Apa aku perlu buat? Berdosa ke kalau putus hubungan?

Aku belum lagi jadi student uia tapi aku dah dpt matric number so kira layak la jugak kan nak confess kat sini?
Cerita dia macam ni, aku ada kawan rapat dlm 5 orang camtu. Kawan sejak F1 lagi lah. Memang rapat, kelas sesama, shopping sesama, makan sesama tapi waktu F3 kitaorg gaduh pastu masing-masing stress dgn nak exam pmr so kira cam tak rapat sgt. Alhamdulillah la kiteorg semua straight a's pmr so naik f4 semua dpt masuk asrama. Semua berpecah ikut haluan masing-masing. Tapi dieorg still contact waktu kat asrama (sbb dieorg ni bawak phone) tapi sekolah aku strict sikit, pengetua, warden, pengawas garang. Even lewat 5minit pun kena demerit apatah lagi bawa phone. So takut ah nak bawak. Ada pulak dormate kaki report en so kalau aku bawa pun kira gali kubur sendiri. Aku memang jenis ikut peraturan pun tapi tak skema eh. Back to topic, aku dpt chat dgn dieorg pun bila cuti sekolah je. Pastu naik f5 memang tak chat langsung masing-masing busy lagi nak spm. Pastu habis spm semua chat balik. Time do heals relationship / friendship. But masalahnya kat sini, aku rasa mcm dah tak fit in dgn dieorg. Cara percakapan dieorg tak ikut rentak dulu. Contohnya, sekarang dieorg banyak mencarut, mulut celupar, kalau ckp tu mesti nak sakitkan hati org, suka menipu.

Aku rindu kawan aku yg dulu :( Dulu paling teruk pun ckp "what the hell" itu pun sbb ada dlm lagu avril lavigne. Tapi sekarang ni perkataan mencarut ada je dlm setiap ayat. Kalau dlm group ws tu topik always related to sex tapi aku senyap je la. Terperanjat jugak dulu kawan aku sorang paling innocent like kebudakan tapi sekarang dia paling utama bab tu. Kami ni baru 17/18. Lepas tu dieorg selalu ajak keluar, every week ajak, aku mana ada duit.

Aku ni dah dididik supaya jangan cakap bohong, jangan keluarkan kata-kata lucah, jangan itu, jangan ini dari kecik lagi. Family aku bukan alim mcm keluarga ustaz-ustazah. Tudung pun tak labuh macam ustazah. Aku ni biasa je tapi aku jaga percakapan, jaga aurat, jaga ikhtilat. So dulu bila dapat kawan dgn dieorg rasa selamat jugak, sebab dulu rasanya dieorglah kawan terbaik sebab tak salah pilih kawan. So bila masuk asrama ada jumpa peragai lagi teruk siap pegang aset atas lagi, tapi budak asrama ni gelak-gelak buat bahan jenaka tapi alhamdulillah aku memang tak pernah kena sentuh sbb dieorg tahu aku memang tak suka bende-bende camni. Aku pun pelik apalah yang best sgt sorang ni suka sgt bende-bende aset ni. Aku pernah la tanya sorang ni kenapa dia suka sgt kan, dia lesbian ke? Aku tanya baik-baik personal, tapi dia marah WOW mcm teruk sgt aku ni tanya soalan tu. So aku cam bersyukur aku ada kawan lama yg dari f1-f3 tu so aku tak sabar nak habis sekolah supaya dpt kwn balik dgn geng dulu.

Tapi hancur harapan aku, geng yg dulu pun sama je mcm budak asrama aku. Nafsu dieorg ni mcm lelaki. Mcm mana eh? dieorg je yang aku ada tapi aku tak suka perangai dieorg… Jgn suruh aku ubah dieorg sebab 1 lawan 5 memang tak boleh, aku pulak dibash nanti bukan apa, aku mls nak bertekak dah.

Dieorg ni as usual akan use those words ni social media, pastu banyak kali la kena comment, kena tegur kat social media en. Pastu bila kena tegur, post kat ws kiteorg ajak kutuk "pengkomen tu" atau pun ajak "back up" dia kat social media, tapi aku memang silentkan diri bab tu sebab deep down aku tahu "pengkomen tu tak bersalah" dieorg je yg pantang ditegur. Kalau aku ckp pengkomen tu betul tu tak de guna sbb dieorg berlima dah sebulat suara. Jadi aku tak bother nak betulkan dieorg nanti aku jugak yg kena.

Lagi satu aku dpt sense la antara dieorg ni ada yg dengki. antara 5 ni, aku namakan niki, niki ni memang dari dulu mulut celupar dan tak senang tengok org bahagia. Hari tu result spm keluar, tak semua antar kami dpt result baik, ada 8A ada 6A ada 5A. Niki ni dpt 6. pastu ada pulak budak laki ni from sekolah kiteorg waktu f1-f3, laki ni tweet dia dpt 9A, dpt pegi iv, tweet geram sbb scholarship tak terima A-, so niki ni cma carut kat group ws ckp dia ni bla bla bla… masalahnya kiterog yg dpt 8A ni pun fhm keadaan laki tu sebb result lebih kurang sama so bila nk apply scholar agak susah bila dieorg tak terima A-… so niki ni selalu ckp kat ws yg dia tak suka laki ni bla bla bla, padahal aku fhm sebenarnya keadaan dia… tu yang aku pegi iv mana-mana pun takut nak tweet takut dia tahu aku dpt pegi… aku dpt 8A pun takut nak tweet result.. nanti dia akan buat kau rasa bersalah gila… like tak boleh ke aku nak happy selepas penat lelah mengharungi cabaran spm? Aku tak boleh nak delete dia dari hidup sbb she's one of the 5.

So macam mana ni? Aku tak nak friendship ni berakhir kat sini sebab mcm sia-sia je friendship that we had built since 6 years ago… Aku memang tak tahan kwn dgn dieorg… Haritu pun aku dah terikut-ikut perangai dieorg… Disbbkan dieorg aku terckp f**k kat siblings sendiri. Padahal aku tahu aku bukan jenis mcm tu… apa dah jadi pada diriku? aku dah berubah ke arah jahat :( tapi aku tak nak jadi jahat :'( Apa perlu aku buat? Adakah ini pengakhiran?

– Jasmin

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Kalau rasa x sesuai. Jarak kan diri je. Jangan lah sampai tak bertegur langsung. Berkawan biasa sudaaa. Nanti masa hadapan , jangan terkejut kalau jumpa yang lagi teruk daripada kawan kawan awk yg skrg. First of all , jangan mudah percaya kan org dari segi luaran. Bukan nak suruh bersangka buruk. Cuma perhati. Selami dulu seseorang tu macam mana. Baru tahu diri sebenar dia. Jangan tengok luaran je. ✌️ selamat menempuhi kehidupan di alam u.

  2. ni baru permulaan dik… nasihat sy, kita bole nasihat tapi x mampu nk ubah org. Buang yg buruk, ambik yg jernih. Kalau rasa awk still nk kwn dan bole tak ikut perangai negatif dorg, why not teruskan? Tapi kalau rasa bnde tu beri pengaruh negatif hingga awk terikut2… cuba jauhkan diri dr awk tapi bkn putus kwn..

  3. Lek, ni baru sikit. Tapi sbg nasihat, try jarakkan diri tapi jgn sampai putus kawan. Just ignore jelah. Jgn nk terikat sgt dgn tempoh friendship korang yg kononnya lama tu, sbb tu tk menjanjikan apa-apa. Jgn takut hilang kawan, tapi takutlah hilang diri kita. Maksudnya, kalau kau biasa tak mencarut bagai, so jgn sampai terpengaruh dan berubah jadi mencarut sbb kawan. Love yourself girl, jgn risau akan ada byk lagi org yg kau akan jumpa. Cuba berlapang dada dan adapt dgn situasi tapi jgn terpengaruh. Jaga diri ok :)

  4. Prinsip hidup aku sng je. Yg baik kau ikut yg buruk kau jgn ikut. Bnda ni dari sklh aku pkai. Tak perlu smpai nk putus kwn bagai. Bnda ni aku penah rasa. Tapi alhamdulillah still kwn sampai skrg. Jgn salahkan kwn2 kalau diorg bagi pengaruh yg tak baik. Kalau kau terikut cara diorg mknanya kau mudah terpengaruh. Time sklh aku ramai jumpa jenis2 kwn ni. Tapi takde smpai terikut. Diorg nk buat jhat jgn ikut n aku nk buat jht tak pernah ajk org. So nasihat aku tak perlu smpai nk putus kwn bagai. Ingat kita pun tak sempurna mna jgn rasa kita baik mcm malaikat. Jgn bezakan kau baik diorg jahat teruk. Sifat diorg tuh lntak. Kalau boleh nasihat kau nasihat tapi jgn putus kn prshabatan. Lps kau kluar nnti kau lagi akn jumpa mcm2 jenis mnusia. Ni baru permulaan hidup kau. Kalau yg ni kau gagal mcm mna kalau kau jumpa org lagi teruk Dari kwn2 kau ni? Takkn kau nk hidup sorg2 tanpa kwn2 sbb kau rasa diorg tak elok? Jgn mcm tuh.

  5. 1. nafsu mcm lelaki tu mcm mana?
    2. kawan tu datang dan pergi. rapat berkawan masa sekolah rendah x semestinya terus sampai ke sekolah menengah dan menua.
    3. kwn di universiti biasanya yg akan rapat sampai bila2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *