Assalamualaikum semua, terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya ini.
Saya ini berasal dari kelantan dan kini menetap di selangor. Apa yang saya confess ini berdasarkan perjalanan hidup saya sebagai suami kepada seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Isteri saya ini bertugas di sebuah hospital pakar dekat selangor. Sebelum ini saya bekerja sebagai Mechanical Engineer dan kini hanya bekerja sebagai hydroponic dan aquaponic farmer.
Bangkitnya saya di awal pagi kerana bangkitnya isteri saya untuk ke hospital. Disebabkan keadaan isteri saya yang sentiasa penat jadi saya telah ringankan tulang untuk menjadi pemandunya ketika pergi kerja, balik kerja dan samada oncall ataupun tidak. Saya jarang tidur antara jam 12 malam – 7 pagi. Kerana kehidupan saya ini mengikut persekitaran isteri saya yang bekerja secara on duty.
Saya juga jadikan waktu siang saya adalah waktu tidur. Waktu tidur itu juga tidak melebihi 3 jam kerana saya ini sebagai seorang ketua keluarga perlulah mencari rezeki untuk menyara keluarga. Malah sayalah yang menguruskan rumah samada indoor mahupun outdoor kerana isteri saya bekerja tanpa sistem masa. Sebagaimana sibuknya isteri saya di hospital begitulah juga sibuknya saya untuk recovery hidup isteri saya supaya jadi normal.
Kehidupan isteri saya ini sentiasa sibuk. Anggaran masa dia bekerja dekat hospital dalam 28 – 36 jam sehari. Anggaran kes yang dia dapat dalam 30 kes. Setiap kes melibatkan 2 nyawa. Jadi tak mudah hidup isteri saya ini kerana perlu bertanggungjawab dengan 60 nyawa. Apatah lagi terdedah dengan kes saman yang tinggi. Mujurlah saya ini dikurniakan abang dan kakak yang begitu garang dengan adik lelakinya.
Saya ini bukan dilahirkan terus jadi individu yang supportive. Tapi ia bermula selepas kematian kedua – dua orang tua saya ketika usia 15 tahun. Hidup saya ketika itu juga sentiasa dimarahi oleh mereka kerana suka tak basuh pinggan setelah selesai makan. Mula – mula dalam satu ke dua tahun saya dipaksa oleh mereka supaya melakukan kerja – kerja rumah. Tapi selepas masuk tahun – tahun seterusnya sehingga kini akibat keterpaksaan itu telah menjadi habit dalam hidup saya.
Kehidupan saya ini juga bukan tidak pernah letih apatah lagi tidak pernah stress. 2 perkara ini sentiasa muncul dalam hidup saya. Tapi setiap kesulitan itu pasti ada jalan. Semuanya berkait dengan bagaimana saya menguruskan tekanan dalam hidup. Walaupun diri rasa letih tapi disebabkan saya anggap letih itu adalah ladang pahala. Ia telah menjadi suatu kemanisan dalam hidup saya dimana apa sahaja yang saya lakukan untuk diri , anak dan isteri bertukar jadi gembira.
Juga untuk membebaskan diri saya dari dibelenggu tekanan hidup, kemurungan dan sebagainya. Saya telah menguruskan emosi seperti berikut.
1. Saya anggap pekerjaan isteri saya ini sebagai satu keperluan dalam negara untuk menjaga martabat kaum wanita ( maruah ).
2. Saya anggap tugas saya sebagai surirumah ini tidaklah getir sangat. Kerana jika nak dibandingkan dengan pengorbanan isteri saya ketika nak melahirkan anak. Ketika itu dia mempertaruhkan nyawanya.
3. Saya anggap apa yang berlaku dalam hidup saya ini sebagai ujian dari Allah. Ujian ini juga saya anggap sebagai jalan mencari Syurga.
4. Saya juga anggap apa yang berlaku dalam hidup saya. Tidaklah segetir saudara – saudara saya di palestin dan syria. Kerana kehidupan mereka sentiasa ditindas, penentu antara hidup dan mati kerana sentiasa terancam dengan dihujani bomb dan missile.
5. Saya juga suka kerjakan aktiviti pertanian. Kerana apabila saya melihat kehijauan tumbuhan. Jiwa saya ini akan mula rasa damai.
6. Saya juga suka menulis. Kerana dengan menulis bebanan yang ada dalam hidup saya ini mula jadi kurang.
7. Kesan dari psikologi saya yang terbina dengan sudut positif. Setiap kali diri saya ini mula tersungkur dalam usaha. Naluri saya akan muncul dan berkata – kata hafiz ingatlah kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok. Saat badai datang tanpa diundang. Hadapilah ia dengan tenang. Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan.
8. Pokok pangkalnya REDHA.
Tapi saya juga tidak nafikan yang isteri saya ini sentiasa berfungsi sebagai seorang surihati. Walaupun saya sudah redha dengan kehidupan dia. Tetap dia minta maaf atas kekurangan dia itu. Contoh kalau dia oncall awal – awal pagi. Kalau saya tak sihat @ saya terlampau penat. Dia akan drive sendiri ke hospital. Tapi yang pastinya dia akan lekatkan sehelai kertas pada dinding dan ditulis ” Maaf Abang, Sayang Oncall “. Tahukah anda sehelai kertas yang tertulisnya ” MAAF ” mampu menjadikan diri saya ini untuk terus kuat.
Saya juga haramkan isteri saya dalam melakukan sebarang kerja – kerja rumah sekalipun waktu itu adalah waktu dia cuti. Kerana cuti itu lebih baik dimanfaatkan untuk dia rehatkan mental dan fizikal( tidur secukup – cukupnya ).
Kehidupannya juga diancam dengan microsleep. Kerana sebelum ini sudah 2, 3 kali dia balik dari oncall keadaan kereta yang dipandunya tidak selamat. Keadaan itu mampu mengancam dirinya dan pengguna jalan raya yang lain. Hal ini kawan – kawan isteri saya yang beritahu. Sebab itu kini saya ambil pendekatan untuk menghantar dan mengambil dia untuk pergi kerja, balik kerja samada oncall ataupun tidak.
Kesan dari kesibukkan isteri saya itu anak sendiri pun kadang – kadang tidak kenal siapa ibunya. Keadaan ini bukan sahaja akan memberi kesan buruk pada isteri saya seorang tapi turut melibatkan kami sekeluarga .
Setiap kali dia balik dari hospital saya akan peluk dia dan ucapkan ” TERIMA KASIH “. Ucapan terima kasih itu adalah untuk menghargai penat lelahnya di hospital. Kesan dari penghargaan saya itu akan mengembalikan senyuman dibibirnya. Tapi keadaan diri dia bukan sentiasa balik dengan senyuman kerana kadang – kadang dia balik dalam keadaan ketirisan airmata. Ketirisan airmata itu tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana dirinya terbeban dengan tanggungjawab yang begitu besar. Keadaan begini juga amat bahaya untuk kesihatan mentalnya.
Isteri saya ini sudah 2 kali dirujuk dekat pakar PSY. Kali pertama dia dirujuk ke pakar psy ketika dia menjadi HO dulu. Kali kedua dia dirujuk dekat pakar PSY ketika dia jadi specialist. Tapi mujurlah dia hanya hidapi major depression ( MDD ). Kini keadaan isteri saya makin pulih. Tapi kalau dirinya kembali dengan respon yang negatif saya akan suruh dia tukar jabatan. Kalau tak mampu juga saya akan suruh dia berhenti kerja dan hanya duduk rumah.
Sebelum saya akhiri confession ini. Saya ada nasihat untuk kaum lelaki yang bernama Suami.
Mohon diri kita ini sentiasa berusaha untuk menjadi SUAMI YANG BAIK.
1. Menerapkan akhlak yang terpuji mengikut ajaran islam.
2. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
3. Isteri adalah dianggap sebagai jiwa kita dalam menempuh kehidupan.
4. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
5. Cinta dan kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh sikap kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan di dalam sikap dan perbuatan kita.
6. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal – soal urusan rumahtangga.
7. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk dirinya ( isteri ) memperbaiki kesilapan.
8. Sentiasalah membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung.
9. Hindarilah diri dari hanya pandai dalam berkata – kata untuk dapatkan sesuatu tapi hidup lebih kepada seekor biawak hidup.
10. Berlakulah jujur dan ingatlah bahawa Allah Itu Maha Mengetahui.
11. Memahami kedudukan dan martabat seorang isteri.
12. Selesaikan segala sengketa dengan bijaksana dan bebaskan diri dari nafsu amarah.
13. Tidak takut menyatakan kesalahan dan segera memaafkan jika terhadap kesilapan.
14. Ingatlah yang perkahwinan itu bukan medan berjimak semata – mata. Tapi ia lebih kepada medan amanah dan tanggungjawab.
15. Ingatlah juga bahawa isteri dan anak itu adalah amanah dari Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita kelak ( akhirat ).
Dalam hidup ini semua kena ada.
Kesabaran, toleransi dan pergorbanan.
Barulah mampu melihat sinaran kebahagiaan .
Itulah yang dinamakan bahtera perkahwinan.
Qowiy Lillahi Ta’ala.
– AIMAN BUKHARI
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit