Apa Kompas Hidup Kita

Sila rujuk confession bertajuk Existential Crisis berikut (https://iiumc.com/existential-crisis/).

Saya rasa ada banyak persamaan antara Ivan dengan diri saya, tetapi saya akan ceritakan apa perbezaan antara kami. Sebelum tu saya nak minta maaf kepada Ivan kalau ada sebarang misrepresentation terhadap situasi Ivan dan apa yang Ivan rasa.

Saya juga belajar bidang sains di universiti luar negara, seorang introvert dan pernah rasa existential crisis ni. Tapi saya rasa sebelum pergi oversea. Masa saya kat sana saya dah pun overcome perasaan tu yang mana bila saya renung balik saya rasa ia cuma bisikan syaitan yang nak menjauhkan kita dari matlamat sebenar hidup kita.

Existential crisis ni perasaan bila kita tak boleh make sense of what is happening di sekeliling kita. Sebagai manusia kita dah diberi kurnia akal untuk memahami. Tetapi bila kita gagal untuk memahami tujuan hidup, kenapa dunia ni banyak sangat masalah, kita akan rasa hidup ni terbeban, kita akan rasa down. Sebab itulah penting untuk kita ada kompas hidup.

Bagi saya kompas hidup yang baik perlu (1) berupaya untuk menjelaskan kenapa dunia yang kita hadapi ni macam tu (2) memberikan panduan hidup tentang apa yang betul dan apa yang salah aka moral guidance dan (3) panduan yang kompas hidup ni berikan mestilah masuk akal, praktikal dan paling penting it needs to sit well with our heart/mind/soul.

Sains bukanlah satu kompas hidup yang baik. Ini adalah satu kesilapan yang ramai orang, terutamanya yang saya perhatikan di barat ni, lakukan. Sains menjelaskan mekanisme dunia realiti tetapi ia tidak menjelaskan kenapa ia macam tu (soalan no 1).

Persoalan kenapa kita ada di sini, apa tujuan hidup kita tidak akan dapat dijawab oleh sains. Malah jika kita betul2 ikut sains, kejadian kita ini hanyalah satu kebarangkalian. Kita ini tidak ada bezanya dengan tanah yang kita pijak kerana dua-dua adalah karbon. Kita ini sangatlah insignificant kalau nak dibandingkan bumi ini dengan alam semesta, kita cuma satu titik dalam lautan galaksi2.

Nilai kita sebagai manusia hanya wujud kerana manusialah yang meletakkannya. Fahaman ini tentu sekali sukar diterima kebanyakan orang maka sains gagal dalam persoalan no (3).

Sebab itulah melalui pengalaman saya berinteraksi dengan mat saleh sedikit sekali yang menggelar diri mereka strictly atheist. Mereka tidak dapat menerima yang diri mereka tidak mempunyai nilai dan sememangnya fitrah kita sebagai manusia dambakan some form of recognition.

Mereka lebih cenderung kepada agnosticism iaitu tidak menolak bahawa there’s something beyond them out, something that dictates what’s valuable and what’s not.

Selain itu sains juga tidak dapat menjawab persoalan no (2). Malah kalau nak diikutkan teori survival of the fittest boleh sahaja membenarkan pembunuhan dan penindasan kerana (a) yang terkuatlah yang layak terus hidup dan (b) kita sebagai manusia ini tidak ada nilai pun!

Ironinya existential crisis ini banyak berlaku dalam negara2 tiada agama kerana kompas hidup mereka bertentangan dengan fitrah sebagai manusia. Kalaulah kita mencipta satu robot, kitalah yang akan menentukan apa tujuan robot tersebut. Kalau robot itu tiba2 memandai kata “saya lah yang menentukan apa tujuan hidup saya” tentu sekali kita akan mentertawakan robot tersebut!

Berkenaan introvert pula, ketahuilah bahawa kita bergaul dengan orang bukan sebab kita nak rasa diterima, bukan sebab kita nak rasa seronok, sebab sebagai introvert memang kita takkan seronok pun bila bersosial ni. It’s normal.

Tapi kita bersosial kerana itu perintah pencipta kita untuk menjalinkan silaturrahim, untuk mengenali antara satu sama lain sepaya kita boleh belajar kelebihan dan kekurangan masing2. Kalau saya boleh buat sepertima yang diperintahkan itu sudah cukup bagi saya, itulah rasa seronoknya bila bersosial. Lagi2 ditempat saya memang susah gila nak jumpa fellow malaysians, so jarang sekali ada parti2 ke apa ke.

So bersyukurlah Ivan tapi sedarilah that’s not what’s important. Tak salah kalau nak mengelak tapi dalam 5 jemputan tu datang lah sekali ke, just to show them that you’re okay and maintain silaturrahim. Normally they’re genuinely concern about us and it’s good for us to appreciate it. Lagipun tak rindu ke makanan malaysia hehe.

Nasihat terakhir it’s a good thing actually to be in this state once in a while. Lagi2 bila hidup menyendiri ni. Kita ada ruang untuk sit back and think about what we are and who we want to be. It is a test and like every other test, you need to make sure you come out of it stronger and better. Make good use of your time there and have fun.

– Umar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *