Assalammualaikum dan hai semua,
Aku Gee (bukan nama sebenar). Berumur 20an dan stay di Johor. Belum berkahwin. Artikel yang aku tulis ni lebih kepada luahan hati sendiri. Dan pastinya aku tahu mesti korang pernah alaminya juga.
So jom mulakann..
Well dalam keluarga mestilah ada parents, adik-beradik, saudara mara, sepupu sepapat and so on. Family aku sederhana dan aku anak sulung. Bawah aku ada lagi 2 orang adik-beradik. Background family aku taklah segah mana. Ayah aku dah lama meninggal almost 5 years. Dalam family aku, aku seorang je diploma holder. Yang lain-lain masih tingkatan lagi
Tapi tu lah, aku cukup tak berkenan dengan pe’el (perangai) makcik saudara aku. Oklah, kita panggil makcik saudara ni sebagai MD (stand for makcik diva). MD ni memang stay Johor jugak. Fyi, MD ni selalu bandingkan-bandingkan anak dia dengan adik beradik aku. Dan paling tak boleh tahan, MD ni siap bagi pujian melambung dekat anak-anak dan cucu-cucunya. Guys, boleh imagine tak perasaan aku, ibu and adik-adik aku? Hubungan kitaorg tak adalah serapat mana pun. Just biasa-biasa je.
MD ni ada 3 orang anak. Cucu ada 5 orang. Hanya seorang je anak (Angah) yang stay 1 rumah dengan MD. Yang lain berhijrah negeri orang. Angah ni ada seorang anak. MD ni jaga cucu which mean anak Angah sebab diaorg husband and wife bekerjaya. So bila free time je MD ni rajin bawa suami dia, cucu dia ke rumah family aku. Suami MD ni jenis ikut je cakap MD. Oh yeah, dua-dua pesara gomen. So that time bila diaorg datang, mesti ibu aku tak selesa. Selalu diaorg dok menempel dekat rumah aku time tengahari. Waktu budak-budak nak balik dari sekolah.
Kebiasaanya, nenek-nenek ni dah ada cucu mestilah dia angkat bakul / lebihkan pasal cucu dia, ye dak? Contoh lah ayat MD yang selalu aku dengar “Que (nama cucu, bukan nama sebenar) ni good boy lah”. “Hensem macam daddy” “Smart like mummy” etc..Ayat tu lah dok ulang-ulang bila mana MD ada dekat rumah family aku. Family MD educated punya bacground dan bila cakap memey nak speaking je.
Oh tolonglahh..
Bila dok berbual dengan aku, selalu juga MD berkias dan bercerita sendiri pasal anak-anak dia.
Contoh : “kenapa Gee ambil course tu? Nanti keluar susah nak dapat kerja. Tengok anak MD, semua dah berjaya. Seorang kerja dekat UKM, Angah kerja dekat Perodua, tu Usu kamu kerja dekat Sime Darby. MD bangga dengan diaorang. Bila Along and Usu kamu balik, MD dapat juga merasa naik kereta besar diaorg. Hopefully cucu-cucu MD berjaya macam mummy daddy diaorg. Ni nanti Syamira(cucu, bukan nama sebenar) tu masuk SBP. Keputusan ujian straight A. Selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Aktif bersukan pula tu.
Kadang-kadang ada juga MD tanya pasal adik aku. Contoh “Adik Gee yang Ainur (bukan nama sebenar) tu dapat selalu dapat nombor berapa? Ibu aku cakaplah Ainur result dia biasa-biasa je MD. Tak pandai macam cucu-cucu MD. Time tu aku tengok reaksi MD, tersenyum sinis,hati aku bagai disiat-siat. Hina sangat ke kalau tak dapat nombor 1, result biasa-biasa? Ohh dunia..
Bila time raya, jangan cakaplah. Family aku time beraya dekat rumah MD dan duduk dalam kelompok kaum-kerabat mereka macam krik krik je. Terpinggir sangat-sangat. Diaorg kan speaking. Fikir aku ni kolot sangat tak faham. So diaorg akan berbual tentang topik yang remeh temeh je dekat ibu aku. Sedih siot.
Tapiiiii bila bab pinjam duit ni, MD memang galak. Dia selalu pinjam dekat ibu aku. Waima rm50 pun nak pinjam dekat ibu aku. Alasan dia, segan nak minta pinjam dengan anak-anak. Tak nak susahkan diaorg. Alah nanti dah dapat pencen MD gantilah ye. Ibu aku pulak jenis yang lembut hati. Haihh..Kadang-kadang menyirap juga aku. Nak lawan balik, orang tua.
So aku awal-awal dah warning adik-adik aku. “Korang kena belajar sungguh-sungguh buktikan dekat MD tu, korang pon boleh berjaya. Tak apa biar MD cakap kita macam-macam. Suatu hari nanti biar dia tengok kita pun boleh berjaya macam anak-anak MD.”
Guys, kadang-kadang kita selalu berfikir kenapa wujud orang-orang macam ni di sekeliling kita. Tapi kita jarang berfikir bahawa kita mungkin akan jadi macam orang-orang sebegini dimasa hadapan. Kita tak tahu percaturan hidup di masa akan datang. Mungkin kita berfikir kita selamanya baik-baik sahaja tanpa melukakan hati orang lain, atau kita pernah buat silap dan pernah berbuat jahat, tapi kesilapan itu telah mengajar kita untuk jadi yang lebih baik. So dimanakah kita?
Cukupkah dengan gelaran, pangkat, kekayaan, mampu tolong kita dikala kesusahan?
Aku belum sampai tahap membenci MD, cuma kadang kala sifatnya terlalu mendabik dada membuat aku kurang senang. Sejauh mana pun aku tak suka, mungkin MD akan tolong family aku suatu hari nanti. Moga Allah sentiasa melindungi family aku, family MD, dan juga kamu yang sedang membaca artikel ini.
Terima kasih
-Gee
– Gee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit