antara cita dan cinta

"Eh kenapa tukar kos? tak sayang ke? tak penat ke nak mula balik? "
Lontaran pertanyaan yang tak pernah ketinggalan. Aku jemu, bosan dan lelah untuk menjawab keseribu kali. Jawapan klise, "dah takdir macam ni, redha je la" diiringi senyuman yang aku pasti tidak menggambarkan kebenarannya.
Lantas fikiranku melayang kembali ke satu negara yang pernah dijejaki.Mengambil jurusan perubatan di sana,lebih mudah berbanding dalam negara,kata orang sekeliling.anda pasti? cubalah dulu ke sana. :) sangat tidak gemar bila orang membanding2kan antara kos, negara dan sebagainya."You 'll never understand someone's pain until you go through the same thing".
Semua ada pros and cons masing-masing.
Dua tahun belajar di sana, alhamdulillah keputusan exam sedang2 elok.pulang ke malaysia untuk cuti musim panas,tapi siapa sangka aku pulang untuk selama-lamanya.Perang yang meletus menggusarkan ibu bapaku untuk melepaskan aku kembali ke sana.Gembira kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di tanah air, tapi kegembiraan itu juga ada pengakhirannya.Tanpa biasiswa, mana mungkin aku mampu meneruskan pembelajaran dalam bidang perubatan yang kosnya beratus ribu.Setahun menahan perit turun naik pejabat yang menguruskan pinjaman pendidikan, aku GIVE UP!2Minggu lagi kena bayar yuran, baru boleh masuk exam.Buntu, gusar, kelu, keliru, saban hari menangis.Aku ceritakan pada seorang rakan, aku belum mampu bercerita kepada ibuku tentang ini.
Pulang Ke rumah, aku hanya berlagak seperti biasa.Ya Allah, betapa sukarnya ujianMu kali ini..aku mengeluh entah keberapa kalinya.Rakanku itu menghantar mesej kepada ibu ku menyatakan ada sesuatu yang dia perlu tahu.
"Apa yang ibu kena tahu? ceritalah. "
Sungguh, aku hanya mampu menangis tanpa henti, aku xsanggup membebankan ibuku dengan masalah ini. Apatah lagi waktu itu ayahku diuji dengan sakit yang memerlukan bayaran yang agak banyakDalam esakan,aku memberitahu ibu, "minggu depan exam kena bayar yuran". "Tapi takpe,rasanya nak quit medic". "InsyaAllah ini yang terbaik" :)

– zahra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *