Antara engineer dan driver lori

Sebenarnya aku tulis ni bila tahap pendam perasaan aku tu dah hilang..dari tajuk tu mcm dh taw kan mcm dua darjat..
Dulu..
aku xpernah sangka plak yg aku akan merasa dilema cinta antara 2 darjat and sampai sekarang kadang2 aku rasa macam mimpi…
Ceritanya begini….aku berkenalan dengan tunang aku dekat 1 kelab kereta ni..masa tu kami ni memang best buddy..dipendekkan cerita aku dengan dia dh selamat pun bertunang..aku orang kedah,dia orang johor.antara aku dengan dia kami memang ok.xde masalah bab curang ke apa.tapi masalah besar adalah FAMILY aku..bukan aku nak burukkan..apa lagi nak malukan family aku..cuma aku terkilan dengan sikap mak dan ayah aku.aku bekerja sebagai engineer dekat salah satu syarikat oil n gas kat malaysia dan tunang aku driver lori.mak ayah aku macam sengaja tangguhkan perkahwinan kitaorang.sampaila dh hampir 2 tahun bertunang,aku rasa dh cukup lama..so aku pon dh start planning itu ini.aku call parents aku nak tnya macam mana nak buat sebab aku mintak nak nikah dan buat kenduri kesyukuran je sebab pada aku duit tu boleh simpan nanti kalau nak pindah rumah.and mak ayah aku x setuju.ayah aku nak juga buat knduri nak jemput 1 kampung katanya..aku pun setuju je sbb malas nak gado.tapi bila aku dh start nak cari wedding planner,aku dh start amek mood nak buat majlis yg meriah,tiba2 ayah aku cakap x payah la nak buat majlis besar,along bukan kawin dengan orang yg baik baik,bukan kawin dengan orang sama taraf,abah pun malu nak jawab kalau orang tanya menantu kerja apa..langsung x setaraf..ya Allah..masa tu aku jatuh air mata aku.kenapa ayah yang besarkan aku yg aku kenal selama 26 tahun ni boleh cakap macam tu..hina sangat ke kerja driver lori..x halal ke rezeki dia..sungguh aku sedih..mak aku,ayah aku diaorg dh x kerja..masa aku kecik,masa ayah aku muflis hidup aku x mewah..biasa2 je..aku paham ayah aku susah..tapi bila part aku nak kawen,kenapa ayah aku perlu macam nak cari orang yg setaraf dengan aku..padahal hidup aku dgn tunang dh ok..sama2 kumpul duit nak kawen..alhamdulillah..hasil combine gaji kami,aku dengan tunang boleh simpan sebulan 4000..masih boleh bayar kereta,rumah,loan,kredit kad..kat mana yg kurangnya tunang aku..kami sama2 saling tolong menolong..aku susah dia tolong..dia susah aku tolong..aku sedih..sedih sampai tahap aku menulis sambil menangis..kenapa perlu hina tunang aku..ayah aku cakap lagi..abah sengaja tangguhkan kahwin along,sebab abah harap dalam masa sama along jumpa orang yg setaraf..aku dah bertunang dan dia masih berharap aku mencari yg lain..pada aku cukupla tunang aku..hanya dia yg paham aku..kenal aku..aku x malu..sumpah x malu bila orang tanya tunang aku kerja apa..ya..tunang aku driver lori..kenapa parent aku malu dengan pekerjaan driver lori tu..aku sndiri masih x paham..aku x nampak..dari sudut mana diaorg perlu malu..kepala aku serabut,hati aku terluka dgn sikap parent aku..
..ingin aku pesan untuk dri sendiri dan kepada yg bakal jadi mak dan ayah..kalau 1 hari nanti anak korg berjaya,bergaji besar,berpangkat..jgnla lupa..kejayaan itu bukan sebagai platform untuk kita berbangga diri..untuk kita merasa darjat kita tinggi..cukupla..biarla aku insan yang terakhir yg merasakan masih wujud cinta antara 2 darjat..

– Aku juga manusia biasa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *