anxiety: ujian atau aku yg lemah iman?

assalamualaikum. thanks admin jika approve confession aku. sebelum ni aku tak tau pun apa anxiety tapi bila aku terbaca satu artikel then aku search more tentang anxiety.aku bukan nak memandai atau analisis sendiri tapi aku mmg ade anxiety. dah bertahun lama, selalu datang perasaan risauyg tak rasional langsung!, takut, malu berdepan masyarakat, fobia, overthinking, panic dll tu. bila dtg perasaan tu aku out of control, sometimes aku terfikir "adakah aku ni gila?". pernah juga aku terfikir kenapa Allah bagi aku perasaan ini? kenapa aku perlu tanggung perasaan ini sampai kadang2 aku berdoa agar Allah tarik nyawa aku lg bagus dr menanggung perasaan ini .banyak kali aku persoal. dan untuk menyedapkan hati, aku ingatkan diri aku bahawa inilah balasan Allah terhadap aku yg selama ini lalai dgn tanggungjawab sbg muslimah. ye la aku dilahirkan dlm keluarga yg agak lalai dlm agama, yg tidak aman. orang sekeliling aku tak faham aku apa yg aku rasa. bila aku bersikap negatif seperti overthinking, mereka ckp aku ni tak percaya Tuhan ke?lemah iman? ye aku dh cuba taknak fikir terlampau2, aku cuba sedapkan hati nothing happen . tapi perasaan ni masih tak dpt dikawal. aku zikir, doa,istighfar tapi hati ini tak dpt hilangkan risau sehingga aku tertidur dlm tangisan. semua benda aku buat mesti perasaan takut berlebih lebihan.aku ada specific fobia. jgn ckp jumpa benda yg aku fobia, dengar nama atau tgk gambar pun aku dah start tak tentu arah.. then orang sekeliling aku gelak , dan perli. lawak ke tengok orang dlm ketakutan? ingat snang ke aku nk deal dgn perasaan ini? kau takde kat tempat aku, kau boleh la ckp benda tu pun nk takut. semua benda aku buat mesti dimulai dgn ketakutan dn kerisauan. alhamdulillah bila aku dh tau pasal anxiety, aku try step2 yg dapat menghilangkanya tak byk tapi sedikit perasaan anxiety aku. tapi sampai bila aku nk hidup dgn perasaan begini? banyak benda yg aku ingin buat tapi disebabkan perangai aku ni , banyak benda aku tak berani nak buat. aku juga terlalu bergantung pada org , tak reti nak berdikari. perlukah aku jumpa psikiatri? aku takut nak terima kenyataan. ye aku tau mentall illness berbeza dgn "gila". tp ape pandangan keluarga aku? masyarakat? mcm mane aku nkbagitahu. sememangnya aku manusia biasa lemah iman, aku tahu :'(. sebenarnya byk lg aku nak luahkan tapi maaf panjang confession aku ni. aku nk mintak support dan pandangan korang ja.

– imperfect

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. 1. Don’t over-think.

    2. Solat, doa, zikir, istighfar semua takde makna jika kamu tak percaya dgn betul-betul.

    3. Better you go see psychiatrist.

  2. You need to see psychiatrist. Org takkan faham apa yg awk lalui sbb org tak pernah lalui dan mereka rasa ketakutan tu dibuat2 tp sy yakin awk taknak dan tak mahu.

    Utk deal dgn family, boleh bncg dgn doc awk. Ubat dan terapi mmpu membantu memulihkan penyakit tu. Insya Allah. Yg pntg usaha berubat dgn jumpa doc. Ambil peluang ni utk semakin dkt kan diri dgn Allah :)

  3. Saya pon ade anxiety…sye faham ape awak rase…nk suruh org faham mmg susah…i choose utk bgtau org2 tertentu je…n bile anxiety tu dtg saye cume nk balik rumah (if sye ade kat luar) n sye cume nk suami sahaja yg dekat dgn sye…sbb kalau sye dgn org lain sye agak stress bile org tanye kenapa…

    Doc dah suruh rujuk ngan psikatrist…tp sye masih belom ade kekuatan nak pergi…one day insya allah…bcoz doc n hospital pon boleh buat saya kene panic attack…lol..life is complicated, but yg boleh sye.buat berdoa dn terus berdoa supaya dapat hidup dgn tenang…

  4. 1.kelam kabut
    2. tak tentu arah
    3. berdebar sampai berpeluh-peluh
    4. rasa nak muntah
    5. tangan menggeletar
    6. muka pucat
    7. sesak nafas
    8. pengsan

    (1-8) ikut urutan. itu yang saya rasa. dah diagnose high anxiety (panic disorder).jumpa la doktor. mana tahu, ada terapi macam CBT (cognitive behaviour theraphy) ke..mula2 memang refer kat psy. lepas tu, mintak lah dengan dr. utk refer psychologist.

    awak buat kajian sendiri2 kat diri awak. kenalpasti
    1. kebanyakan penyebab/trigger anxiety
    (kadang2 faktor tak sama, tapi, mesti dalam banyak2 kejadian tu, ada yang membentuk pola/bentuk yang kita boleh faham
    2. kenalpasti apakah situasi yang bagi awak bahaya. (ini awak sendiri je yang tahu), dan kenalpasti. orang2 yang ada. samakah dengan previous case? . kalau ada, belajar elakkan.

    tips (tatau jadi tak, tapi, ni yang saya buat) saya ada history dah 6 tahun sakit ni, diagnose tahun lepas.
    1. tukar posisi.
    kalau awak tengah kelam kabut masa berdiri, duduk. kalau duduk, berdiri.
    2. duduk dan benafas dengan betul
    (susah nak explain, cuba rujuk buku manual CBT- cara duduk dan nafas dengan betul)
    3. alihkan fokus,
    cth, awak dah tahu kan..situasi A akan buat awak gelisah/anxiety (sederhana) >>diketawakan>bertambah anxiety sebab dah bertambah risau utk hentikan > dengar pulak kata2 sinis >>overload anxiety.
    takkan stop kalau awak tak cuba keluar dari situasi tu. contoh, buat2 pergi toilet, atau tukar topik lain, atau tetiba awak buat macam ada orang call awak pastu berlalu ke tempat lain kejap.

    anyway, sila jumpa doktor yaa, bahaya kalau tak rawat dengan betul. awak nak ke anxiety control hidup awak sampai awak jadi takut dengan semua benda? fikirkanlah. good luck, sis >.<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *