Oh hai semua, first of all aku nak ucap tq so much lah sesape yg baca, aku dah tak kesah admin nak approve ke tak. At least dapat jugak share dari duk pendam sensorang kan? But honestly dlm lubuk hati paling dlm ni ha, ada jugak simpan harapan cikit supaya post ni diterima & dibaca bapak2 org kat luar sana tu, yelah bwk insaf cikit, peringatan bersama. Opsss kahkah! Actually, bknnya confess sangat pun but a story yg nak jugak aku gitau kat sume org hahaha curious tak gais? Sabar ok sabar, nak taip lah ni. Bismillahirahmanirahim.
Story ni pasal sorang sahabat, dia pompuan & begitu juga dgn aku hiks! Boleh tahan kamcing lah, thats why aku tahu kisah hidup dia 100% dari A-Z tanpa tokok tambah okay! Jangan ada yg kecam pulak, ckp aku mulut tempayan lah viralkan rahsia kawan, bukan eh bukan, cuma nak kongsi apa yg jadi kat dunia harini. Kami berusia 15, dia 1/4 beradik. Parent kawan aku ni sama umur, 43 tahun. Umi dia 24/7 housewife. Abah dia pulak keje carigali petronas, kira famili berduit lah jugak. Alhamdulillah. Kami dari kecik belajar dekat sek swasta. Time sek rendah dulu, katanya si abah mmg bkn jenis warak patuh agama. Solat jumaat jarang sekali lah weh! Tokki sebelah umi dia ni indian muslim, kiranya 4 beradik tu taik cicak lah. Ada putih, ada hitam manis gittew! Kawan aku dgn adik bongsu dia je yg cute cikit, ikut abah katakan. Antara siblings tu, dia lah yg paling rapat dgn si bapak.
Tahun 2014, waktu tu still tingkatan 1, semuanya kantoi. Si abah ada wife lain. Yelah, asyik offshore cari duit, balik pun 2 bulan sekali. Dari mata jatuh ke hati. Uih tu diaaaaa! Berkenan dgn sorang cewek dekat pasar pagi kat indon lah mana lagi. Nama pun cewek. Ok aku tahu, mcm drama TV9 petang2 tu kan? Tapi series tak tipu, benda dah jadi dekat kwn sendiri duh. Sedih sangat! Aku kesian dekat umi dia, betul lah org ckp, perlu sangat kaum hawa kpd educated, so takde hal lah kalu laki buat taik lps kawen. Akhir tahun tu jugak, dgn tabah ni, umi dia bwk jugak anak2 pindah kedah. Maklong dia cikgu kat sana. Time2 cemni harapkan ihsan famili jelah. Sbb tak nak mnyusahkn org lain, umi dia beli rumah sendiri 300 hinggit je sebulan. Rumah pusaka 2 tingkat, style rumah orang2 kaya lama, yang bilik tido sebesar ruang tamu tu. Owner ckp dah lama takde yg menyewa. So faham2 jelah. Kwn aku pun dah jadi kebal sbb tiap mlm kena kacau. Audio quran pasang je sebelum tido, tapi akan teroff sendiri pukul 3 pagi. Sape buat, kenapa cemtu, haaa jangan duk tanya sangat lah! Jaga2 cikit, jangan pandang belakang! MasyaAllah, kalu aku lah kan, boleh gila dah kot hidup dlm rumah dgn suasana cemtu. Uish!
Dari sini, hidup kwn aku slow2 berubah. Umi dia dlm dunia sendiri, dilema ibu tunggal mungkin, adik2 semua kwn aku yg settle. Masa ni umur dah tingkatan 2, tahun lepas. Kwn dekat kedah tu lah yg bnyak ajar dia benda2 baru. Ada yg baik but mostly negatif. Kwn aku belajar moto sbb senang nak pinjam moto mak long dia, yelah bangun pagi pukul 5, siapkan sarapan, nak kena bonceng adik pegi sek lagi then baru masuk kelas. She starts to do everything by herself. Respek! Before kn sume benda kita harapkan parents je, kini sume tinggal dlm kenangan. Balik sek kena pegi keje pulak dekat kedai topup. Sampai rumah dalam 12 malam, kemas dapur, siapkan brg baking, baru tido. Allahu, aku yg dengar ni pun dah dapat feel penat tu. Hari2 kot! Untuk pengetahuan semua, umi dia buat bisnes kek kecil2an. Pasal moto td tu, si umi ni pandai je drive, tapi ketenya mana, dah kena tarik pun abah takde nak tolong bayarkn. Uish sayu je hati aku dengar, tabah beb tabah! Time ni jugak lh, posmen ada hantar surat, abahnya mintak datang mahkamah, bercerai. Dia dah agak, tapi tak percaya lh betul2 terjadi. Paling heartbreaking umi dia tak gitau satu apa pun before, jumpa surat tu atas almari. Kwn aku menangis, baca sensorang. Betul2 mcm dlm movie melayu. La tahzan, sahabat! Kwn aku sek madrasah tapi hisap vape; ponteng kelas tu normal; start couple dgn budak luar; baju sendat, lengan pendek lagi; bawal sangkut atas bahu, laju je melayang bila berangin; seluar fit namatey! Kiranya 360 darjah lah berubah! Sebelum ni, membe aku still seorang yg menjaga segalanya kot. Tp nak buat camne, takde yg bimbing, umi dia buat dunno je tengok. Sume sbb terpengaruh dgn kenkawan. Dalam hal ni, aku mmg rasa peranan parents tu penting. Bukan ke mak ayah tu role model kita? Takpelah, meh sesama berubah jadi lebih baik! Bagi aku yg ni mmg dahsyat, satu hari tu umi dia let go je pegi hiking gunung jerai dgn moto, campur laki perempuan, siap bermalam dlm khemah lagi, sesama classmate, takde pantauan sesiapa pun. Aku tak doa tapi cuba bayang kalu jadi pape? Tak ke naya gitu! Uish mintak Allah jauh lah!
Akhir tahun lps, diorang balik teganu, dah tak kuat nak survive hidup kat bumi sawah tu. Duduk dgn tok sebelah umi. Alhamdulillah, umi dia pun dah dapat keje insurans. Ada pulak datuk 2 bini umur 53 tahun berkenan. Kwn aku malas nak heran, lantak lah dapat ke tak dapat ayah baru. Dia cuma ckp yg dia rindu sangat2 abah kandung dia. Abah tu skrang stay dekat indon, menggangur (lately petronas start buang bnyak pekerja) & ada baby baru. Selalu jugak kwn aku ni call bapak dia belakang umi. Siap mak tiri indon tu post smartphone lagi, nak ambik hati lettew! Ingat boleh tebus balik lah dosa jd homewrecker? Heh! Point kat sini, aku cuma nak cakap; kesian lah dekat anak2, effect tu terasa sampai ke harini tau. Ada ke abah dia tau how hard things after dia blah cemtu? Nafkah ank pun tak bank in. Aih pakcik pakcik! InsyaAllah, tahun ni kami sesama ambik PT3. Doakan 11 A tau! Amin! Mungkin kejayaan itu akn mengubah nasib kwn aku sekeluarga, sape tahu kan? Maybe, dia ni pindah tahun dpn. Yuran 400 hinggit sebulan akak oi, sape nak tanggung. Awal tahun 2016, nak masuk sini pun umi dia kena rayu, yelah kan dh pindah kedah tahun lps. Aku cuma doa yg terbaik untuk dia. Bila balik sini, dia dah berubah. Dia janji nak break akhir bulan 8 ni time tarikh anniversary. Aih cam macam lah org couple ni, tak phm betul aku. However, aku berysukur sangat2! Allahu, struggle gila lps bapak dia pegi dari hidup. Cewah gitu! Kalu aku lah kan kat tempat dia, apa je yg aku mampu buat? Kata kata Allah mmg benar, dalam surah al baqarah; 286- Allah does not burden a soul beyond more than it can bear. Aku respek kau gila-gila, beb! Kisah ni sedikit sebanyak ajar aku erti bersyukur. Family is everything, guys. Everything.
– Sahabat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit