Antara Kasih Seorang Ayah Kepada Anak & Mentalku

Assalamualaikum rakan² IIUM Confession. Sebelum saya mulakan, saya perkenalkan diri nama saya Sarah (bukan nama sebenar) berumur 32 tahun, seorang ibu kepada 2 cahaya mata.

Sebelum saya meneruskan luahan disini saya minta maaf sebab ayat berterabur. Saya sudah lama ingin meluahkan masalah yang saya hadapi tapi saya tidak ada kekuatan untuk meluahkan. 

Saya menamatkan zaman solo pada tahun 2017, saya seolah tidak sempat merasakan kebahagiaan dengan perkahwinan ini.

2 minggu selepas kahwin, saya dapat hidu ada sesuatu yang suami rahsiakan dan ya, apa yang naluri saya katakan, itulah jawapan yang saya jumpa.

Saya kecewa, sakit hati, stress terhadap perbuatan suami sehinggakan anak yang saya kandung masa tu tidak membesar dengan okay dalam rahim, bila anak lahir ia sangatlah kecil.

Tapi Alhamdulillah anak membesar dengan sihat..

Suami cakap dia akan berubah, tapi saya tidak pernah nampak dia berusaha untuk kearah itu.

6 tahun berlalu, saya tahan hati sendiri, pendam, kawal mental sendiri. Saya rahsiakan pada ibu mertua mahupun keluarga kandung saya sendiri tentang aib suami.

Suami seorang yang culas dari tanggungjawab memberikan nafkah. (Syukur saya mempunyai pendapatan sendiri walau tidak seberapa.)

Suami seorang kakitangan penjawat awam yang berjawatan rendah tapi mencukupi sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mengambil barang terlarang. 

Kini, suami semakin lalai. Semakin merosot pola hidup. Walau dah bertahun suami lock handphone untuk saya tidak dapat mencari maklumat tapi akan ada je bukti yang saye jumpa tanpa sengaja.

Dalam tahun ni dah beberapa botol kaca dan hablur jernih yang saya jumpa dan tanpa sengaja.

Baru²ni di waktu malam saya turun keluar rumah nak ambil sesuatu, 2 mata saya memandang suami sedang melakukan kegiatan. Saya jadi jijikkk, sangat jijik dengan suami. 

Saya dah berkali² suarakan nak menamatkan hubungan ini, saya dah tak sanggup untuk terus hidup dengan seorang yang tiada hala tuju hidupnya tapi bila memikirkan anak², saya tak dapat melakukan apa² tindakan.

Doakan saya agar saya kuat untuk meneruskan kehidupan ini. 

Pesan terakhir saya pada anak² muda yang belum berkahwin, jikalau tahu bakal suami tu seorang penagih, tinggalkanlah.

Kerana selalunya anjing yang dah makan tahi, susah dah nak tinggalkan benda tu.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kalau puan betul2 mahu keluar dari kemelut ini puan buat perjanjian dgn suami akan berpisah jika dia tidak berhenti ambil benda terlarang. Jika dia gagal puan boleh buat laporan pd addk. Jika dia ditahan puan boleh minta perpisahan sbb penyalahgunaan dadah dan gagal dlm bab nafkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *