Salam. Aku nak cerita sikit. Tapi cerita ni pasal mak sedara aku. Aku dengan dia beza dua tahun je. Aku muda dua tahun drpd dia. Dia selalu share pasal dia dekat aku. (Aku yang nak sgt tahu psl dia sebenarnya, hehe)
Ceritanya macam ni. Mak sedara aku ni dah 19 tahun. Waktu dia 17 tahun (spm) , sekolah dia ada program dgn sekolah lain. Nak dijadikan cerita, masa dia pergi kat sekolah lain tu, dia jumpa dengan sorang laki ni. Laki ni asalnya suka mengusik dan agak peramah.
Nak dijadikan cerita lagi, diorang jadi friend dlm fb. Chat punya chat, akhirnya nombor telefon pun bertukar. Laki ni baik la… dia suka mak sedara aku. Mak sedara aku pun suka dia, sebab dia baik.
Pernah sekali tu masa diorang tengah berbalas mesej, si laki ni usik mak sedara aku. "Eh, saya tkleh lebih2 ni, nanti awak cair." Memang mak sedara aku mengaku dekat aku yg dia mudah cair. Laki ni mcm tahu2 je…
Setiap kali ada program gabungan sekolah2, laki ni mesti tegur mak sedara aku kalau jumpa. Memang peramah la.
Beberapa bulan lepas tu, diorang spm. Lepas spm, si laki ni ada join kem. Kem islamik la jgk…
Lepas balik drpd kem tu, dia mesej mak sedara aku. Dia cakap, "apa yg kita buat ni salah. Blablabla…." mak sedara aku pun macam 'ohh ok..'
Tapi dia still mesej. Si laki ni suka membaca. Dia selalu baca buku synergi. Setiap kali dia baca apa2, mesti dia akn share dgn mak sedara aku. Dia ada ckp dekat mak sedara aku yg dia nak bgtahu sesuatu, tp dia nk bgtahu benda tu dekat org yang dah sah jadi isteri dia. Mak sedara aku cakap dekat aku yg dia nak sgt tahu apa yg laki tu nk bagitahu dekat isteri dia.
Beberapa hari lepas tu, si laki ni ckp dia nak jarakkan hubungan dgn mak sedara aku. Dia nak jaga batas la maksudnya. Memang dia ni baik laa. Lepas pada tu diorang memang dah jarang contact.
Mak sedara aku isi upu. Dia dpt buat asasi sains hayat kt salah sbuah ipta di KL. Masa dlm minggu orientasi, mak sedara aku cerita, dia ternampak laki ni kt cafe. Dia mcm terkejut jugak la. Tak sangka akn jumpa balik. Laki tu pun terkejut jgk tapi dua2 buat biasa. Kalau berselisih pun tak tegur. Diorang mcm stranger. Mak sedara aku ckp mmg laki ni tak rapat pun dgn perempuan. Asyik dgn kawan2 lelaki je.
—–
Dipendekkan cerita, kat kolej mak sedara aku ada groups. Dalam group mak sedara aku ni ada la sorang laki yg minat kt mak sedara aku. Dia pernah ckp dekat mak sedara aku, yg dia suka mak sedara aku tp dia x kisah kalau mak sedara aku x suka dia. Lebih kurang camtu la.
Laki ni agak baik jgk. Dia pernah belanja mk sedara aku. Msa birthday mak sedara aku, dia bagi bunga n teddy bear. Mak sedara aku ni plk jenis yg mudah cair.
Tapi dia still menaruh hati kt laki yg dia jumpa masa sekolah dlu. Kalau bg aku pun, laki yg dia jumpa masa kt sekolah tu lg ok kot. Tapi biasalah, pandangan kita dgn perasaan org yg rasa semua tu sgt berbeza kan?
Skrg diabdh habis asasi. Aku pesan siap2 dekat mak sedara aku. Jgn bgtahu kat dua2 laki tu kat mana dia akn smbung degree. Sbb aku nk tgk sape yg dpt universiti skali dgn mak sedara aku. Aku ckp dekat mak sedara aku, "sape yg dpt universiti skali dgn esu, dia la jodoh esu." Hehe, kelakar kan aku. Biasalaaa, budak bawah umur berfikir, hehehe..
Apapun, aku doa biarlaa mak sedara aku bagi aku paksu yang awesome dan baik. Ngehngehngeh….
-capella
– capella
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Never put your trust in men until they are done with akad nikah.
Sngt penting confession ni…harap2 dpt mansuhkan gst…dan rakyat hidup gembira….dan tiada lagi andartu terlajak laris dkt luar sana
Haha
sy x suka cerita yg xderk ending…
hahaha muda sgt lagi haaa
X sgka aku bc smpai abis.
Nasib baik terskip
what is this
Kenapa cerita ni boleh lepas admin.. Merepek
Laaa itu ja ka.. hikhik…
Alahai..korang bace pastu dhla..kesian adik ni..ni kn group confession.. :-D :-D :-D
ending nya manaaa
Boleh tahanlah cerita budak ni
Mak sedaraku yang terlajak laris atau suami mak sedaraku yang mana satu? Mohon buat drama.
Lek la kaunselor skalian…adik tu nk share apa dia rsa ja kot…
Habis pulak aku baca. Lol.
tu je ? haha tp best la . nice . cuma pnt siket nk bca mak sedara mak sedara . pnjg sgt. hehe
nanti. klu ada smbngan, citer lagi..
Hmm mak sedara aku ABC dah cairr
Best la mak usu dia..
Bole bt novel arrr.. ggih aq baca smpai abes igtkan apa adoiii
Krik…krik…krik…
Haha.. relax la korang ni.. adk ni nk share je.. nnt cte smbungan dia lg ye dik.. siapakah “paksu” mu? Haha