Antara Garisan

Assalamualaikum semua.

Andai kata penulisan saya ini di-approve oleh admin. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada admin dan para pembaca kerana berikan saya satu platform untuk saya mencurahkan semua isi hati saya.

Di usia 28 tahun baru saya tersedar yang saya kini sedang berdiri di atas garisan halus, di mana satu keputusan boleh membawa saya kancah kegelapan atau ke manisnya kehidupan.

Jujur saya katakan di sini, saya perempuan yang bernafsu songsang. Saya sukakan lelaki dan perempuan tapi tidaklah saya bermain kayu tiga dibelakang teman lelaki saya..

Cuma apa yang berlaku sekarang ini.. Cinta saya terhadap teman lelaki saya mula terhakis sedikit demi sedikit sejak saya bertemu semula dengan bekas teman wanita saya.

Kami bertemu secara kebetulan di gym, dimana dia bekerja di situ sebagai PT. Sejak dari haritu kami mula rancak berbual, mesej dan makan bersama. Boleh dikatakan agak kerap kami berjumpa.

Tapi saya tak sorokkon apa-apa dari teman lelaki saya.. Semua aktiviti saya bersama Lily (bekas teman wanita, bukan nama sebenar).. Saya bagitahu pada Danieal (teman lelaki).

Takda satu pun yang saya sembunyikan dan Danieal pun tak menghalang saya berkawan dengan Lily.

Sikap Lily yang romantic, caring dan attentive sedikit sebanyak membuat hati saya mula tergugat dan goyah.

Danieal juga pernah suarakan isi hati dia yang mengatakan sikap saya banyak berubah. Saya lambat balas mesej dan layanan saya terhadap dia pun dah mula dingin.

Saya yang mula dihurung dengan rasa bersalah terus ambil keputusan untuk berbincang dengan Danieal tentang soal hati saya.

Saya ceritakan sejarah saya bersama Lily pada Danieal. Saya sangkakan Danieal boleh terima tapi ianya meleset sama sekali.

Danieal menangis dan marah. Dia kata kalau dia tahu yang saya pernah ada hubungan dengan Lily memang dia takkan bagi saya jumpa dengan Lily.

Dia lagi sanggup bayarkan penalti fees dekat gym dari biarkan saya berjumpa dengan Lily.

Saya diam. Saya biarkan Danieal hamburkan segala isi hati dia.

Pada saya biar dia sakit sekarang dari sakit kemudian hari. Lagipun memang salah saya sebab boleh tergugat hanya kerana seorang perempuan.

Seusai Danieal habis meluahkan segalanya dia suruh saya buat keputusan untuk memilih dia atau Lily.

Sekali lagi saya diam, tiada jawapan yang saya berikan kepada Danieal sehingga ke hari ini.

Saya di antara garisan…

– Roselyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *