tak berapa nak ada, kami berdating dgn cara students. Kadang2 kami menyewa kereta pergi jalan2 tepi pantai. Satu petang, kami ke pantai dengan 2 orang rakan kami yang juga merupakan pasangan kekasih. Kira double date la tu. Kami bergambar bersama2. Bila kawan saya bergambar dengan kekasihnya, mereka berpelukan. Terpengaruh dengan perlakuan kawan kami, entah kenapa saya merelakan H memeluk saya dari belakang sewaktu kami bergambar bersama2. Syaitan telah mula memainkan peranannya. Berdebarnya hati saya kerana itulah pertama kali saya dipeluk oleh seorang lelaki yg bukan mahram. Di dalam kereta, H duduk bersama2 saya di seat belakang. Sekali lagi, syaitan menghasut kami agar lebih ‘daring’. H mula mencium pipi saya. Berdebar dan menggigilnya saya, tapi saya tak menolak kerana sewaktu itu hanyalah rasa cinta yang menguasai diri. Saya hanyut dalam pelukan dan ciuman H. Dari pipi ke seluruh muka, hinggalah bibir kami bertemu dan itulah ciuman pertama yg sangat manis dan mengasyikkan.
Saya akui saya agak naif, membenarkan H bertindak melebihi batasan. Tapi bila cinta mengatasi segalanya, dan nafsu sebagai anak muda melonjak2 ingin disayangi dan dibelai, perbuatan kami mula melebihi sempadan yg sepatutnya. Kami mula menyewa kereta, keluar malam. 2 couple. Bila rakan saya dan kekasihnya di depan, saya dan H memadu kasih di seat belakang. Sepanjang malam kami berpusing2 dari bandar ke pantai, dari pantai ke kawasan kampung. Kadang2 lajak ke daerah sebelah. Asalkan kami boleh bergilir2 memadu kasih. Dari ciuman dan pelukan, H sudah mulai berani menyentuh tempat yang tak sepatutnya disentuh. Saya juga tidak menghalang, malah merelakan. Lovebites merata2 di tubuh saya. Hanya leher saya tak bagi, sebab takut roomate atau family saya nampak. Jahat kan saya? Pada Allah Yang Maha Melihat tak takut pula?
Dari kereta, kami beralih ke fasa yang lebih advance. Kami sudah mula berani check in hotel. Mulanya beramai2. Dari 2 couple menjadi 3 couple. Kami check in 3 bilik. 1 bilik utk couple yg first, 1 bilik saya dan kawan saya dan 1 bilik lagi H dan kekasih kawan saya. Kami masih belum berani untuk check in bilik yang sama. Ye, silapnya disini. Dimana jika anda tersalah pilih kawan. Berkawan pula dengan mereka yg ‘advance dan berani’. Kita pun dari senaif2 orang jadi berani mengikut perkara yg salah. Terpengaruh untuk mencuba bila lihat kawan2 lain berani melakukan perkara yang bukan2 meskipun tahu benda tu salah. Tapi itulah..bila nafsu beraja di hati. Segalanya sudah di luar akal fikiran yang waras.
Sewaktu check in, kami bertukar bilik pada tengah malam. H cuba untuk menyetubuhi saya, tapi tak berjaya. Mungkin kerana saya terlalu takut hingga tak dapat memberikan kerjasama. Meskipun tidak ada seurat benang di tubuh kami tapi dara saya masih belum dapat dibolosi oleh H. 2-3 kali kami check in, dimana saya dan H sudah mula berani check in tanpa rakan2 yg lain. Namun begitu juga hasilnya, masih lagi terjaga dara saya. Saya tahu H amat menginginkan saya, seperti mana saya juga menginginkan dia. Dosa pahala kami tolak ke tepi. Dalam jiwa saya hanya H seorang.
Satu malam, kami keluar beramai2. Tak silap saya dalam 5 orang. Hanya saya dan H sahaja yg couple. Yg lain adalah rakan2 kami. Kami menghabiskan masa di pusat karaoke dgn menempah 1 bilik. Faham2 lah bilik karaoke gelap. Masa kawan2 menyanyi, H lebih senang memeluk saya dan mencium2 saya tanpa rasa malu di hadapan kawan2 kami. Gelora nafsu membuak2 tapi kami tahankan saja. Selepas pulang dari pusat karaoke, kami check in di sebuah hotel berhampiran kerana jam sudah 1pagi. Kami check in 1 bilik utk girls (3orang), dan 1 bilik utk boys (2orang). Sewaktu saya mahu tidur, tiba2 pintu bilik diketuk. Kawan kami mengatakan dia mahu lepak di bilik kami, dan menyuruh saya ke bilik mereka kerana H menunggu saya. Saya pun melangkah ke bilik H dengan debaran di dada. Sebab saya tahu apa yang kami sama2 inginkan. Setibanya di bilik, bermulalah adegan2 dua manusia yang dikuasai hasutan syaitan, dimana malam itu berakhirlah perjuangan saya mempertahankan dara saya.
Bukan tiada penyesalan, bukan tak tahu bahawa zina itu sebesar2 dosa. Bukan tak terbayang wajah ibu bapa..tapi nafsu dan cinta mengatasi segalanya. Benda ‘sedap’, sekali tak cukup. Perlakuan hina kami berulang hampir setiap minggu. Malah kami pernah check in 1 malam, melampiaskan nafsu sepuasnya dan esok balik ke rumah masing2. Bila pandang wajah ibu dan bapa, saya rasa amat berdosa tapi bila bersama H, segalanya entah ke mana.
Hampir 3 bulan aktiviti kami berterusan. Ada saja kesempatan, kami mencari peluang melepaskan rindu dan kegersangan. Tapi Allah takkan membiarkan hambaNya terus dalam dosa. Satu malam, saya dipanggil oleh warden, mengatakan pihak atasan kolej hendak berjumpa. Saya dibawa ke pejabat pihak atasan dalam debaran menggila. Setibanya di pejabat, saya tengok H ada disitu, bersama2 beberapa pegawai kolej. Saya tak tahulah H sudah lama atau baru saja sampai. Tapi H memberikan saya satu ‘pandangan’ bahawa kami sudah ‘kantoi’. Kami tak dibenarkan bercakap malah kami di’soal-siasat’ dalam sesi yang berasingan. Saya tak tahulah bagaimana aktiviti kami ‘bocor’ ke pihak atasan. Saya dipaksa menceritakan apa yg berlaku antara saya dan H, dan siapa lagi ‘partner in crime’ yg terlibat. Tak berhenti2 pegawai kolej beristighfar bila saya menyatakan kami sudah beberapa kali berzina. Seorang pegawai menyalin semua pengakuan saya di atas kertas. Dari jam 9pm, sesi soalsiasat berakhir jam 12 tengah malam. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu, takut, cuak, menyesal. Semua ada. Bila saya selesai memberikan keterangan, saya lihat H dah tak ada dalam pejabat itu. Mungkin dia sudah dilepaskan balik ke hostel.
Malam itu, saya tak dapat melelapkan mata. Perasaan saya bercampur-baur. Pihak atasan mengatakan akan memanggil ibu bapa kami dan kemungkinan besar kami akan dibuang kolej. Esoknya, saya bertemu H dan dia menceritakan bagaimana dia dipanggil seawal jam 6pm. H memberitahu, ada ‘informer’ dari hotel yang kami check in memberitahu pihak kolej tentang aktiviti kami. H disoal secara ‘keras’, berbanding saya yg disoal secara psikologi hingga menyebabkan saya berterus terang tentang semuanya. H cakap, dia cuba menafikan, tapi telah diugut oleh pihak kolej. Bila melihat saya dibawa ke pejabat malam itu, H tahu rahsia kami akan terbongkar sebab dia tahu saya jenis tak pandai berbohong, lebih2 lagi bila saya di’psiko’ oleh pihak atasan. Rupanya H di’tahan’ hingga jam 2pagi, setelah pegawai kolej mengambil keterangan saya dan memaksa H mengaku apa yg telah lakukan selama ini. Patutla saya lihat H tiada, rupanya ‘sesi’ dia belum berakhir.
Kami buntu. H cakap, apa yg terjadi, kita hadapi sama2. Tentang cinta dia pada saya, tetap utuh dan dia akan pertahankan walau apapun keputusan pihak kolej. H mencadangkan agar kami bernikah, kerana dia ingin bertanggungjawab ke atas saya. Dia takkan membuang saya begitu sahaja. Dia akan memberitahu ibu bapanya untuk menghalalkan hubungan kami. Dia juga mahu saya memberitahu ibu bapa saya keputusan kami untuk bernikah. Berita kami sudah mula tersebar, tapi kami hanya mendiamkan diri. Macam2 versi, ada yang mengatakan kami ditangkap khalwat. Terasa malu kerana seperti semua mata memandang kami dengan pandangan penuh kehinaan. Beberapa hari selepas dipanggil pihak atasan kolej, ibu bapa saya datang. Ibu bapa H juga datang. Juga dalam sesi yang berlainan. Ibu bapa kami tak berjumpa langsung. Keruhnya wajah ibu saya bila membaca pengakuan saya yg dicatatkan oleh pegawai malam itu. Tanpa ada tertinggal satu perkataan pun. Bapa saya tak berkata apa2. Tapi wajahnya merah menahan malu. Pihak kolej memberi pilihan, sama ada saya berhenti kolej (rekod baik) atau diberhentikan (rekod buruk). Ibu dan bapa saya memilih yang pertama. Keluar dari pejabat, kami menuju ke hostel dan ibu menyuruh saya mengemaskan semua barang. Itulah hari terakhir saya di kolej tersebut, berhenti secara mengejut, semuanya kerana kesilapan saya yang buta dalam mengendalikan cinta dan nafsu.
H juga terpaksa berhenti. Terpisahlah kami tanpa rela. Dari hari2 bertemu, kini terpaksa berjauhan menahan rindu. Hubungan kami ditentang oleh kedua2 family. Harapan kami untuk bernikah juga ditolak mentah2 oleh mereka meskipun H cuba untuk menyakinkan ibu bapa kami berdua yang dia akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya pada saya. Ibu saya ada bertanya, “kau tak takut mengandung ke?”..Ya Allah, betul..saya tak pernah memikirkan hal itu sepanjang bersama H. Sebab H sentiasa ‘buang luar’ dan kadang2 pakai kondom, malah ketika itu saya juga tak ambil tahu waktu subur seorang perempuan. Naif dan bodohnya saya ketika itu..
Meskipun terpisah, kadang2 H datang ke tempat saya untuk bertemu. Hubungan kami diteruskan meskipun tiada sokongan dari kedua2 family. Sementara itu, saya bekerja sambilan sebab saya diselubungi rasa bersalah setiap kali memandang wajah ibu dan bapa bila di rumah. Saya beruntung sebenarnya sebab ibu dan bapa tetap menerima saya meskipun saya telah membuat dosa yang besar. Ibu dan bapa tidak membuang saya. Cuma bapa yang kurang berkomunikasi dengan saya, mungkin amarahnya masih beraja di hati. Ibu pernah berkata, “bertaubatlah pada Allah kerana Dia adalah penerima taubat”.. Memang saya menyesal, tapi hati saya masih menyayangi H. Dan kami juga berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.
Dalam masa yang sama, saya mengisi borang untuk sambung belajar di IPTA yang lain. Sama juga dgn H, malah kami memohon IPTA yg sama, course yg sama. Memang kami tak mahu berpisah lagi. Tapi, bila kami sama2 mendapat offer ke IPTA tersebut, H tidak hadir mendaftarkan diri, kerana ibu bapanya tidak membenarkan bila mengetahui saya juga sambung belajar di situ. Sedih kerana hubungan masih lagi tak direstui, namun janji H pada saya untuk mempertahan hubungan kami tetap dia kotakan.
Sebulan kemudian, H melanjutkan pelajaran di KL, di salah satu institut mekanikal. Makin jauh jarak kami, namun ia bagaikan satu peluang keemasan untuk kami bertemu. Bila cuti weekend, saya menaiki bas ke KL untuk bertemu H. H membawa saya ke rumah ibu saudaranya. Ibu saudara dan sepupu2 H menerima saya dengan senang hati. Berbeza dengan penerimaan ibu bapa H. Malah H juga pernah membawa saya bertemu datuk dan neneknya di kampung. Juga saya diterima baik oleh mereka. Saya rasa gembira kerana at least saya ‘diterima’ juga oleh family H meskipun tidak dari ibu bapa H.
Satu ketika sewaktu cuti public holiday yang panjang, saya bagitahu ibu bapa saya yg saya tak balik ke rumah. Sedangkan saya sudah dalam perjalanan ke KL. Plan nya saya menumpang tidur di rumah ibu saudara H saja untuk beberapa hari tu. Ibu saudara H juga sudah maklum kedatangan saya dan amat mengalu2kan kehadiran saya di rumahnya. Setibanya di rumah ibu saudara H, rupanya ibu saudara H terpaksa pulang ke kampung untuk beberapa hari kerana ada emergency dan membawa sepupu H yang perempuan bersama2. Saya berasa serba salah dan ingin tumpang rumah kawan. Namun ibu saudara H menyuruh saya tidur saja dirumahnya kerana ada sepupu H yang lain di situ. Maka, sepanjang beberapa hari cuti tersebut, kami menghabiskan masa di rumah ibu saudara H. Dan ketahuilah, bila rindu dendam menguasai diri, dengan hanya saya, H dan sepupunya di rumah itu, saya dan H seolah2 sedang ‘berbulan madu’ sepuasnya. Sepupu H tak ambil kisah hal kami. Kadang2 dia keluar, tinggal saya dan H di rumah. Kami mengulangi semula dosa lampau, berzina sepuas hati. Tak kira waktu. Malam, siang, pagi, petang. Kesempatan itu kami gunakan sepuas2nya. Meskipun pada awalnya saya memberitahu H, kita jangan buat lagi macam ni. Tapi saya juga tak dapat menolak sentuhan2 indah H yang amat saya rindukan selama ini. Ternyata syaitan sekali lagi menang dalam menyesatkan anak Adam.
Hubungan kami terus erat seolah tak dapat dipisahkan. Dalam masa yang sama pelajaran saya juga cemerlang dan sikit sebanyak ibu dan bapa terutamanya sudah mula ‘ok’ dengan saya. Ibu tahu saya masih berhubungan dengan H tapi ibu tidak berkata apa2 sebab dia ingatkan kami hanyalah ‘long distance relationship’ sedangkan saya dan H sudah macam ‘suami isteri’ lagaknya. Kalaulah ibu dan bapa saya tahu yang saya dan H kembali melakukan dosa..pasti mati saya dikerjakan oleh mereka. Bak kata H, “pandai makan pandailah simpan”..memang kami lebih berhati2 kali ini.
Sewaktu cuti semester, saya mengambil keputusan bekerja part-time di KL, supaya lebih dekat dengan H. Bila off day, kami keluar dating macam biasa. Kadang2 dia datang ke tempat kerja saya. Cuma kami sudah tidak melakukan ‘itu’ kerana tiada masa dan tiada tempat yang sesuai. Habis cuti semester, sya kembali ke kampus dan H masih lagi di KL.
Sebulan, dua bulan, bila berjauhan dan ‘lama tak dapat’, bibit2 konflik mula mewarnai perhubungan kami. H semakin sukar dihubungi kerana dia takde handfon. Saya hanya dapat menghubungi H melalui handfon rakan sekelasnya sahaja. H memberitahu rakan2nya yang saya adalah tunangan dia. Tapi H juga jarang menghubungi saya, meskipun saya ada membeli handfon semata2 untuk memudahkan H contact saya. Satu hari, H call, dan mengatakan ibu H tahu kami masih berhubungan. Ibu H memohon kami ‘berpisah sementara’ kerana mahu saya dan H fokus pada pelajaran. Saya sudah mulai sangsi. Kenapa perlu ‘berpisah sementara’ sedangkan hubungan kami tak mengganggu study dan kami sudah mula menunjukkan kecemerlangan dalam study kami? Saya tanya H, kalaulah terjadi apa2 dalam hubungan kami sepanjang ‘berpisah sementara’ ini, apa yang perlu kami buat. H cakap, kita ikutlah keadaan. Kalau keadaan itu membenarkan kita bersama, kita bersama. Tapi kalau keadaan itu membuatkan kita terpisah, kita tengoklah apa yg akan terjadi. Kemudian H terus senyap. Tiada lagi panggilan telefon darinya. Tiada lagi email atau surat pengganti diri. Bila saya cuba hubunginya melalui kawan sekelasnya, pun susah dapat bercakap. Sebulan berlalu, H amat jarang menghubungi saya. Masuk bulan kedua, senyap sunyi. Cuma kebetulan H cuti semester, saya ingin berjumpa dengannya dan H datang menjenguk saya di kampus.
Sewaktu itu, kami dah macam orang asing. H tidak semesra dulu. Datang pun kerana terpaksa. Padahal bukannya jauh. Tak sampai 1 jam pun kampus saya dari rumahnya. Cuma saya masih ingat, H bertanyakan saya adakah saya kenal seorang senior di IPTA saya, tapi berlainan course dari saya. Saya tanya kenapa, dia cakap itu sepupunya. Hairan juga saya kerana selama ini H tak pernah bagitau saya sepupunya belajar satu IPTA dengan saya, sedangkan H jenis yang kalau boleh ingin saya kenal seluruh ahli keluarga dia.
Kembalinya H ke rumah, hubungan kami semakin sunyi. Saban hari saya menanti panggilan H. Bila H sudah pulang ke kampusnya di KL, semakin sukar saya menghubunginya. Bulan ke 3, yakni bulan kelahiran saya. Saya menanti2kan panggilan dari H pada hari lahir saya, dimana sebelum ini H tak pernah gagal utk mengucapkan selamat hari lahir pada saya sepanjang kami berkawan hinggalah kami berkasih. Dari jam 12tengah malam hari lahir saya bermula, hinggalah ke jam 11.59 malam hari lahir saya berakhir, tiada satu pun panggilan dari H. Hati saya sedih, remuk dengan sikapnya. Kalau ya pun ibu H suruh kami berpisah sementara, takkan hari lahir saya pun dia lupa? Lupa atau buat2 lupa? Hanya H ada jawapannya.
Dengan hati yang terkilan, esoknya saya menghubungi H di rumah, kerana kebetulan H bercuti. H seperti tiada rasa bersalah, bila saya tanya kenapa H tiada ucapan selamat darinya. H tak berapa nak bercakap dengan saya, dan cuba untuk menghentikan panggilan secepat mungkin. Saya tanya H, adakah hati awak dah tiada untuk saya? Dia diam, dan akhirnya dia cakap, “saya tak tahu..mungkin..” saat itulah airmata saya jatuh bercucuran, kerana saya tahu saya sudah tiada tempat di hati H. Sepanjang hari saya menangisi perpisahan saya dengan H, insan yang amat saya cintai. Insan yang telah saya berikan perawan saya ini. Insan yang satu2nya saya benarkan menyentuh saya zahir dan batin. Insan yang telah membuatkan saya mengkhianati kepercayaan ibu dan bapa saya. Insan yang membuatkan saya tega melakukan dosa besar. Mana mungkin saya kuat untuk hadapi semua ini.
Malam itu saya termenung, berfikir sedalam2nya. Dengan linangan airmata yang tak berhenti, saya membuat keputusan. Biarlah, biarlah saya mengundur diri. Walaupun H tidak mengatakan hendak putus dengan saya, tapi dari kata2nya saya tahu dia sudah tak menginginkan saya. Saya buka almari, keluarkan segala surat2 H, segala kad2 ucapan darinya. Segala hadiah yang dia berikan pada saya semasa kami berkasih. Semua gambar2 kami bersama. Saya gunting semua gambar H, letak dalam kotak bersama2 barangan yang lain. Kemudian saya minta tolong kawan saya, untuk menyewa kereta kerana saya ingin ke rumah H.
Keesokannya, saya dan 2 orang kawan ke rumah H. Dalam perjalanan, saya cuba untuk ceria, seolah tiada apa2 berlaku. Kawan saya bertanya, betul ke keputusan yang saya buat. Saya hanya diam dan tersenyum. Dalam hati saya menangis. Setibanya di rumah H, adik2 dan ibu H menyambut kedatangan saya. Ibu H kelihatan biasa2 saja, tiada pula riak dia membenci saya. Adik2nya macam biasa, excited bertemu ‘kakak’ mereka ini yg dah lama tak berjumpa. Namun, H tiada di rumah. Adiknya mengatakan H keluar jumpa kawan. Hati saya kuat merasakan H keluar dating dengan seseorang. Ibu H bertanyakan tujuan saya ke rumah. Saya cuma mengatakan saya nak berpisah dengan H. Ibunya memujuk supaya kami berbincang secara baik. Saya hanya diam. Saya berusaha untuk tidak menampakkan kesedihan saya di depan ibu H. Lebih kurang 15minit saya di rumah H, tiba2 dia pulang. H amat terkejut melihat saya. Ibunya memanggil H untuk bersemuka dan berbincang dengan saya, tapi H hanya diam dan pergi ke sudut rumahnya untuk membuat panggilan telefon pada seseorang. Saya lihat H berbisik2 di telefon. Sakitnya hati saya ketika itu, kerana dari body language H saya tahu dia sedang bercakap dengan seseorang yang ‘istimewa’. Itulah style dia bercakap dengan saya selama ini, takkanlah saya tak kenal bila dia didalam percintaan bila melihat dia dalam situasi tersebut.
Dengan pedih di hati, saya memohon untuk pulang. Ibu H memanggil H supaya memujuk saya, bila lihat saya sudah bangun dan ingin berlalu. H hanya kaku, memandang saya dari jauh. Saya bersalaman dengan ibu H, mencium tangannya, memohon maaf dan mohon dihalalkan makan minum saya selama ini. Saya dan kawan2 turun menuju ke kereta. Saya masih terdengar ibu H memanggil H supaya menghalang saya pergi. Agak dramatik ketika itu, kemuncak dramatiknya kisah percintaan kami, bila saya membuka pintu kereta dan mengeluarkan kotak yang terisi segala kenangan saya dan H. Saya letakkan kotak itu di atas tangga rumah H, dan terus masuk ke kereta. Ibu dan adik2 H kelam kabut memanggil H dan saya ketika itu. H hanya berdiri di muka pintu, memandang saya tanpa kata. Itulah kali terakhir saya melihat H yang amat saya cintai. Kali terakhir memandang wajah insan yang pernah berjanji mempertahankan saya dan memperisterikan saya…
Kemudian kami berlalu, saya tinggalkan rumah H dengan 1001 perasaan. Sedih, pedih, kebingungan, terasa kosong, tidak dihargai. Saya hanya mendiamkan diri di seat belakang. Kawan2 saya juga memahami dan cuba untuk tidak bertanyakan apa2. Saya tak menafikan, saya masih mengharapkan H memujuk saya pada waktu itu. Sekiranya dia berusaha untuk mempertahankan hubungan kami, mesti dia akan duduk berbincang dengan saya, memujuk saya, namun bukan itu yang dia inginkan. Saya tahan airmata saya, hingga saya sampai di hostel barulah saya menangis sepuasnya di katil saya.
Malam itu juga saya juga terus menukar nombor telefon, supaya H tak dapat lagi menghubungi saya. Sebelum itu, saya ada menelefon kawan sekelas H, dan mengatakan kami sudah putus. Masa itulah baru saya tahu, kawan H telah memecahkan rahsia bahawa H ada hubungan lain dengan ‘sepupu’ dia yang dia beria2 tanya pada saya sebelum ini. Kawan H hendak memberitahu saya kerana dia perasan bila saya menghubungi H, H menyuruh kawan dia mengatakan H tiada, tetapi bila ‘sepupu’ nya itu menelefon, H cepat2 menjawab panggilan gadis itu.
Pandai sungguh H berlakon, berpura2 dengan saya. Hilang sudah rasa cinta dan kasihnya pada saya. Janji hanya tinggal janji. Setelah semua saya berikan, inilah balasan dia pada saya. Setia yang saya beri, kecurangan yang dia balas. Tinggallah saya seorang diri, meratapi putusnya percintaan kami. Meskipun tatkala saya masih merindui dia, bila mengenangkan perbuatan dia pada saya, perlahan2 saya mula membenci H. Tiada apa yang dapat saya simpan, untuk insan bergelar suami, bila tiada lagi kehormatan diri yang telah saya serahkan pada H.
Sudah hampir 15tahun peristiwa itu berlalu. 2tahun lebih sahaja kami bercinta. Tapi sudah cukup untuk meranapkan harga diri saya.. Saya menyesal, menginsafi diri. Terbukanya segala rahsia ini, melalui confession ini, bukan bermakna saya suka2 membuka aib diri saya dan H, tapi sebagai satu pengajaran buat semua.
Adik2..letakkanlah cintamu pada Allah melebihi cintamu pada manusia. Jangan mudah biarkan dirimu tergoda dgn janji2 manis seorang lelaki, meskipun dia pernah mengatakan kau adalah segalanya. Biarpun dia pernah berjanji setia. Jangan jadi seperti saya. Bila nafsu melebihi cinta, akal dan maruah sudah tak berguna lagi…
Kisah saya dan H tidak terhenti di sini. Saya sangka saat perpisahan itulah kali terakhir saya bertemu H. Tapi perancangan Allah itu melebihi perancangan manusia. Namun saat itu hanya perasaan benci dan dendam terhadap H yang saya rasai. Sekian, Wassalam.
– Ex. Mr. H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit