Saya dan suami baru berkahwin dalam 10 bulan. Alhamdulillah, kami okay je.
Suami sangat membantu dalam kerja rumah, tolong saya ketika saya sakit2, sebab mengandung ni. Belikan dan carikan apa yang saya nak.
Walaupun gaji basic suami lebih rendah dari saya. Tapi suami tak pernah culas bayar sewa rumah, bil2, makan minum. Pendek kata, yang wajib memang suami penuhi.
Mak saya, seorang yang baik jugak. Sentiasa membantu kalau nampak anak susah terutama bab duit. Tak pernah ungkit dan berkira walaupun saya sekarang dah kahwin.
Cumanya, kitonyo manjo. Mak saya perli saya sebab suami menghisap vape sebab haram dan sekarang badan suami dah buncit (selera makan bertambah selepas kahwin).
Betul, vape itu haram, tapi setahu saya ini satu perkara yang slow2 saya nasihatkan suami jugak memandangkan kami jugak akan menimang cahaya mata tak lama lagi.
Mak saya pulak walaupun baik dengan anak2, tapi saya perasan je kalau orang lain, cepat je dia macam tak suka dan kutuk.
Hurm, saya tak tau nak tegur macam mana. Mak saya ni seolah-olah hidup mak je terpaling betul.
Bukan apa, benda ni buat hati sendiri yang sakit, lepastu berdosa kan sebab seperti memakan daging saudara sendiri.
Saya sayang mak saya, saya sayang suami saya.
Takde tempat boleh saya luah untuk jaga aib kedua-dua belah pihak melainkan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati dan untuk korang lontarkan idea.
Mana tahu korang boleh suggest cara berdoa kepada saya. Harap boleh kuatkan semangat saya.
Terima kasih,
– Ikan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bab vape tu sy sokong mak awk… Lelaki ni, awk nasihat la mcm ne pom selagi dia x nazak nak mati mmg susah nak brenti… Klu betul dia nak stop dri sblm kawen dia dah stop, mmg ptt pom dia kene perli…