Apa aku patut buat
As'salam pengikut IIUM confession sekelian. Semoga semuanya dirahmati Allah.
Saya ada satu masalah. Masalahnya macam ni, saya dan sahabat saya praktikum dekat satu tempat. Untuk pengangkutan, kami kongsi duit minyak. Kami tidak duduk serumah. Pagi-pagi dia dengan boyfriend dia yang datang ambik saya.
Masalahnya saya tak suka perhubungan yang tak halal macam tu, maksudnya mereka kerap bersama tak kira ke mana sahaja walhal hubungan tu masih belum halal. Dalam kereta pom sembang mesra-mesra sedangkan saya ada di belakang.Bukan jealous tp ini masalah dosa dan ikhtilat. Saya rasa terpanggil untuk menasihati dia tapi saya tak tahu macam mana. Saya takut saya dikira bersubahat sebab saya tak nasihati dia sedangkan betapa saya rasa berdosa kerana membiarkan sahabat saya berbuat demikian. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan dosa sahabat saya. Dia mungkin tidak merasa berdosa sebab perkara tu macam dah dianggap biasa cuma bagi diri saya, saya merasa perkara itu sangat berdosa.
Terasa sangat dalam dilema, praktikum lambat lagi nak habis, kalau saya pendam takut hadirnya penyakit hati.Atau saya patut biarkan mereka dan just berdoa kepada Allah supaya Allah bukakan pintu hati mereka.. huhu
Please help me mereka-mereka yang lebih arif.
– Cik Dilema