Anti Commitment (reply kepada “insyaAllah tak mati kalau tak kahwin”)

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana post.

Saya anak sulung perempuan berusia 28 tahun.Saya malas nak commit dalam bab relationship. Kahwin? Lagi lah. Sometimes saya argue dengan parents sebab dorang asyik tanya kenapa saya single. Entah lah mungkin saya tak ready. Saya rasa rimas kalau ada pasangan. Saya ni perempuan jenis lasak dan free spirit. Pandai masak tapi at the same time saya suka travel dan saya mahir dalam kickboxing. Sama macam tukang confess tersebut, my definition of happiness is live your own life without restrictions. I hate being control. Susah lah kalau asyik nak dengar cakap orang je. Cara pemakaian saya agak simple dan saya tak suka makeup. Saya lagi suka buat kerja sorang sorang. Nak bergayut atau whatsapp dengan orang sepanjang masa pun bukannya rajin sangat.

Hidup berpasangan ni macam beban (bagi saya lah). Terutamanya dalam hal menjaga hati dan perasaan. Lepas kahwin perempuan kena dengar cakap suami. Hak bersuara rasanya tak ada. Mana boleh enjoy dah macam life sekarang ni. Silap sikit mampus lah derhaka. Selalu kena utamakan suami. Sebab tu saya nak avoid dalam commitment macam ni. Saya belum bersedia nak kongsi apa apa dengan orang sebab saya ni jenis yang pentingkan privacy. Kahwin tu bukan macam dalam drama tv3 pukul 7 tu. Realitinya tanggungjawab lepas kahwin tu lagi berat nak pegang.

Saya selesa dengan kehidupan single. Lantak lah apa orang nak cakap. I know im being selfish but this is my life right. Kalau saya memang tak nak bagi commitment kenapa orang nak paksa? Atleast saya ada sebab. Saya takkan commit dalam benda benda yang saya rasa berat dan tak mampu buat. Banyak lagi life goals ada dalam dunia ni yang boleh buat saya rasa bahagia.

– Cik Honeystar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

197 Comments

    • please open up ur mind ppl…bukan doa anak jek yg bole mmbantu d alam kubur nanti…itupun kalau ade anak yg soleh yg sudi doakan ibu bapa..kalau tak takde bezanye ade anak dgn takde anak…kalau salah didik anak lg naya…lg teruk nak mnjwb kt dlm tu nanti..

    • Come on la.. Nabi dah ckp ada 3 amal yg takkan putus wlaupun kita dah mati. Ilmu,sedekah, and doa anak. Kat situ walaupun dia x dpt doa ank yg soleh, dia still ada 2 lagi peluang. Jgn tutup sgt pmikiran tu.. Try buka and hormat pendapat org lain. Chill

    • Fatin Nabihah Mmg betul tapi kdg2 bila dah tua nanti baru ada penyesalan…. walaupun sekelumit…. tapi … itu mmg hidup dia, hak dialah apa yg dia nak buat….

  1. nanti daa tua tuaa baru laa rasa sunyi takda teman hidup .. sekarang kau boleh konon enjoy laa aktiviti lasak laa , daa tuaa nanti kau mereput laa sensorang dalam rumah ..

  2. buat yang bercakap xmati kalau x kawin..saya nasihatkan agar beristigfar banyak banyak. Jodoh tu milik allah..mati pun milik allah.. so ubahlah pemikiran ttg perkara itu. Jodoh yang diberkati apabila kita sendiri MINTA dengan Allah. Solat tahajud ..berdua dengan Allah..minta diberikan jodoh..insya Allah..doa itu diperkenankan.

  3. tgk anak sedara memang aktif dpt somi pun aktif.. pi nyelam la, jln2 bersama, bila da ada anak ya Allah aktif berganda amek perangai berganda 2 org.. kus semangat bila jaga kejap anak dorang … skang dah 3 owg anaknya sulung pompuan 2 lelaki,(jaga si kakak ni kurus aku dibuatnya tak reti dok diam bila dia diam jek sunyi jek ada la keja nakal dia buat tu hahaha) tp dorang hepi, aktif2 somi dia pun pandai masak… oiiii dpt laki bertanggungjwb saper tak suka.. kalo dia tegur jaga aurat, jgn pakai tshirt lengan pendek, nak kuar umah tu pakai tudung… ala benda baik ikut la…

  4. Apa yg sy dpt dr confession ini hanya yg negatif je pasal kawin..lepas kawin pompuan kene kontrol, jd derhaka…kalaulah teruknya 1 perkahwinan itu, maka zalimlah nabi kita, menjadikan kawin itu sunnahnya dan lengkapnya iman seseorg lepas berkahwin…
    Hati2 berbicara…

    • Bukan nabi yang zalim,tetapi suami dan isteri yang tidak mengikut sunnah nabi yg sebenarlah yang menzalimi.
      Bukan sunnah nabi yg mendatangkan fitnah,tetapi sikap manusia biasa yg mendtgkn fitnah itu sndri
      Hati2 berbicara…

    • Nurul Nabihah fahamkan dulu kata2 sis tue..
      kalaulah teruknya 1 perkahwinan itu,
      jgn ambik statment sekerat2..
      Hati2 berbicara…

    • Btol kata sis…kesilapan manusia yg menjadikan sebuah perkahwinan itu 1 fitnah, nmpak yg buruk2 je…maksud sy, x adil utk confessor ni memburuk2 kan perkahwinan, sbb kahwin ni sunnah nabi…sedangkan byk lg perkahwinan yg membuka pintu2 kebaikan..sunnah nabi x mungkin membawa kita ke arah keburukan, melainkan kita sniri yg pilih jln tu…sy bkn nk cakap nabi kita zalim…besar bezanya tu…

    • Nabi dan Islam tak zalim tapi culture kita macam menekan wanita.sedikit laa..banyak masa wanita akan untuk rumahtangga, suami dan anak anak…kalau ikot Islam best tau Isteri umpama permaisuri semua wanita mesti nak kawin ..tapi hakikat yang berlaku sekarang lain kan so ramai wanita menolak perkahwinan..

    • Ramai yg menolak perkahwinan kerana dunia yg semakin menekan individu..bermula dari hantaran sehinggalah komitmen yg membuatkan perkahwinan utk tampak semakin payah utk dinikmati.. Akan tetapi.. Bersabar kerana pasti ada jalan utk semua permasalahan.. Jangan putus doa.. Insyallah ada sinar yg menanti..??

    • Btol…byk tekanan dan mcm confessor kata, x sedia nak beri komitmen…tp jgnlah kita tolak secara total, malah pengaruh pula org lain utk berfikir sama mcm kita…

    • Sy fhm ape yg sis maksudkan…pilihan masing2 tp cara confessor dri pembacaan sy hanya negatif yg di highlighted kan…seolah mentaati seorang suami seperti yg disarankan oleh Allah dan rasul itu suatu bebanan dan trlalu negatif…sedangkan dh diterangkan, mentaati kerana Allah…kiranya suami suruh buat sesuatu yg Allah murka, jgn taat…its ok kalau dia nk ikut gaya dia tp jgn trlalu judgemental dgn perkahwinan ats perkara yg dirasai sendiri negatif…habis tu taat pada ibu bapa tu bkn bebanan ke? Thats y kena berhati2 bila berbicara…jangan mempertikaikan sunnah Rasulullah dgn pendapat sendiri. Allahuakbar…

    • Confessor ni just nak ingatkan utk prmpuan2 yg berpikiran klu tak dpt kahwin hidup langsung x bermakna, yg tak redha dgn qada dan qadar jika dia ditakdirkan bujang selama2nya, yg terlalu stressed memikirkan jodoh yg tak kunjung tiba, yg sanggup main rembat je mana2 lelaki asal berlaki dsb..bkn dia highlight yg perkahwinan ni negatif dan zalim. Dia cuba membuka minda prmpuan2 jenis ni bahawa apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Salah satunya dpt berkhidmat utk ibubapa tanpa nak minta izin dari siapa2.

    • Surah An-Nahl: ayat 72

      وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوَٲجِڪُم بَنِينَ وَحَفَدَةً۬ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ يَكۡفُرُونَ (٧٢)
      “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?” (72)

    • Noraini Hussin…saya tak pikir mcm tu..sbb dia tulis, dia rimas kalau ada pasangan, x suka kalau kena share ape2, suka privacy dan malas nk berkomitmen…x de pulak dia cakap x kawin sbb blum jumpa yg sesuai dgn jiwa…

  5. Sis,aku dah agak dah ramai yang akan sanggah kenyataan kau.haha bertabahlah – mindset diorang dah macam ni.kesian Rabiatul Adawiyah kena cop anak dara tua etc etc.wahaha lupakah mereka Rabiatul Adawiyah pun tak kawen2 woi

    Aku pun ada colleague,sis,aku panggil dia Kak H je.dia ni bukan pangkat kakak – mak actually sebab 2-3 tahun lagi dia dah nak bersara dah.

    Kak H ni kesian – masa anak dara dia eksiden,jadi efek pada rahim dia.semua rahim dia kena buang.SEMUA.bukan separuh.ovari tiub fallopio,semua dibuang.kalau tak buang dia mati.
    Jadi,dia tak dapat mengandung.lalu dia ambil keputusan tak nak kahwin.kenapa?pertama,dia tak nak dimadu.kedua,dia tahu dia tak dapat nak hasilkan zuriat,dia tak nak seksa suami dia.

    Dia buat apa sekarang?alhamdulillah rezeki dia melimpah ruah.tiap2 tahun2 dia bawak keluarga dia bercuti luar negara.kalau bawak parents dia pergi haji tak payah cakap sis,banyak kali.mak ayah dia yang dah tua dia ambil jaga.
    Aku pernah jugak tanya Kak H tu,akak sedih tak macam ni?dia jawab; “tak.at least akak nak beribadat,sepanjang tahun akak buat tanpa halangan.adik2 akak,cucu2 sedara akak yang kesempitan duit semua akak support.kalau dia tak nak jaga akak bila akak tua nanti,tak apalah.yang kawen ada anak pun,tak semestinya anak2 jaga.bahagia kita yang cipta,kita yang wujudkan,bukan tertakluk pada perkahwinan tu je.”woo.
    Kalau tu pilihan kau,sis,tak apa.teruskan.kalau kau rasa kau tak mampu bahagiakan seorang lelaki,tak apa.dari kau seksa diri kau dan dia,baik tak payah kahwin.itu pilihan kau,dan aku respek keputusan kau.
    Semoga kau bahagia apa2 pilihan kau,sis.

  6. I am so glad I found another woman who is not a typical woman nowadays who think marriage is everything and one of their goal in life is to be married. how sad is that, right? like, they can’t survive without getting love from a human. how pathetic. anyway, kudos to u for not being a generic woman

  7. Saya doakan awak bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai dengan awak. Jangan hiraukan kata-kata orang, sebab banyak orang kahwin tapi tak memahami apa itu perkahwinan, lagi-lagi orang lelaki

  8. Hidup mau relax adik..Kalau Allah s.w.t temukan jodoh hg la ni,silakan utk tunaikan sebahagian dr sunnah Nabi.Utk kebaikan kehidupan hg jugak.Allah Taala dh mention dlm AlQuran,semua yg Dia cipta hidup berpasangpasangan.Kak ada persamaan mcm hg,pndai memasak,pandai bersilat,tp yg bezanya kak berkeinginan utk kawin tp x dak rezeki lg utk bertemu jodoh maybe time ni akak kn jg sepenoh perhatian ibu yg sakit.Apa2 pon,kak doakan hg cpt2 dpt jodoh na..Aaminn

  9. babe, i like u. sbb ko very certain of what u want in life… haaaa gitewwwwww kan terus menerima berbakul2 pujian dari abam ni ha.

    jgn jadi mcm sesetengah manusia hidupnya aseklah nak ikut org je, aseklah rela hidup ditentukan org lain, aseklah membiarkan org lain buat keputusan bagi pihak dia. pastu nnt in future, bermasalah dengan kehidupan disebabkan pilihan org lain tu, buat lagi post kat sini ngadu pulak masalah dia tu ha.

    btw, plan travel lps ni nak ke mana? jom jadik travel buddy abam #eh

  10. My god,, why people would say ‘nnt tua2 mati sorang2’, ‘nnt xde yg doakan’, etc…cmon la,, thats why Allah wujudkan 3 amal yg x putus.doa anak,sedekah n ilmu.bukan doa anak sahaja…n kalau xde zuriat pon, bole amik anak angkat.sometimes lebih baik kita jaga anak2 yatim ni.didik mereka menjadi manusia.zuriat kita, anak yatim, dua2 sama je.dua2 manusia.xde beza.walaupon anak sendiri, x semua yg berjaya didik anak betul2.kdg2 yg amik anak angkat ni lg berjaya.because they ask to get the child.they work to get the child.they want the child.kalau yg berkahwin ni, tup2 dpt anak.sometimes unexpected.so i cant really say x kahwin akan mati sunyi sorang2.dah tu org yg mandul ni kira doomed for life la? Xde guna dah hidup sbb xleh lahirkan zuriat.useless piece of trash dlm society?seriously, open your mind.theres more to life than just marriage.thats why kdg2 org kafir ni lg berjaya.sbb marriage is not priority in life.goal hidup adalah untuk berjaya or capai impian.love and marriage comes along the way.kalau ada, ada.kalau xde, xde sapa pon bising.kita ni masyarakat melayu, marriage tu mcm penutup alam dewasa dah.kira dah complete life cycle bila dah kahwin.hmmm…

  11. We are in a same shoes… Boleh masak, PhD graduate, suka berlatih karate, mahu membina kerjaya yg lebih baik. I’m in my 30’s now and facing some health issues that really prevents me to get married and have kids. Therefore, marriage is not my life goals.

    Kebanyakan komen2 yang saya baca mmg menyedihkan.. Mereput bila dah tua lah, dah tak subur lah, attention seeker la etc. etc… What the hell??

    Akak doakan semoga adik dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

    • I think some guys out there pun nak freedom and cuba delay/avoid marriage. And trust me, not semua lelaki nak sangat anak. At times maybe a partner just to share good and bad days together. And like rotate balik beraya rumah in laws tu pun i guess ade je yang willing to balik rumah parents kandung masing2 tiap kali raya ?

    • Kita sama…sy pon awl 30an punya kerjaya rumah dan kereta…sy juga lasak dan berdikiri…travel seorang diri…kawen xde dlm wishlist..ape yg ade nama negara dan tempat..ramai yg kata saya memilih…pada hal tiada sorang pon yg bekenan kat saya dari calon yg dipadankan oleh kawan2 mak sampai la cari sendiri..end up dh umor mcm ni sy x fikir dh…bila adk2 yg kawen sy yg lebih sponsor hantaran itu dan ini…mgkun rezeki jodoh bukan milik saya..eezeki membahagiakan family mungkin…

    • I envy you Rafidah Shaharun… Maybe In the next few year I’ll have my own house, stable job and able to travel alone. Heheh!

    • In sya Allah sia Zahar Ziya…x lama lagi tu..sy pon ambil masa 7 tahun utk punya semua ini…sy x menyalahkan takdir..sehingga kini sy tidak berteman…sbb utk cipta bahagia bukan hanya dr perkahwinan…sy cipta bahagia dgn cara sendiri..

    • Dugaan dunia sis.. Insyallah ada hikmah di sebalik dugaan.. Mungkin esok ada senyuman bagi kita.. Dan seseorg perlu menerima akan kekurangan..Allah tidak akan hadirkan dugaan yg tidak mampu utk kita hadapi.. Insyallah ada sinar yg menanti..??

  12. Hidup kamu…kamu yg tentukan…Kalau mana2 akak2 cakap ada suami ni best, ada orang jaga, nanti tak sunyi…Tanya dia balik…”Akak sudi ke menerima saya sebagai madu? Saya pun nak bahagia macam akak…”

    Felt what you felt before…Jadi fahammmmm sangat2 perasaan nak forever single ni..Dulu lah…Tapi bukan sebab rimas… Sebab frust menonggeng bercinta dengan lelaki perangai hampeh… Masa tu rasa baiklah single dari kena pijak… Tapi pendirian tukar 360 degree bila jumpa husband merangkap best buddy merangkap kawan berdebat merangkap travelmate…

    Jujurnya, mungkin 1 hari nanti kamu akan jumpa seorang peneman hidup…Macam mana Hannah on Earth jumpa husband and travel buddy dia… Mungkin juga tidak…And nothing wrong with that!

    Yang penting, kamu hidup tak aniaya orang…Tak pijak orang…Tak rampas hak orang…Ye dok…

  13. Apa masalah pun kalau dia anak dara lanjut usia ? Its her choice if she wants to get married or not. Let her bears the consequences of her decision in the future if any. Tak perlu degrading comments macam, andartu atau kilang tutup etc. Tak perlu ada stigma negatif atau buruk pun.

  14. Kepada yang anti komitment kahwin. Ingatlah konsep “touka koukan” = equivalent trade. Bukan sahaja pihak isteri terpaksa memberikan komitment kepada suami, tetapi perkara yang sama juga berlaku pada suami. Usah menjadi anti-komitment kerana sejak saat kita dilahirkan, komitmen telahpun bermula dalam hidup kita.

  15. Cuma kita yg fhm diri sendiri apa yg kita nak.. tp yela selalunya ank dara yg x kawen lps tu jd bos pula boleh jd sgt strict n emo mcm org kekurgn kasih syg, huhu.. mebe la x smua mcmtu, but mostly

  16. Hidup sis sentiasa dicontrol. Dicontrol oleh hukum syariat tuhan. Kita boleh hidup life without restriction, tapi pastikan dgn redha tuhan.

    Ada sebab Allah ciptakan dunia ni ramai manusia dgn bermacam ragam. Sebab Allah tahu kita ni amal tak banyak dan nak bagi pahala free. Bila kita sabar, kita dpt pahala free.

    Komitmen dgn tuhan jangan lupa tunai! Nnti Allah tuntut kat sana. Apa dia? Menjadi daie dan beribadat kepadanya. Pastikan life goals di dunia beri saham pahala untuk di akhirat.

    Perempuan ni senang je nak dapat syurga. Belum kahwin, taat mak ayah, taat Allah dapat syurga. Dah kahwin, taat suami, taat Allah dapat syurga. :)

    Allah bagi komitmen ni sbb dia nak kita berusaha untuk syurga. Bukan saja-saja nak susahkan diri kita.

  17. sama la ngn aku .aceli aku da penat dikecewakan .. sumpah ! penat sangat .. nangis takya cita le . so aku taknak kawin . cukuplah hidup aku ditemani mak n abah aku .dorang da jadi pasangan aku yg terbaik ..mmg sometimes ko ade fefeling lonely tp percayalah..hatii takkan terluka tanpa insan bernama lelaki ..

  18. Hai.. Kita geng.. Banyak lg benda Nak achive slain dr pikir nk kawen.. Zaman skrng ni lahai.. Yg pumpang² ckp sal agama ni, ckp je lebih.. Tp diri sndri xleh terima qada qadar.. Dah klu pecaya smua ketentuan tuhan yg persoalkn jodoh org tu pekehey nye?
    Tua mati sorng² ? Brapa byk kes org tua yg ade anak beranak anak last² check in rumah org tua? Zzzzzzzzzzzz

  19. actually bila kawen, lelaki punya komitmen tu lg besar daripada perempuan. be good, you’ll be blessed with a good partner. inshallah. tp relax, tak kawen tak dosa pun. ust aku cakap, kalau kau rasa tak boleh nak kawen, takde hati langsung, then takyah kawen. focus hidup kau dgn ibadah. marriage indeed is a beautiful thing, kalau tak, takkanlah ia dianggap satu ibadah yg menyempurnakan separuh iman. ☺️ aku once pernah fikir gak buat apa kawen, tapi tengok2 kawen beranak pinak jugak aku.

  20. Rileks sis. Ok je saya rasa kalau sis taknak kahwin pun. Pendapat masing2. Penilaian masing2. Tapi….aci tak kalau saya doakan sis cepat la bertemu jodoh? Hehehe. Semoga bertemu jodoh yg baik, yg boleh support susah senang, faham kita susah senang, n setia jujur cinta hingga akhir hayat. Aminnn. Mudah-mudahan sis boleh rasa betapa indahnya perkahwinan bila bertemu dengan jodoh yg betul2 serasi dengan kita n baik. Gaduh tu biasa la. Kita dengan adik beradik pun gaduh. Haha. Apa pun plan hidup, make it in a right path ok. Yang lain terpulang. Janji happy

  21. Bukan perempuan je yang ade mindset macam ni. Ade jugak lelaki yang ade commitment issue macam ni gak. Siap cakap “susah jaga bini dari jaga lembu”…
    so bukan benda pelik benda ni. Ramai je orang macam ni yang aku jumpa hari2.

    Tapi sebenarnya, dorang ni jodoh belom sampai je.. belum jumpa yang berkenan. Nnt dah ade yang tersangkut, kawen la tu.. tak yah kutuk2 sangat.

    Sebab yang kawen siap dah ada cucu cicit. Last2 tua2 pegi mahkamah, cerai.

    Ko kawen ke, tak kawen ke. Esok kita semua memang akan mati mereput. Lain la kalo ko mati syahid kan……

  22. Nak kawin boleh, xkawin pon boleh. Terpulang.. Setiap orang tak sama. Lain keperluan, lain personaliti, lain kisah hidupnya. Asalkan jangan hasut org suruh pakat membujang sudahlah.

  23. Lol. Chill kawan kawan. Kahwin ni ada 5 hukum berdasarkan situasi. Wajib bagi yang mampu & yakin dengan kahwin shj cara boleh elak zina. Sunat bagi yg mampu & boleh elak zina. Harus bagi yg mampu n takkan berzina kalau tak kahwin. Makruh kalau niat anaiya pasangan & ada kekurangan fizikal. Haram jika mmg berniat nak zalim pasangan dgn tak bg nafkah, mencederakan etc. Begitu juga hkum perceraian. Harus cerai jika menzalimi pasangan. Tidak ada nas sahih yg kata bergegar arasy kalau minta cerai. Syariat itu banyak memandu & mudahkan urusan hakikatnya.

    Siapapun dan apapun kita moga kita tak lupa kita ini dalam teritori hamba. Bakal pulang pada pencipta :)

  24. Kalau da kawen nti ssh… kuar kna minta izin suami
    Kalau blom kawen x pyh mintak izin mak bpk?
    Thats what happen to me
    Kalau org ajk kuar.. aku ckp… jp ek… nk cl bpk aku bg tau… mmg kna gelak…
    Ssh bila org x phm konsep ni… mse skolah…byk kawan aku yg merasa cl babah sendiri nk ajk aku kuar.. x kisah la mber ppuan or laki..

  25. yg ckp xnak kawen ni sume samada:

    1)tgh kecewa kaw2 dan xbleh move on atau bukak pintu ati lg utk org lain
    2)idop dlm denial sebab xde sape nk ngorat die lagi so die nak sedapkan hati,mcm2lah ayat2 penyedap hati die ckp kt diri sendiri sampai jd terlalu obses dgn mende tu
    3)die lesbo/gay
    4)masih xberjumpe jodoh yg sesuai….ckpla suke travel,nak enjoy,nak bebas la..skali dah jumpe yg berkenan nnti tgk la…kalau boleh nk kawen xnyempat…haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *