Anxiety Yang Tak Dijangka

Aku R, 30+ an, seorang manusia biasa yang tak menjangka akan menghidapi anxiety dan depression. Aku tak menganggap diri aku seorang yang bagus, baik, mahupun worthy for anything.

Bermula dari zaman belajar di institut pengajian tinggi di selatan tanah air. Zaman enjoy, free dari keluarga, zaman untuk berdikari, berpijak atas kaki sendiri, zaman cinta-cinta monyet.

Tak dapat dinafikan, zaman belajar ni lah muncul fling, crush towards opposite gender dan kau bebas untuk berdikari, mencari cinta sendiri untuk dijadikan pasangan hidup.

Perkenalan dengan seorang gadis dari pantai timur, seorang yang ‘wild’ pada awal perkenalan menjadi punca pertama anxiety mula hadir.

Berkenalan dan menjalani hubungan dengan si S menjadikan aku kononnya orang paling bahagia saat tu, aku diminta S untuk membimbing dia ke jalan yang lurus semula.

Dan aku dengan rela hatinya providing guidance for her to be a better person. Tapi, tak dijangka perkenalan ni akan menjadikan aku, sebagai aku yang sekarang.

Permulaan hubungan seperti typical couple yang lain, dating, texting, and segala mak nenek yang menunjukkan kami bercinta.

Tak semena-mena hubungan yang ‘bahagia’ ni mula goyah bila S mula berkenalan dengan C. Dari situ, akhirnya belang si S muncul. Culture shock, terlepas dari kandang mungkin, aku pon tak tahu.

To the point, aku dapat tahu yang si S dah tidur dengan C. First thing yang aku rasa, WORTHLESS, FAILURE. Aku mulai anggap diri aku worthless, yang aku ni GAGAL, tak mampu nak guide dia dan terlalu percaya kat si S.

Hubungan yang ‘bahagia’ putus seketika, bila aku decide just to focusing in my studies dan anggap apa yang berlaku adalah good riddance untuk aku.

Malangnya, kalau dah sayang, memang susah nak hilangkan perasaan tu sekelip mata. Bodohnya aku, aku terima balik untuk dikecewakan kali kedua apabila si S berkenalan dengan si N, classmate aku sendiri tanpa aku ketahui.

Long story short, si N anggap aku pula yang mengacau hubungan dia.

Confrontation dengan N membuat aku decide to left S for good.

Malangnya, secara tak sedar, aku mulai develop SELF LOATHING, LOW LEVEL OF CONFIDENCE, OVERTHINKING, disebabkan ‘cinta yang tak kesampaian’, dan itulah hubungan terakhir yang pernah aku jalani sampai sekarang.

Aku yang dahulunya easygoing, peramah menjadi sorang yang kurang bercakap, introvert dan lebih suka memendam perasaan.

TIDAK PERNAH sekalipon aku cuba luahkan apa yang ada dalam hati, fikiran, perasaan dan diri aku kat siapa-siapa dan tak pernah aku menganggap transisi, perubahan aku akan memakan diri sendiri.

Habis belajar, balik ke kampung halaman, berjumpa semula dengan kawan – kawan baik satu sekolah.

Circle aku tidaklah besar, Cuma kawan-kawan sekampung, satu sekolah dari kecil, dan cuma seorang saja dari circle aku, aku dapat nak luahkan perasaan.

Cuma seorang yang mampu menjadi telinga, tanpa menghakimi tindakan aku. Seorang ni saja lah yang dapat tenangkan aku dengan kata dan nasihat nya.

Malangnya, aku hilang sahabat ini dalam kemalangan jalan raya. Semenjak dari itu, aku tak pernah lagi luahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Dan kehilangan sahabat sejati ni, membuat aku, secara tidak sedar lebih dalam terjatuh dalam anxiety dan depresi.

Aku mula rasa SUNYI, KESEORANGAN, walaupun hampir setiap hari berjumpa dengan kawan-kawan baik yang lain.

Aku mula jadi malas nak bekerja, malas nak berinteraksi dengan orang dengan anggapan aku hanya menyusahkan orang lain dengan luahan hati dan perasaan aku.

Aku mulai sedar yang aku mempunyai anxiety dan depression apabila satu hari, secara tiba-tiba aku mempunyai suicidal thoughts. Malangnya, cubaan aku untuk mencari bantuan ditepis begitu saja.

Cubaan aku untuk menyatakan yang aku kemungkinan ada menghidapi anxiety kepada rakan sekerja yang rapat, ditepis bila dia menganggap aku mengarut seperti orang tiada iman. Dan cubaan dengan kawan baik yang lain di anggap aku hanya overthink.

Gagal dalam cubaan aku mencari bantuan dari kawan-kawan, menyebabkan aku memilih untuk berdiam diri, terus memendam perasaann aku dari memberitahu orang lain.

Aku bukanlah orang yang senang, duit yang ada hanya mencukupi untuk biaya hidup sendiri, bukan untuk mencari rawatan psikologi atau kaunseling. Jadi aku memilih untuk berdiam diri, tanpa mencari bantuan sesiapa. Aku memilih untuk suffer.

Dan akhirnya, pilihan aku untuk berdiam diri, memendam perasaan, akhirnya memakan diri. Sekarang, aku sering diserang panic attack, dan kesihatan aku juga mulai merudum.

Dan sekarang, aku buntu dalam mencari penyelesaian untuk masalah kesihatan aku.

Pilihan aku untuk membuat luahan ni, adalah untuk memberitahu pada semua, anxiety dan depresi bukanlah satu masalah yang boleh diperlekehkan. Ianya boleh berlaku tanpa sedar.

Orang yang selalu tertawa, tersenyum dihadapn korang, tak semestinya sentiasa think positif bila berseorang.

Kalau ada yang meminta bantuan, tolonglah mereka. Atau mereka akan memilih untuk suffer instead of cure. Percayalah, mental health itu penting.

You’ll never know until you experience it.

– Loner (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Klau dah xde org bk ‘tolong’ or dengar masalah awk, tolonglah diri awk sendiri dgn cara pergi berubat secara ‘medical’.. mngkin sahaj org lain anggap awk seorang yg ‘normal’ shj, or sengaja nk ‘attrack attention’ dgn cara yg negatif.. anggaplah tiada siapa yg fhm tentang diri awk, kecuali diri awk sendiri.. kalau ditaqdirkan awk berjumpa dgn seseorang yg awk rasa faham dgn keadaan awk, jgn terus ‘terjah’ utk paksa dia tolong awk, sbb lain org, lain cara penerimaan nya.. Allah jua tempat mngadu dan Dia tahu segala2nya.. semoga awk terus tabah dan sihat utk menghadapi segalanya.. wallahu a’lam

  2. Stress? Risau? Tidak tenang? Gelisah dalam keadaan sekarang?

    Boleh cuba call Talian Heal 15555. Mungkin boleh hilang sikit stress.

    Talian HEAL 15555 (KKM) adalah perkhidmatan yang memberi respon terhadap panggilan dan aduan krisis berkaitan kesihatan mental, tingkah laku bunuh diri, mencederakan diri atau orang lain serta panggilan tindak susul (post-vention) dan follow-up di komuniti.
    Prosedur ini dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) KKM kepada pemanggil yang terdiri daripada orang awam, NGO, bukan warganegara dan yang berkaitan.

    Boleh cuba ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *